DELISHA resah. Dia yakin Aliyana sengaja memutuskan talian video call malam tadi. Dia cuba menghubungi Alden kembali selepas itu, tapi malangnya iPhone miliknya kehabisan bateri. Terlampau sibuk ke hulu ke hilir sampaikan terlupa nak charge. Pagi itu lepas subuh, Delisha terus bawa langkah ke arah suite yang menempatkan Datuk Sri Ismadi.
"Papa, kalau Lisha balik KL dulu boleh tak?" pinta Delisha. Tak sanggup rasanya nak tunggu flight petang nanti. Kaki dia dah tergedik-gedik nak balik rumah jumpa Alden. Bermacam-macam benda yang membelenggu dalam kepalanya sekarang ni. Saat dia terpandangkan fabrik yang tersarung di tubuh Aliyana sebelum talian diputuskan, buat Delisha teguk liur berkali-kali. Gila! Perempuan tu pakai baju fesyen tarzan ke apa?
"Kenapa Lisha nak balik awal?"
"Lisha... Lisha ada hal sikit. Boleh tak papa?"
Datuk Sri Ismadi jeling jam di pergelangan tangannya. Jam enam pagi.
"Okey lah, kalau Lisha nak balik... balik lah. Papa tahu mesti Lisha rindukan Alden, kan?" Datuk Sri Ismadi sengih mengusik. Delisha balas dengan sengihan kelat. Rindukan Alden satu hal, perkara malam tadi pula satu hal jugak. Aliyana... dia dengan Alden tak buat apa-apa kan malam tadi? Ada juga dia cuba menghubungi Alden subuh tadi tapi tak berangkat. Mungkin lelaki itu masih pulas berselubung di bawah kain selimut? Kan waktu solat di sini lebih awal berbanding di semenanjung.
"Terima kasih, papa. Tapi tak apa ke? Kut la papa masih perlukan Lisha kat sini?"
"Nope, it's okay. Lagipun papa boleh handle urusan kat sini. Lisha pergi lah balik."
"Okey, papa. Thanks! Jumpa dekat rumah eh nanti." Delisha tarik tangan Datuk Sri Ismadi lalu dicium hormat. Kedua-dua belah pipi lelaki pertengahan usia itu dikucup. Laju Delisha berlari menuju ke arah bilik penginapannya untuk berkemas. Hampir setengah jam kemudian, Delisha dah melangkah turun ke lobi sambil menarik luggage comel miliknya. Tak sabarnya nak balik KL!
*****
"MACAM mana misi malam tadi?" soal Lily, bersilang kaki. Gelas panjang atas meja dicapai sebelum bibirnya menyinggah pada straw minuman. Aliyana mendengus sambil menjeling Lily yang cuma menyarung bathrobe di tubuh.
"Idea kau memang tak boleh pakai lah, Lily! Dia langsung tak tergoda dengan aku malam tadi. Dia boleh tolak aku mentah-mentah macam aku ni anak patung tahu tak?" Aliyana sebak rambut ke belakang. Sedikit sebanyak rasa malu mula bertandang dalam diri. Bayangkan lah dia pakai baju ala-ala keturunan tarzan, lepastu Alden boleh tolak dia macam tu aje. Kalau lelaki lain, mungkin malam tu juga dia dikendurikan.
"Kau tu yang tak reti! Tapi aku faham lah kalau kau tak reti sebab kau tu budak lagi. Budak yang belum biasa dengan benda-benda macam tu, kan? Mengaku lah, malam tadi first time kan kau buat benda macam tu?" Lily angkat kening. Bila Aliyana angguk kepala, kuat pula Lily meledakkan tawanya. Aliyana mendengus.
"Noob lah kau ni, Aliyana."
Aliyana jeling tajam. Nak marah Lily tapi apa yang perempuan sebelah ni cakap, ada betulnya. Dia masih noob kalau melibatkan benda macam ni. Belum pernah lagi seumur hidup dia pakai pakaian menjolok mata macam malam tadi dan menggoda lelaki. Abang sepupu sendiri pulak tu! Ah, macam mana dia nak hadap Alden lepasni? Mesti Alden dah bencikan dia gara-gara apa yang dia buat malam tadi. Jelas lagi bicara Alden malam tu. Alden tak mahu tengok muka dia lagi!
Aliyana hela nafas berat. Rasa menyesal tiba-tiba pun ada ni.
"Dia mesti dah bencikan aku sangat-sangat, Lily. Aku rasa aku dah tak ada harapan nak dapatkan angah. Aku kalah," menunduk kepala Aliyana memandang hujung kaki. Lily gelak sinis.
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Romance6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...