LAMA Joviana renung pintu wad yang bertutup rapat. Berharap Alvian muncul. Seharian dia ditahan di sini, bayang Alvian dia langsung tak nampak. Dia sendiri tak tahu kenapa. Sepatutnya dia yang dingin dengan Alvian, bukan sebaliknya!
Bila pintu dikuak, Joviana jadi teruja. Fikirnya Alvian tapi...
"Ya Allah, menantu mummy!" bergegas Puan Sri Bethany mendapatkan si menantu kesayangan. Tubuh kurus Joviana ditarik dalam pelukan. Menitis air mata Joviana. Rindu pula dia dengan pelukan ibu kandung yang dah lama pergi tinggalkan dia. Hampir seminit, Puan Sri Bethany lepaskan pelukan. Kedua-dua belah pipi Joviana dipegang.
"Vee okey? Kenapa boleh kena warded sampai macam ni sekali, sayang?" soal Puan Sri Bethany. Amanda berdiri di hujung katil sambil memandang dua orang manusia itu. Tadi kelam kabut Puan Sri Bethany heret dia ke sini bila mendapat khabar Joviana ditahan di wad. Walaupun keadaan Joviana tak ada lah teruk sangat, tapi Puan Sri Bethany tetap memandangnya serius. Sudah la Joviana hanya sebatang kara di sini. Tiada keluarga lain selepas dirinya memutuskan untuk menukar agama.
"Mana mummy tahu Vee kena warded?"
"Alvian kasi tahu mummy."
Joviana terdiam sesaat. Alvian tahu dia ditahan di sini tetapi dia langsung tak datang sini. Atau dia sengaja wakilkan Puan Sri Bethany untuk datang menjenguknya? Kolam mata Joviana berkaca-kaca. Dia mahu menangis.
"Vee? Kenapa menangis ni?" jemari Puan Sri Bethany menyeka cecair jernih yang sudah meneruni lekuk pipi Joviana. Joviana tersentak. Lantas dia mengesat wajah dengan lengan uniform pesakit yang dipakainya.
"Along tak temankan Kak Vee ke?" Amanda menyoal. Musykil dia sekarang ni tengok si kakak ipar.
"Dia busy kut. Tak apa lah, akak..."
"Biar Manda call along."
"Eh, tak payah la. Dia mungkin sibuk."
"Sibuk sampai tak boleh datang jenguk isteri dia sendiri? Tadi Manda tanya staff nurse kat luar tu, dia cakap along tak ada pun datang sini tengok akak." habis menuturkan ayat itu, melingas mata Puan Sri Bethany memandang ke arah Amanda.
"Apa? Alvian tak datang langsung kat sini?"
Amanda angguk.
"Call Alvian sekarang. Mummy nak jumpa dia!" suara Puan Sri Bethany dah macam diktator. Amanda angguk manakala Joviana hela nafas. Dia tak mahu Alvian datang ke sini secara terpaksa.
*****
PELUKAN di pinggangnya buat Alden sedikit terkejut. Kepala ditunduk memandang tangan seseorang yang dah melingkar di situ. Tak menoleh dia tahu tangan siapa. Siapa lagi kalau bukan Delisha, si isteri tercinta.
"Jauh you termenung. Fikir pasal apa?" soal Delisha. Wajah disembam pada bahu Alden, menyedut bau perfume di situ. Alden diam sambil tangan Delisha di pinggangnya ditepuk macam bayi.
"I fikir pasal along... dengan Vee." jawab Alden. Delisha angkat wajah lalu dagu disangkut pada bahu itu.
"Pasal along nak kahwin lagi tu eh?"
Alden angguk.
"Vee kena warded..."
"Apa?!" terus Delisha lepaskan pelukan di tubuh Alden. Alden hela nafas, tangan Delisha ditarik supaya berdiri menghadapnya. Mata birunya bergerak-gerak merenung wajah Delisha yang agak terkejut.
"Semalam Vee pengsan then kena warded. Doktor cakap sebab Vee tak cukup rest dan agak stress sampai badan dia lemah. Bila I dapat tahu pasal tu, I terus pergi cari along dekat hospital tu. I... tertumbuk along."
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Romantik6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...