Bab 21

41.4K 2.1K 111
                                    

"MUMMY..."

   Alden hela nafas panjang. Sejak dia balik dari Kedah, Puan Sri Bethany dah lancarkan mogok padanya. Setiap kali bertembung, wanita itu akan sedaya upaya mengelak. Ketat sahaja wajah wanita bermata biru itu. Alden tahu kenapa. Mummynya itu masih kecewa dan terasa hati kerana dia melarikan diri dari majlis akad nikah Alvian dan Joviana.

   "Mummy..."

   Menonong sahaja Puan Sri Bethany berlalu ke tingkat atas meninggalkan dia di bawah. Dia ingatkan pagi ni mood mummynya itu elok lah. Tapi tak sangka pulak mummynya itu masih lancarkan perang.

   "Angah,"

   Alden menoleh.

   "Daddy..." Alden senyum nipis.

   "Jom lah breakfast. Takpe, biarkan mummy tenang dulu. Jangan ganggu dia," tutur Tan Sri Tengku Aazad Zhen sambil berjalan ke arah meja makan. Alden angguk lemah sambil berjalan menuju ke ruang makan. Kerusi ditarik.

   "Mana yang lain, daddy? Along, Arfel, Amanda?"

   "Along dengan Vee dua-dua orang on call. Kejap lagi balik lah tu. Arfel ada trip dengan kampus dia, mungkin hari ni atau esok balik. Amanda pulak... macam angah tak kenal si bongsu tu. Waktu-waktu macam ni kalau tak nampak batang hidung dia lagi, sah la masih terbongkang atas katil." jawab Tan Sri Tengku Aazad Zhen. Alden tarik senyum nipis.

   "Daddy. I'm sorry."

   "Why?"

   "Angah takde masa majlis akad nikah along. Angah... angah takde niat pun nak lari. Angah bukan tak happy dengan majlis along tempoh hari tapi angah... angah..."

   "Tell me, angah. Do you have any problem with your sister in-law?"

   "No..."

Alden kerut dahi. Takkan daddy boleh hidu pulak ada something di antara aku dengan Vee? No way!

   "Then why angah lari malam tu? Kalau angah cakap ada urgent meeting luar negeri, daddy tak percaya. Even tough daddy dah lepaskan Zhen's Holdings hundred percent dekat angah, angah jangan ingat daddy tak ambil tahu langsung. I just keep my eye on you dari jauh. Bagitahu daddy, where you've been for these three days?" galak mata Tan Sri Tengku Aazad Zhen memandang Alden yang segak di hadapan.

Alden diam dulu. Nafas ditarik dalam-dalam.

   "Angah pergi Kedah."

   "Untuk apa?"

   "Angah... angah cuma nak lari dari masalah ofis. Lagipun dah lama rasanya angah tak pergi sana jumpa family angkat angah. Abah dengan ibu kirim salam."

Tan Sri Tengku Aazad Zhen menjawab salam perlahan.

   "Kut iya pun angah nak lari dari masalah ofis, kenapa perlu lari masa majlis along dengan Vee? Angah tahu tak angah dah buat mummy kecoh that day. Dah macam kucing hilang anak dia cari angah. Call tak berangkat-angkat. Nasib baik mummy boleh tenang sikit kalau tak, susah hati daddy." tergeleng-geleng kepala Tan Sri Tengku Aazad Zhen bila teringat kembali kejadian tempoh hari. Punya lah bising isterinya itu membebel mencari Alden yang hilang pagi itu. Bilik kosong tanpa penghuni, kereta dekat porch tak ada.

   "Angah minta maaf. Angah janji tak buat perangai macam tu lagi."

   "Ask your mummy. Dah, makan cepat. Nanti lewat pulak masuk ofis."

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now