Bab 4

44.3K 2.5K 73
                                    

PAGI-pagi lagi Delisha sudah bersiap cantik. Yalah, hari ni kan first day dia memulakan kerja di Zhen's Holdings. Walaupun separuh hatinya tak rela, tetapi penampilan tetap diutamakan. Dia tak mahu muncul di Zhen's Holdings dengan penampilan yang selekeh. Dia mahu dirinya menjadi tumpuan di sana. Dia, Delisha Andara anak gadis kepada Datuk Sri Ismadi. 

   Tangan Delisha naik membetulkan kedudukan blouse berwarna hitam di tubuh agar terletak elok dan tidak senget sikit pun. Skirt separas lutut itu turut dibetulkan kedudukannya. Rambut yang diikat tocang rendah itu dirapikan sebelum wajah yang diconteng dengan warna-warna cerah itu dibelek. Okey, perfect! Kau, tak pernah tak cantik Delisha. Pujinya sendiri.

Tas tangan senada dengan bajunya dicapai di atas meja solek sebelum kakinya melangkah keluar daripada kamar tidurnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tas tangan senada dengan bajunya dicapai di atas meja solek sebelum kakinya melangkah keluar daripada kamar tidurnya. Ruang makan dihampiri. Seperti kebiasaannya, Delisha menyapa ahli keluarga kecilnya.

   "Cantik anak mama hari ni," Datin Sri Mariyana menegur sambil tangan menuang minuman teh panas ke dalam cawan. Delisha sengih sambil menarik kerusi kosong di sebelah Danisha. Teh panas yang masih berasap nipis itu dicicip perlahan.

   "Mesti lah. Tengok lah anak siapa..." Delisha melirik mamanya.

   "Anak Mariyana lah!" tergelak Datin Sri Mariyana menyambut. Delisha capai roti bakar yang sudah disapu jem kaya di atasnya. Perlahan-lahan dia menggigit roti bakar itu sebelum ditelan. Sesekali dia melirik jam tangan Caluola yang terlilit di pergelangan tangan kirinya. Dia tak boleh lewat di hari pertamanya di Zhen's Holdings!

   "Lisha dah ready ke nak kerja dengan Zhen's Holdings?" Datuk Sri Ismadi yang sedari tadi diam menikmati sarapan pagi akhirnya membuka suara. Delisha angkat kepala, memandang ke arah papanya itu. Segak lelaki itu berkemeja biru tua. 

   "50/50. Lisha prefer kerja dengan papa lagi." balas Delisha.

   "Tiga bulan aje, Lisha. Lepastu, papa alu-alukan kedatangan Lisha dekat Maris."

   "Yelah..." Delisha tarik muncung. Selesai menelan dua keping roti bakar dan secawan teh, Delisha pamit. Tangan Datin Sri Mariyana dan Datuk Sri Ismadi disalam penuh hormat. Sempat dahi Delisha dicium mamanya itu.

   "Wish you best of luck. Kerja elok-elok, Lisha."

   "Thank you, mama. Lisha pergi dulu!" 

*****

PINTU kereta Mini Cooper nya ditutup perlahan. Mata diliarkan ke sekeliling sebelum dia mengorak langkah. Saat matanya terpandangkan pacuan empat roda berwarna biru, Delisha hentikan langkah. Matanya dipicing memandang ke arah nombor pendaftaran kereta mewah tersebut.

VCM 11.

   "Ni lah kereta yang hampir-hampir langgar aku semalam! Kat sini kau rupanya..." Delisha kancing gigi. Bila tengok kereta tersebut elok terletak di dalam kotak pakir VVIP, dahi Delisha automatik berkerut seribu. Pemilik kereta ni siapa sampai boleh parking elok dalam kawasan parking VVIP? 

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now