Bab 25

43.1K 2.3K 52
                                    

"KENAPA I tak boleh ikut sekali? I kan PA you." soal Delisha bila Alden memberitahunya tentang kepergian dia ke Jakarta untuk dua hari itu. Memuncung mulut dia lagi bila Alden tak kasi dia ikut.

   "Sebab ini business I and I don't need you there. Kalau you ikut pun, you takkan ada kerja apa-apa. Better you duduk dekat ofis ni. Boleh jugak you settle kan kerja-kerja yang menimbun tu. Jangan rindu I." jawab Alden sambil jemari sudah mengetuk-ngetuk kekunci papan keyboard. Delisha yang berdiri di hadapan meja sudah menjeling.

   "Ke... you ada simpan scandal you kat sana? Tak nak kasi I ikut sebab takut tembelang you pecah. Oh, trash..." gumam Delisha di hujung ayat. Tak mahu Alden dengar tapi rasanya telinga lelaki tu macam telinga gajah. Bunyi tapak kaki semut pun dia dengar. Ceh!

Alden herot satu senyuman.

   "Kalau I ada simpan scandal pun kat sana, ada masalah ke dengan you?" Alden pandang Delisha sambil jongket sebelah kening. Delisha ketap bibir bawah. Sungguh la dia rasa sakit hati dengar balasan Alden. Rasa macam hati ni disiat-siat. Takkan betul kut dia ada simpan scandal senyap-senyap kat Jakarta tu?!

   "I keluar dulu." cepat-cepat Delisha nak angkat kaki sebelum Alden dapat tebak apa yang bermain dalam kepala dan hatinya sekarang ni. Cemburu tahu tak?!

   "Andara..."

Mati terus langkah Delisha. Tubuh dipusingkan menghadap Alden kembali. Tengok senyuman Alden, serius Delisha rasa nak koyak-koyak mulut tu. Biar masuk hospital, lepastu tak boleh pergi Jakarta dan yang paling penting tak dapat nak jumpa scandal dia kat sana tu. Heh biar padan dengan muka!

   "Apa?" dingin Delisha menyoal.

   "I gurau je. I takde scandal pun kat sana. Scandal I kat sini." tutur Alden. Lagi la Delisha rasa nak berasap bila Alden cakap 'scandal I ada kat sini'. Siapa scandal dia tu? Bila masa pulak Alden pergi jumpa dengan scandal dia tu. Sedangkan dia boleh dikatakan sentiasa menempel dengan Alden, takde pulak dia nampak Alden jumpa mana-mana perempuan kecuali client

Tengok muka Delisha yang dah berkerut lain macam tu, Alden hambur gelak.

   "Muka you tu tak boleh nak control sikit eh? Over react sangat!" komen Alden. Delisha jeling.

   "I nak keluar."

   "You nak keluar pergi mana?"

   "Nak settle kan kerja-kerja yang menimbun tu!"

Delisha jeling lalu tangan dah memulas tombol pintu.

   "Andara..."

   "Apa lagi?" geram pulak Delisha dengan si Alden ni. Kalau ada scandal kat sini pun, tak payah la bagitahu! Simpan senyap-senyap sudah la. Merana tau hati orang kat sini. Silap hari bulan boleh kena kemurungan.

   "Tak nak tanya ke siapa scandal I kat sini?" soal Alden. Laju je kepala Delisha terteleng ke kiri dan ke kanan. 

   "Tak nak tahu dan tak ingin nak tahu!" 

   "Serious?"

   "Hundred percent! Nope. One hundred and one percent!"

Alden gelak. Terhibur pulak dia tengok muka bersungguh-sungguh Delisha. Mulut cakap lain, hati cakap lain. Macam lah orang tak boleh baca riak muka dia tu dari tadi. Obvious sangat kut. Cemburu tapi tak nak cakap.

   "Tapi I rasa you kena tahu lah siapa scandal I tu. Nanti kalau dia datang sini, you tak payah la susah-susah tahan dia untuk jumpa I. Once you nampak dia datang, you boleh terus kasi dia masuk tanpa inform I. Betul tak?"

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now