Bab 9

42.8K 2.4K 233
                                    

SELEPAS waktu Isyak, baru lah Alden pulang ke rumah. Rutin setiap kali malam jumaat, dia akan ke Rumah Anak Yatim Bonda Salmah. Lepas maghrib akan ada bacaan yaasin dan jamuan untuk penghuni-penghuni di situ. Sudah hampir dua tahun begitu, sejak dia berkenalan rapat dengan Bonda Salmah.

Usai membersihkan diri, Alden turun ke ruang tamu mendapatkan ahli keluarganya yang lain. Melihatkan riak ceria yang terpancar pada wajah-wajah manusia di situ, buat dahi Alden berlapis-lapis. Ruang kosong di sebelah abangnya, Alvian diambil. Bantal kecil berbentuk petak diambil dan dipeluk.

"Kenapa muka semua orang macam happy terlebih je ni? Ada apa-apa yang angah terlepas pandang ke?" soal Alden, pelik. Alvian sengih di sebelah. Memang Alden terlepas pandang! Baru tadi dia mengatakan perancangannya mahu memperkenalkan Joviana kepada ahli keluarganya dalam masa terdekat.

"Along kamu ni lah. Nak bawak girlfriend dia datang sini," Puan Sri Bethany menjawab sambil melirik anak sulungnya itu. Mendengarkan itu, terus kepala Alden terteleng ke kanan. Wajah Alvian dipandang lama.

"Serious, along? Tak pernah tahu pun kau ada girlfriend! Pandai eh kau sorok."

"Sekarang dah tak sorok dah." balas Alvian.

"Bila along nak bawak dia datang sini? Amanda dah tak sabar nak jumpa dia! Mesti cantik kan? Taste along bukan besye-besye." Amanda dah bersinar-sinar matanya. Yalah! Tak lama lagi dia bakal dapat kakak ipar! Merasa lah dia ada kakak sementelah dalam keluarga ni dia seorang sahaja anak perempuan. Sadis sungguh!

"Dalam masa terdekat ni," jawab Alvian.

"Tahu lah dalam masa terdekat ni, tapi bila tarikhnya? Cuba bagitahu berapa hari bulan, hari apa, pukul berapa, minit ke berapa..."

Arfel di sebelah dah menyiku kepala si adik.

"Eh-eh! Kau pulak yang melebih ya, Manda?" sindir Arfel.

"Diam lah, abang. Abang bukannya faham apa perasaan Manda bila dapat tahu yang Manda akan ada kakak ipar tak lama lagi. Eksaited kut!" terjuih-juih bibir Amanda dan mengundang tawa halus dari manusia-manusia di situ. Alvian geleng kepala.

"Insya-Allah mungkin hujung minggu ni along bawa dia datang sini. Macam mana mummy, daddy? Okey tak?"

"Ish, apa pulak tak okey nya. Okey sangat! Boleh makan malam dekat sini, sambil tu berkenal-kenalan dengan bakal ahli keluarga baru kita. Mummy dah tak sabar tau. Kalau boleh, esok juga mummy nak jumpa dia," Puan Sri Bethany dah menepuk-nepuk Tan Sri Tengku Aazad Zhen di sebelah.

"Kalau esok memang tak boleh la, mummy. Kita orang sibuk dengan hospital,"

"Yelah, mummy faham. Mummy pun eksaited macam Manda jugak,"

Amanda gelak sambil menjongketkan keningnya berkali-kali. Alden juga tak terkecuali berkongsi rasa terujanya. Di usia 30 tahun, baru lah hati abang sulungnya itu terbuka untuk berumah tangga. Sebelum ni ada juga dia dengar mummynya mengadu pada daddynya. Risau sebab Alvian tak cakna langsung soal jodoh sedangkan umur dah 30 tahun. Tapi, rupa-rupanya Alvian sorok teman wanitanya selama ni.

"Siapa perempuan tu, along. Cerita lah sikit," Alden dah tunjuk minat.

"Workmate. MO dekat hospital along jugak," Alvian membalas.

"Cerita lah sikit macam mana boleh kenal."

Alvian menyandar selesa pada sofa sambil mata dah terjeling-jeling ke merata memandang manusia-manusia di situ. Semua dah tunjuk riak wajah ingin tahu. Paling obvious sekali Amanda lah. Perempuan sangat!

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now