HAMPIR setengah jam berada di balai polis, Delisha tarik Alden untuk beredar daripada situ. Risau kalau Alden bertindak lebih teruk lagi dengan membelasah si Kamal yang separuh nyawa itu. Kasyaf pun suruh Alden balik. Dia pun tak mahu kena panggil dengan orang atasan kalau Kamal kena warded dekat hospital. Hehe.
Usai menunaikan solat di sebuah masjid, Alden memandu tanpa hala tuju. Sudahnya, kedua-duanya kini berada di atas bukit sambil mengambil angin malam. Pemandangan kota Kuala Lumpur dari atas bukit membuatkan hati Alden yang terasa panas tadi sedikit sebanyak sudah sejuk. Macam mana lah pekerjanya sendiri boleh buat perkara macam tu? Kalau tengok muka Kamal tu, sumpah dia takkan percaya yang Kamal boleh buat perkara macam tu. Heh betul lah apa orang kata. Don't judge a book by it's cover.
Delisha menghampiri Alden yang sedang duduk di bumper hadapan kereta. Jauh lelaki itu merenung ke hadapan. Muka tak beriak. Apa yang sedang berlegar dalam kepala Alden sekarang ni pun, Delisha tak tahu.
"Ehem," deheman Delisha buat kepala Alden terteleng ke tepi memandang Delisha yang turut bertenggek di sebelah. Cawan kertas yang dihulur Delisha dipandang dengan dahi yang berkerut.
"You tak nak ambil ke? Lenguh ni tangan I." soal Delisha.
"Mana you beli air ni?" sambil menyoal, sambil tangan Alden menyambut huluran Delisha. Straw dibawa ke bibir lalu disedut sedikit. Coke. Delisha menjuihkan bibir ke arah food truck yang terletak tidak jauh dari situ. Nak berjalan ke situ pun ambil masa lima minit juga.
"Tu, kat sana. I dahaga, so I pergi lah beli air."
"Kenapa I tak sedar you pergi sana? I thought you still tertidur dalam kereta."
Delisha cebik bibir.
"Jauh sangat you termenung sampai tak sedar I keluar dari kereta. Kalau I kena tarik orang jahat pun mesti you takkan sedar..."
Ops. Delisha gigit lidah kuat bila mata Alden dah tajam memandangnya kini. Muka lelaki itu dah berubah ketat. Tahu Alden nak marah dia. Tapi, tapi... salah ke apa yang aku cakap tadi eh? Err salah la kut kalau Alden dah tayang muka bapak singa tu.
"Err forget it. Anggap aje I takde cakap apa-apa tadi," Delisha sengih kelat. Alden menjeling sekilas sambil kepala dah tergeleng-geleng. Air yang dibeli Delisha tadi disedut sekali lagi. Delisha dan Alden sama-sama kembali kunci mulut selepas itu. Delisha tak tahu nak cakap pasal apa sekarang ni. Mood Alden tak boleh ditebak sekarang ni.
Dia ni, okey ke tak?
"Aku paling tak suka orang sentuh apa yang aku sayang. Dan kau... kau memang jahanam!"
Bicara Alden petang tadi buat bibir Delisha tiba-tiba sahaja terbentuk satu senyuman. Oh, rasanya hati dia dah kembali berbunga-bunga bila dengar Alden cakap macam tu masa tengah marahkan Kamal tadi. Alden sayangkan aku... hiks!
"Apa yang funny sangat sampai you tersengih-sengih macam tu? I don't see any clown here." kepala Alden dah tertoleh-toleh mencari punca yang membuatkan Delisha tersenyum macam tu sekali. Delisha segera tersentak. Laju sahaja dia geleng kepala. Clown? Agak-agak lah nak ada clown kat sini.
"Tak... takde apa-apa. Saja I nak senyum, salah ke?"
"Macam orang tak betul."
"Hey!"
Delisha ketap bibir. Eei, sanggup Alden cakap dia orang tak betul?! Delisha genggam buku limanya. Rasa nak diketuk saja kepala Alden sekarang ni. Tapi ditahan dulu. Heh, orang yang tak betul ni jugak la yang kau ajak kahwin, Alden oi.
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Romance6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...