Bab 10

44.5K 2.3K 152
                                    

KECIL langkah Delisha penuh berhati-hati membuntuti Alden dari belakang memasuki kawasan tapak pembinaan. Di situ Delisha nampak jelas beberapa bangunan yang sedang dalam pembinaan. Batu bata, lori simen, pasir turut ada di situ. Beberapa buah lori besar tak henti-henti keluar masuk membawa barangan. Delisha betulkan letak duduk topi keselamatan berwarna putih di atas kepala. Besar sikit dari kepalanya. 

   Delisha sesekali mengibas wajah bila terasa ada debu-debu halus menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Dengan cuaca yang panas, membuatkan Delisha berpeluh. Planner yang sedari tadi dipegangnya menjadi alat untuk mengipas diri sendiri. Pertama kali turun site, dia memang kekok. Alden pula masih steady. Walaupun matahari terpacak tepat di atas kepala, Alden masih boleh berdiri seperti tidak terkesan dengan cuaca panas. Entah apa yang dia bincangkan dengan seorang lelaki sambil melihat kepada pelan, Delisha kurang faham.

Ah, bila nak habis ni? Panas kut! Tekak dah rasa kering. Peluh terasa sedang mengalir di belakang badan. Nasib baik dia tak pakai blouse warna putih macam yang Alden cakap malam tadi. Blouse floral berwarna biru gelap menjadi pilihan. Selamat!

   "Andara, are you okay?" Alden menyoal bila dia lihat Delisha dah tak senang duduk. Telinganya belum pekak lagi dari dengar keluhan demi keluhan yang keluar dari mulut kecil Delisha. Delisha angkat wajah memandang Alden.

   "Hah? I? I okay." Delisha senyum nipis. Dia tak mahu pula nanti Alden cakap dia manja dan mengada-ngada memandangkan baru dua puluh minit mereka memasuki kawasan tapak pembinaan tapi dia dah berkeluh kesah.

   "Kalau you rasa tak boleh nak berdiri, just go. Tunggu bawah khemah dekat luar tu," mulut Alden dah memuncung ke arah khemah yang didirikan di luar pagar tapak pembinaan. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal bila Alden cakap macam tu dekat dia. Delisha menggeleng.

   "Takpe, I boleh tahan lagi." tolak Delisha walaupun separuh hatinya tidak rela.

   "Sure?"

  "Sure. Kalau I tak larat, pandai-pandai I lah."

Alden angguk lalu kembali menumpukan perhatiannya pada lelaki tadi. Kaki Delisha menurut langkah Alden berjalan ke hadapan. Memandangkan tanah tidak begitu rata, sesekali Delisha mahu tersembam. Mujur dia tak pakai heels. Mujur dia bawa kasut flat spare dari rumah. Berguna jugak lah ni.

   "Andara, are you sure yang you okey?" Alden dah bercekak pinggang. Delisha kesat peluh di dahi dengan tisu.

   "Why?"

   "I tahu you tak okey. Dengan keadaan panas macam ni, jangan berlagak macam you kuat. Dah, just go. Tunggu I dekat bawah khemah luar tu. Kalau you pengsan dekat sini, I tak nak angkat you. I suruh je pekerja bangla tu angkat you. Nak?"

Laju Delisha menggeleng. Eei, kenapa nak suruh pekerja bangla tolong angkat kalau dia sendiri pun boleh aje angkat. Badan sado tu nak buat apa? 

   "Tapi boleh ke? Mana lah tahu kalau you nak suruh I catat apa-apa ke?" 

   "I boleh buat sendiri, Andara. Sebelum ni pun I datang site sendiri sebelum you masuk ofis I. Dah, tak payah cakap banyak. Go," Alden menghalau. Delisha jatuhkan kepala sekali lalu mula berpatah balik untuk ke luar tapak pembinaan. Penuh berhati-hati Delisha bawa langkah. Seketika, Delisha rasa tubuhnya ditarik seseorang sebelum bunyi besi kedengaran bingit jatuh menyembah darat.

   "Awww!" Delisha mengaduh. Tubuhnya sudah tersembam di atas lantai tanah merah. Oh, no. Baju dia dah kotor dengan tanah merah!

   "Miss? Miss okey?"

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now