MASUK sahaja ke perkarangan rumah, mata Delisha menangkap Toyota Estima milik keluarganya. Bebola mata Delisha bergerak-gerak sebelum dia lekas-lekas melangkah keluar dari perut kereta. Mata Delisha kembali berkaca tatkala susuk tubuh Datuk Sri Ismadi, Datin Sri Mariyana dan Danisha kelihatan pada muka pintu.
"Papa, mama!" meluru Delisha ke dalam pelukan Datin Sri Mariyana. Tangannya melingkar erat pada tubuh wanita itu sambil air mata sudah bagaikan empangan pecah. Menggogoi Delisha di situ.
"Lisha? Kenapa ni? Lisha pergi mana?" Datin Sri Mariyana menyoal risau. Lagi bertambah rasa risau dalam hatinya bila anak gadisnya itu menggogoi begitu di dalam pelukan. Tadi ketika mereka sampai di rumah, kelibat Delisha tidak kelihatan di mana-mana. Pintu rumah tidak bertutup, televisyen terpasang dan kereta Delisha tiada di bawah porch. Bermacam-macam andaian mula bermain di dalam fikiran mereka. Rumah mereka dimasuki perompak kah? Atau Delisha diculik?
Datuk Sri Ismadi memandang langkah lemah Alden menghampiri.
"Uncle," Alden senyum kelat.
"Alden, bagitahu uncle. Kenapa dengan Delisha? Kenapa... kenapa..." tak sanggup bibirnya meneruskan kata saat matanya terpandangkan anak gadisnya yang seperti tidak terurus. Dengan tangisan yang mendayu-dayu itu, gusar hatinya. Alden gigit kuat bibir bawah sambil memandang wajah penuh persoalan Datuk Sri Ismadi. Dijelingnya pula Delisha yang masih menangis.
"Uncle, Alden minta maaf. Alden tak jaga anak uncle elok-elok." bergetar suara Alden membalas.
"What do you mean, Alden? Are you..." Datuk Sri Ismadi genggam buku lima. Andaian yang tidak-tidak dah menerpa fikirannya. Mendengarkan suara Datuk Sri Ismadi yang begitu, laju Alden geleng kepala.
"No, uncle. Alden tak buat apa-apa dekat Andara. Dia... dia..."
"Dia apa, Alden?! Kenapa dengan Lisha?!"
"Someone has rape her."
Dunia seakan berhenti berputar. Tangisan Delisha semakin mendayu-dayu. Datuk Sri Ismadi dah tersandar pada tubuh kereta, Datin Sri Mariyana terasa mahu rebah. Mujur sahaja Danisha menahan dari belakang. Alden kesat hujung mata yang mula berair.
"Ra... rape? Si... siapa buat?" tersekat-sekat Datuk Sri Ismadi menyoal. Mujur dia tak ada sakit jantung. Kalau tak, mesti sekarang dia dah pengsan. Alden menggeleng perlahan sambil tunduk menekur memandang hujung sandal.
"Tak tahu. Alden tak dapat kejar dia. I'm sorry, uncle. I'm so sorry. Alden gagal lindungi Andara. Alden yang salah!" ucap Alden, mula teresak kecil. Delisha di dalam pelukan Datin Sri Mariyana sudah melurut jatuh.
"Lisha, Lisha!"
"Hidup Lisha dah tak berguna, mama. Lisha dah kotor..."
"No, Lisha. You're fine..."
"Lisha kena rogol, mama! Lisha kena rogol!"
"Shhh... jangan nak mengarut Delisha!" Puan Sri Mariyana turut menangis. Untuk beberapa detik, tangisan Delisha sudah tidak kedengaran. Lemah tubuh itu tidak bergerak. Datuk Sri Ismadi menerpa laju.
"Abang, Lisha pengsan!"
"Kita bawak dia masuk dalam. Nisha, call Doktor Aqila." dengan kudrat yang dia ada, tubuh anak gadisnya itu dicempung. Alden tetap berdiri di situ. Hendak melangkah masuk, dia tidak punya daya. Sudahnya dia tersandar pada tubuh Toyota Estima. Tangan naik meraup wajah yang basah berkali-kali.
Andara, I minta maaf.
*****
PILI air dibuka dan sekejap sahaja tubuhnya dibasahi dengan pancuran air yang keluar daripada shower. Delisha menyental setiap inci kulit tubuhnya, kasar. Dia jijik. Masih terasa lagi sentuhan tangan lelaki asing di tubuhnya beberapa jam yang lepas. Dia tak rela!
Di bawah pancuran air itu, air mata Delisha kembali merembes keluar. Tubuhnya bergetar kerana menangis. Perlahan-lahan dia jatuh terduduk di atas lantai. Tangan menumbuk-numbuk lantai tanpa memikirkan rasa sakit.
"Kenapa aku?!" jerit Delisha di bawah pancuran air. Diulang-ulang ayat yang sama.
Kenapa aku? Kenapa dia? Kenapa dia yang jadi mangsa? Banyak lagi perempuan dekat lorong yang rela serahkan tubuh, tapi kenapa dia?!
"Hidup kau dah hancur, Delisha. Hidup kau dah tak berguna..." rintihnya sendiri.
*****
DI ruang tamu, masing-masing mengunci mulut. Walaupun jarum jam sudah menginjak ke angka satu pagi, mata masing-masing masih belum mahu terlelap. Kepala masing-masing begitu sarat dan terbeban dengan masalah yang baru menimpa. Danisha dah terlentok kepalanya di bahu Datin Sri Mariyana. Dia juga tadi puas menangis di dalam bilik. Kakak sendiri ditimpa malang, hati adik mana tak walang?
Doktor Aqila selaku doktor peribadi keluarga mereka baru sahaja pulang usai memeriksa keadaan Delisha. Kata doktor wanita itu, Delisha dalam keadaan trauma. Akibat dari pergelutan dengan lelaki asing tersebut, terdapat beberapa kesan lebam di tubuh Delisha. Ada juga kesan gigitan di sekitar leher dan dada gadis itu. Mendengarkan itu, darah Alden mendidih. Kalau lelaki itu ada di hadapannya, memang dia tak teragak-agak untuk habiskan riwayat lelaki yang sudah hancurkan hidup Delisha. Bodoh!
"Alden, balik lah. Dah lewat ni. Jangan risau, uncle, auntie dengan Nisha boleh tengokkan Lisha." Datuk Sri Ismadi bersuara. Alden angkat kepala sebelum mengangguk perlahan. Kalau tuan rumah sendiri suruh dia pulang, takkan dia mahu melekat punggung di situ? Lagipun memang dah betul-betul lewat.
"Kalau macam tu, Alden minta diri. Sekali lagi Alden nak minta maaf banyak-banyak dekat uncle dengan auntie. Alden tak dapat jaga Andara baik-baik. Alden cuba tapi Alden tetap gagal. Maafkan Alden, uncle... auntie." luah Alden.
"Tak. Ni semua bukan salah Alden. Alden tak buat salah apa-apa pun. Let's say, ini dah ketentuan takdir. Apa yang jadi mesti ada hikmah. Memang susah kita nak terima hakikat tapi apa yang kita boleh buat? Nak lawan qada dan qadar Allah? Kita kena sedar diri, Alden. Kita cuma manusia." balas Datuk Sri Ismadi, perlahan. Bibir tuanya cuba melorek satu senyuman tapi gagal. Bapa mana yang boleh tersenyum bila anak kesayangan diuji begitu?
"It must be so hard..."
"Yes. Tapi apa lagi yang kita boleh buat Alden? Benda dah jadi. Kita tak mampu nak putar balik masa. Apa yang dah terjadi, kita kena telan. Perit atau manis. Nak atau tak nak. Walaupun hati kita... sakit."
Alden kembali menunduk memandang hujung kaki. Kedua-dua belah tangan digenggam erat. Datuk Sri Ismadi betul. Apa yang dah terjadi, kita kena telan.
"Alden, terima kasih. Walaupun Lisha... Lisha..."
"Mama," Danisha memotong.
"Terima kasih, Alden. Terima kasih sebab ada waktu tu. Terima kasih sebab selamatkan Lisha dari lelaki tak guna tu. Terima kasih." suara Datin Sri Mariyana dah terasa serak. Danisha lekas memeluk tubuh mamanya itu, erat.
"Auntie. Still, Alden masih gagal. Auntie tak boleh nak berterima kasih dekat Alden,"
"No, auntie tetap kena berterima kasih dekat Alden. Terima kasih sebab ada dengan Lisha."
Alden kelu lidah mahu membalas.
Pranggg!
Masing-masing sudah terkejut mendengar bunyi deraian kaca dari tingkat atas.
"Lisha!"
Laju kaki masing-masing berlari ke tingkat atas. Alden statik di ruang tamu. Hendak naik ke atas, seperti dia cuba mencerobohi ruang privasi keluarga itu. Beberapa detik berlalu, kedengaran suara manusia di tingkat atas. Raungan Delisha kembali kedengaran meskipun dia di tingkat bawah.
"Kenapa aku?! Kenapa Lisha mama, papa?! Kenapa?!"
Alden genggam kedua-dua belah tangan sehingga timbul urat-urat hijau. Tak betah mendengar suara tangisan dan menggogoi Delisha, Alden lekas keluar dari rumah itu. Hatinya kembali sakit. Dia kena cari lelaki tu sampai dapat. Dia akan cari sehingga ke lubang cacing. Kalau boleh digadai nyawa, dia sanggup. Terus dia memandu kereta mewahnya laju membelah jalan.
Lelaki tu harus dapat balasan yang setimpal!
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Romance6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...