PINTU kaca premis Secret Recipe, Aliyana tolak. Melilau matanya mencari susuk tubuh Lily sebelum matanya terpasak ke arah satu sudut. Lily sedang duduk memeluk tubuh dengan wajah ketat tanpa segaris senyuman. Aliyana yakin mesti ada sesuatu yang buat Lily sakit hati. Yang membuatkan Lily memaksa dia berjumpa hari ini walaupun hari ni dia sibuk dengan kelas di kampus.
Lily angkat wajah bila rasa kerusi depannya ditarik. Tengok muka Aliyana, automatik buat hati Lily kembali bengkak. Sakit hatinya masih belum reda lagi.
"Ada apa nak jumpa? Macam urgent sangat je," soal Aliyana, pelik.
"Rancangan aku hancur." keras nada suara Lily.
"Hancur? Maksud kau?"
"Abang sepupu bodoh kau tu tak jadi kahwin dengan aku. Dia dah berbaik balik dengan isteri dia dan dia cakap dia takkan belakangkan isteri dia lagi. Eh, abang sepupu kau tu memang berasal daripada keturunan sial ke apa?"
"Jaga mulut kau, Lily! Kau bercakap pasal keluarga aku! Keturunan aku!"
Lily gelak sinis bila Aliyana tiba-tiba melenting marahkan dia. Rambut yang terjuntai jatuh ke dahi, Lily tolak ke belakang. Tubuh dipeluk.
"Kau tahu tak, Alvian boleh cakap apa dekat aku? Dengan rasa tak bersalahnya... dia cakap dia akan tanggung kos kelahiran budak dalam perut aku ni. Dia nak hantar aku ke rumah perlindungan. Dia suruh aku duduk kat situ sampai la aku bersalin. Dan dia cakap aku tak payah risau pasal duit sebab dia akan tanggung semuanya. Eh, dia ingat aku ni hadap sangat ke dengan duit dia tu? Ingat aku ni miskin sangat ke?! Bodoh betul la jantan tu!" suara Lily dah naik seoktaf. Mujur dalam premis ni tak ada orang sangat. Hanya pekerja saja di meja kaunter.
Aliyana diam tak membalas. Beberapa minit kemudian, Aliyana bukan mulut.
"Dah la, Lily. Kau tak payah la nak kacau dia dengan isteri dia lagi. Aku tahu kau susah untuk maafkan Kak Vee tapi boleh tak kalau... kalau kau just let it go? Tolong la hentikan apa yang kau tengah rancang ni dan biarkan dia orang. Aku... aku tak setuju kau nak porak perandakan keluarga aku, Lily. Aku tak nak..."
"Apa kau merepek ni perempuan? Kau dah jadi baik ke macam mana? Kau ingat aku bodoh ke? Kau pun tengah plan nak rampas abang sepupu kau yang seekor lagi tu kan?"
Aliyana geleng dengan helaan nafas pendek.
"Aku tak nak teruskan benda tu. Aku rasa mungkin aku patut tarik diri. Angah terlalu cintakan Kak Lisha. Kalau aku dapat miliki angah sekalipun, aku tetap takkan dapat hati dia. Memang aku sukakan angah sejak dulu lagi tapi... aku kena terima yang dia hanya akan kekal sebagai abang sepupu aku. Aku tak nak angah makin bencikan aku lagi." lirih nada suara Aliyana, membalas kata Lily.
Lily gelak. Gelak yang awalnya perlahan semakin kuat. Bingit telinga Aliyana bila Lily dah menepuk-nepuk tangannya.
"Wah, bravo Aliyana... bravo! Kau dah membuktikan pada aku yang kau ni perempuan paling bodoh pernah aku jumpa! Perempuan paling tak guna kau tahu tak?" Lily kancing gigi. Sebenarnya dia harapkan Aliyana untuk bantu dia hancurkan Joviana tapi sekarang ni... si Aliyana dah berubah menjadi seekor anak kucing yang tak berdosa pulak.
Aliyana tersentak bila terasa dagunya dicengkam kasar. Terangkat kepalanya memandang muka bengis Lily.
"Kau bagitahu aku sekarang... apa yang membuatkan kau boleh ubah fikiran? Kau mimpi malaikat maut datang jemput kau ke malam tadi?" soal Lily. Aliyana tolak kasar tangan Lily di wajahnya. Rasa sakit di rahang masih terasa.
"Ini keputusan aku, Lily. Aku tak nak teruskan dan aku tak nak ada kaitan dengan kau lagi. Cukup lah, Lily... jauhkan diri kau daripada keluarga aku. Jangan kacau keluarga aku. Apa yang nak jadi dengan kau lepas ni, aku tak peduli. Aku tak nak ambil tahu pasal kau lagi." habis saja menutur ayat itu, Aliyana bangun meninggalkan Lily yang nafasnya masih berombak kasar. Hilang saja kelibat Aliyana, Lily tendang meja. Sungguh hatinya sakit!
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
عاطفية6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...