8 bulan kemudian...
KEHIDUPAN. Perjalanannya tak semudah menyebut ABC. Ada banyak perkara yang perlu kita lalui. Kita, manusia... tak akan selalu bahagia. Tak akan selalu tersenyum. Ada waktunya, kita akan diuji dengan perkara yang langsung tak pernah kita bayangkan dan terlintas di akal fikiran. Kita hanya mampu merancang kehidupan yang kita mahukan tetapi kita tak mampu menolak ujian yang Tuhan berikan. Diuji dengan masalah kehidupan rumah tangga dan diuji dengan masalah manusia yang datang dan pergi.
Nur Dalily. Banduan wanita yang sepatutnya menghabiskan dua puluh tahun kehidupannya di dalam penjara, akhirnya pergi menemui sang Pencipta empat bulan yang lepas. Lily meninggal akibat komplikasi ketika bersalin secara caesar. Sedihnya, Lily langsung tidak berkesempatan untuk melihat wajah si anak.
Tengku Aliyana. Selepas kejadian dia ditembak, Aliyana agak fobia dengan bunyi tembakan dan letupan. Aliyana menjadi seorang gadis yang lebih berhati-hati dalam berkawan. Orang kata Aliyana sombong hanya kerana dia suka memencilkan diri. Kini Aliyana hanya fokus dengan pelajarannya di kampus dalam bidang bisnes.
Tengku Alvian Zhen dan Joviana. Pasangan doktor itu baru sahaja menimang cahaya mata sulung. Diberi nama Tengku Ellyssa dan kini sudah berusia dua bulan. Comel dan debab! Muka sebijik ikut papa dia, Alvian. Chinese look.
Tengku Arfel Zhen dan Nur Naila. Baru aje mengikat tali pertunangan dua bulan yang lepas. Insya-Allah, bakal naik pelamin hujung tahun hadapan. Lagipun, si Arfel baru aje lepas grad dan baru aje masuk ofis. Kalau ikutkan si kepala gila Arfel, dia tak nak bertunang. Katanya membazir. Tapi Puan Sri Bethany cakap tidak! Sudah lah terkinja-kinja minta kahwin awal. Adat tetap adat. Puan Sri Bethany tak peduli!
Dan ini pula tentang mereka. Tengku Alden Zhen dan Delisha Andara. Sekarang ni Delisha cuma tunggu due. Bila-bila masa aje perut dia boleh 'meletup'. Memikirkan itu, Delisha jadi teruja dan kadang-kadang gemuruh. Biasa lah, first pregnancy. Belum ada pengalaman dalam labour room nanti. Sepanjang tempoh mengandung, Delisha langsung tak ada alahan. Cuma, nafsu makan aje lah memuncak naik. Yang terpaksa tanggung alahan mengandungnya selama hampir 9 bulan ini pastinya Alden. Kesian.
Bayangkan, dua bulan pertama, hari-hari Alden terpaksa menanggung perit morning sickness. Tandas adalah tempat wajib Alden setiap pagi. Dah habis fasa morning sickness tu, Delisha fikir berakhir lah penderitaan suami tercinta dia tu. Tapi salah. Sampai sekarang, Alden alah pada makanan. Alden tak boleh tengok nasi! Tak tahu apa masalahnya, tengok aje nasi confirm rasa loya. Pelik betul pe'el bakal ayah ni. Dengan nasi pun boleh nak loya bagai!
"Alden mana?" Datin Sri Mariyana menegur Delisha yang sedang bersila menghadap komputer riba di bawah gazebo. Delisha menoleh. Seulas senyuman dia lebarkan buat Datin Sri Mariyana yang mendekat sambil menatang dulang minuman panas.
"Ada dalam bilik, mama."
"Dari tadi lagi mama tak nampak dia keluar bilik. Lunch tadi pun dia tak makan. Kenapa? Alden tak okey lagi ke?"
Delisha sengih. Tangan spontan naik menggaru kepala yang tidak gatal.
"Merajuk kut,"
"Merajuk?! Merajuk pasal apa pulak dah?"
"Jealous kut."
"Dengan siapa?"
Delisha tolak komputer riba, skrin ditala ke arah Datin Sri Mariyana. Berlapis-lapis pelipis wanita itu bila bebola matanya memandang gambar seorang artis lelaki yang terpampang pada dada skrin. Handsome orangnya.
"Mama tengok lah muka artis ni. Ada iras-iras sikit tak dengan muka Alden?" soal Delisha.
"Ada lah sikit walaupun tak sepenuhnya. Badan dia kurus, tapi Alden sekarang dah nampak kembang sejak-sejak Lisha pregnant ni. Selera makan dia sama naik dengan selera Lisha walaupun tak makan nasi." Datin Sri Mariyana gelak. Delisha sengih.
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Roman d'amour6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...