DELISHA melangkah menuju ke arah kantin. Dari jauh lagi dia dah dengar bunyi bising budak-budak. Delisha membalas mesra senyuman budak-budak yang berselisihan dengannya. Bagus budak-budak kat sini. Diasuh dengan adab yang sangat tinggi. Nak ambil makanan pun elok beratur tapi mulut tetap bising. Entah gosip artis mana lah yang mereka tengah bualkan. Delisha geleng kepala.
"Ha, Delisha. Mai makan. Hari ni makan special sikit." teguran Mak Khadijah dari dalam dapur menyentakkan Delisha. Lantas Delisha hayun langkah memasuki dapur. Tertanya-tanya juga apa yang special pagi ni.
"Wah, banyaknya breakfast pagi ni mak cik. Boleh makan sampai lunch nanti." teguk liur Delisha pandang juadah atas meja panjang. Semua menu sedap-sedap. Rasanya kalau dia makan semua pagi ni, boleh kenyang sampai ke malam. Haih, patut lah budak-budak kat luar tu bising lain macam. Rupanya makanan banyak pagi ni.
"Alden la yang dok tempah semua ni. Bila masa dia tempah pun mak cik tak tahu. Tengok-tengok orang dah mai hantaq semua makanan ni pagi ni. Patut lah dia tak bagi mak cik masak hari ni." balas Mak Khadijah sambil menyusun pinggan di atas kaunter. Budak-budak yang tengah berbaris tadi mula mengambil seorang satu pinggan yang penuh dengan makanan. Heh, kalau tak habis nanti memang membazir.
"Alden tak balik lagi ke?" Delisha menyoal, penuh berhati-hati.
"Nope. I tak balik lagi."
Laju Delisha menoleh ke belakang memandang Alden yang melangkah masuk ke dalam ruang dapur. Lelaki itu beriak selamba. Plastik yang dipegangnya tadi diletakkan di atas meja sebelum kerusi plastik ditarik. Delisha tayang muka geram. Aku dah cakap tak nak tengok muka dia pagi ni, kan? Kenapa lelaki ni degil sangat? Eei.
Sedar pandangan tajam Delisha, Alden angkat kepala. Sebelah kening terangkat, menyoal. Apa pandang-pandang?
"Mak cik dengan semua makan lah dulu. Kejap lagi saya makan."
"Eh, satgi lapaq pulak..."
"Takpe. Saya makan dengan Lia. Dia pun rasanya tak makan lagi tu." Delisha senyum segaris sebelum laju dia melangkah pergi dari situ. Dia tak mahu jumpa Alden sekarang ni. Kenapa Alden asyik nak muncul depan dia aje ni. Pagi-pagi dah buat mood dia swing! Kalah perempuan tengah period heh.
Laju Delisha melangkah. Setelah agak menjauh dari kantin, terasa belakang sikunya ditarik seseorang. Delisha menoleh. Berkerut wajahnya memandang Alden yang dah termengah-mengah.
"Kenapa you nak lari dari I ni?" soal Alden, sedikit kuat. Punya lah laju Delisha berjalan. Tahu la kaki tu macam model. Delisha tarik lengannya dari pegangan Alden dengan wajah yang berkerut.
"I dah cakap I tak nak tengok you, Alden. Why you muncul depan I? You tak faham bahasa ke?" marah Delisha. Dadanya terasa sempit. Ha, nak nangis. Nak nangis!
"I belum habis lagi dengan you. Dari jauh I datang sini, takkan macam tu aje I nak balik? Hell no!"
"Siapa suruh you datang sini? Takde siapa yang suruh kan?"
"Andara..."
"Just go, Alden. Leave me alone. Please."
Pusing tubuh, Delisha kembali atur langkah. Tapi cepat saja batang tubuh Alden menghalang. Rapat Alden terpacak di hadapan buat Delisha melangkah setapak ke belakang.
"We need to talk."
"Malam tadi kan dah cakap."
"I'm serious, Andara."
"Ya, I pun serius. Malam tadi kita dah cakap, you nak cakap apa lagi?"
"I nak cakap pasal kita!"
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Romance6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...