RUMAH agam tiga tingkat itu sungguh meriah dengan sanak saudara terdekat yang datang berkumpul. Esok Tengku Alvian Zhen akan bernikah. Walaupun esok cuma majlis akad nikah, pastinya Puan Sri Bethany dan Tan Sri Tengku Aazad Zhen tak mahu meraikannya secara kecil-kecilan. Tambahan lagi Alvian anak sulung dalam keluarga dan Joviana saudara muslim yang baru.
Alden buang pandang ke arah susunan hantaran yang tersusun di tengah-tengah ruang tamu. Tidak berniat mahu membelek, Alden bawa langkah ke ruang dapur. Gelas dicapai sebelum dia menuang minuman buahan yang diambilnya dalam peti ais tadi ke dalamnya. Kerusi ditarik. Perlahan-lahan air buahan itu diteguk sedikit demi sedikit.
Uh, lega!
"Angah?" terus Alden menoleh memandang seorang gadis yang tiba-tiba sahaja melangkah masuk ke ruang dapur. Senyuman adik sepupunya yang sebaya dengan Amanda dibalas nipis. Aliyana menghampiri Alden.
"Lama tak nampak angah. Angah sihat?" Aliyana atau nama penuhnya Tengku Aliyana itu menyoal. Alden angguk kepala.
"Sihat, alhamdulillah. Yana?"
"Yana pun sihat. Malah makin sihat," menyeringai Aliyana memandang Alden. Dalam banyak-banyak sepupu yang dia ada, dia paling suka dengan Alden. Walaupun Alden ni kadang-kadang tak mesra alam, dia tetap suka. Walaupun Alden bukan jenis melayan sangat, dia tetap tak kesah. Arfel? Sepupunya yang seorang tu memang gila-gila. Tapi tetap dia pilih Alden. Mungkin sebab Alden kacak dan bermata biru?
Alden bangun menyimpan kembali botol air minuman ke dalam peti ais. Gelas dibawa ke sinki dan dibilas.
"Mesti angah happy kan sebab esok along dah nak nikah?" Aliyana menempel di sebelah Alden di sinki. Alden toleh memandang Aliyana sekilas. Happy ke dia? Ya, dia pasti happy kalau bakal isteri Alvian bukan Joviana. Tapi hakikatnya, bekas teman wanitanya itu akan bertukar status menjadi kakak iparnya esok. Dia tak sanggup terima hakikat itu!
"Hmm... happy." balas Alden, tak bernada. Aliyana tarik muncung. Alden selalu macam ni kalau cakap dengan dia. Tak mesra langsung!
"Lepasni turn angah pulak lah ya? Angah dah ada calon?" Aliyana menyoal lagi sambil memandang Alden penuh minat. Mendengarkan soalan itu daripada Aliyana, terus wajah Delisha datang menerpa minda. Aih, macam mana muka you boleh muncul dalam kepala otak I ni Andara? Alden geleng kepala berkali-kali.
"Angah tak ada calon lagi? Biar betul?" Aliyana tayang wajah terkejut sedangkan dalam hati dah bersorak seronok. Sepupu pujaannya ni belum berpunya dan tak ada calon lagi. Siapa aje yang tak seronok?
Alden terpinga-pinga.
"Eh, tak. Angah... ada."
Mati terus senyuman yang bergayutan di bibir Aliyana tadi. Melihatkan senyuman di bibir Alden, hati Aliyana mula tertanya-tanya. Perempuan mana yang dah mencuri perhatian sepupu pujaannya ni? Aliyana cemburu.
"Siapa perempuan tu?" entah berapa banyak soalan Aliyana lontarkan buat Alden sekarang ni.
"Yana tak kenal dia pun,"
"Memang lah Yana tak kenal dah angah tak kasi tahu!"
Berkerut dahi Alden pandang Aliyana yang dah meninggi suara. Err perlu ke cakap macam tu?
"Nanti angah kenalkan ya? Angah naik atas dulu."
"Wait, angah. Aunty Bet tahu?"
"Tahu dan dia kenal perempuan tu. Good night, Aliyana." terus Alden tinggalkan ruang dapur. Aliyana ketap bibir. Buku limanya dah digenggam kemas. Siapa perempuan yang dimaksudkan Alden?! Dia nak tahu dan dia perlu tahu.
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Romance6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...