Bab 13

41.2K 3K 98
                                    

TEPAT jam sepuluh, Alden dah keluar ofis untuk turun melawat site. Sengaja dia tak bawa Delisha sekali. Delisha pula dengan senang hati membiarkan dirinya terperuk di dalam ofis. Sudah tentu lah dia lebih seronok berada di dalam air cond daripada kena berdiri di bawah terik matahari. Kejadian di site tempoh hari masih segar bugar lagi dalam ingatannya. Heh memang patut pun Alden tak kasi ikut dia hari ni.

   "Cik Delisha,"

   Delisha yang sedang bermain dengan telefon bimbitnya sedikit tersentak. Tumpang bos tengah takde ni, memang seronok lah dia goyang kaki. Alah, lagipun kerja-kerja yang Alden suruh dia buat dah settle pun. Tinggal yang kecil-kecil tu je. Sempat lah nak siap sebelum petang.

Berkerut dahi Delisha memandang Kamal yang sedang berdiri di hadapan meja kerjanya. Dalam banyak-banyak staff dekat department ni, Kamal aje lah yang selalu curi masa nak berbual dengan Delisha selain Mak cik Gayah si tea lady ofis ni. Yang lain-lain tu, macam tak ramah dengan dia. Eh, masing-masing tak ramah sebenarnya. Tambahan lagi dengan Delisha yang sememangnya berat mulut sikit nak tegur orang.

   "Yes, Kamal?" Delisha jongket sebelah kening. Kamal garu belakang leher.

   "Tengahari nanti Cik Delisha lunch dengan siapa?"

   "Kenapa you tanya?"

   "Err... saya... saya nak ajak Cik Delisha lunch sekali dengan saya. Itu pun kalau Cik Delisha sudi lah. Cik Delisha jangan risau, saya akan bawa Cik Delisha lunch dekat tempat paling best dekat area KL ni. Saya belanja," bersungguh-sungguh Kamal mengajak. Delisha sengih kelat. Ini bukan kali pertama Kamal ajak dia keluar. Bukan setakat keluar lunch, dinner pun Kamal pernah ajak. Tapi dia tolak dengan alasan sibuk dan ada urusan kerja dengan Alden.

Takkan kali ni pun dia nak tolak? Dah sebulan lebih dia kerja dekat sini, dalam tempoh itu lah Kamal tak pernah putus asa mengajak.

   "You nak bawak I makan dekat mana?" Delisha menyoal. Kali ni biar lah dia menerima pelawaan Kamal. Kesian pula sebab dia asyik menolak. Mana lah tahu niat Kamal memang ikhlas mahu belanja dia makan. Kamal dah bersinar-sinar matanya memandang Delisha.

   "Cik Delisha setuju lah nak lunch dengan saya hari ni?"

   "Err yes."

   "Kalau macam tu, masuk waktu lunch kejap lagi saya datang jumpa Cik Delisha ya?"

Delisha mengangguk.

   "Err terima kasih Cik Delisha. Saya sambung kerja dulu,"

   "Okey."

Kamal senyum lebar sebelum dibawa kakinya pergi dari situ. Delisha hela nafas. Nampaknya hari ni memang dia terpaksa tolak ajakan Alden untuk makan tengahari bersama. Lagipun, bukan selalu nak keluar lunch dengan orang lain. Kan?

*****

"JOM," tutur Alden ketika melintasi meja kerja Delisha. Delisha angkat punggung dari kerusi bila Alden dah mengajak.

   "Err Tengku Alden."

Alden menoleh.

   "Yes?"

   "I rasa... hari ni I tak lunch dengan you kut." Delisha sengih. Kening Alden sudah hampir bercantum mendengarkan ayat yang keluar dari mulut kecil Delisha.

   "You nak pergi mana?"

   "I... hari ni I lunch dengan Kamal. Staff you jugak."

   "Kamal? Sejak bila you berkawan dengan budak tu?"

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now