Bab 14

40.4K 2.7K 56
                                    

tak expect pun boleh dapat 400 votes. tu yang berani cakap nak kasi triple 🙊🤣 tapi takpe lah, thankyou vote hahaha. mengah kakmar nk tulis sampai tiga bab 🤣

***

"ANGAH, where are you?"

   Alden mengeluh dulu. Kerusi empuk yang didudukinya dipusing ke kiri dan ke kanan sambil sebelah tangan menekap telefon bimbitnya ke telinga.

   "Ofis."

   "Angah! Kan mummy suruh semua berkumpul dekat butik." Puan Sri Bethany dah merengus kasar. Dari semalam lagi dia dah remind Alden supaya berjumpa di butik untuk fitting baju hari ni. Hujung minggu ni majlis akad nikah Alvian dan Joviana.

   "Mum, perlu ke? Majlis akad nikah aje kut," lagi Alden mengeluh. Kalau fitting baju untuk majlis lain, dia tak kesah sangat. Tapi ni untuk majlis akad nikah Alvian dan Joviana. Walaupun tak buat majlis resepsi, Alden tahu majlis akad nikah pun pasti dibuat secara besar-besaran. Lagipun Joviana tiada saudara muslim.

   "Wajib, Tengku Alden Zhen."

Alden raup wajah.

   "Mum, angah tak perlu baju baru untuk majlis along. Baju melayu angah berlambak-lambak sampai tak sempat nak pakai. It's okay, angah pakai je lah mana yang sesuai untuk majlis along nanti. Tak perlu membazir nak beli baju melayu baru pulak." tekan Alden.

   "No! Takde siapa boleh bangkang apa yang mummy nak. Now, Tengku Alden Zhen. Kita orang tunggu dekat butik ni. Mummy bagi masa setengah jam untuk angah sampai sini. Bye!" talian diputuskan Puan Sri Bethany sendiri. Alden pandang skrin telefon yang sudah kembali gelap. Rengusan kasar dilepaskan.

Ah, semak lah macam ni! Dia tak mahu beria-ria raikan majlis akad nikah Alvian dan Joviana. Dia tak mahu dan akal jahatnya mahu majlis itu dibatalkan. Joviana tak layak berada di dalam keluarganya. Joviana tak layak jadi kakak iparnya!

Tok! Tok! Tok!

   "Masuk!" suara Alden dah meninggi. Terjengul kepala Delisha disebalik pintu. Delisha telan liur bila matanya terpandang wajah tegang Alden. Suara Alden tadi pun dah buat dia kecut perut. Alamak, singa ni marahkan siapa pulak?

   "I nak hantar..." belum sempat Delisha sambung ayat, belum sempat Delisha letak fail nipis atas meja, Alden dah memotong laju.

   "Ikut I!" 

Terkebil-kebil Delisha pandang Alden yang melangkah keluar dari bilik kerja dengan wajah tegang dan merah. Delisha tegak liur namun kaki masih pegun di situ. Tiba-tiba suruh aku ikut dia ni, nak pergi mana?

   "I said now, Delisha Andara!"

Bahu Delisha dah terhinjut. Rasanya satu department dapat dengar suara singa Alden sekarang ni. Kuat betul. Takut kena marah dengan si Alden, Delisha laju berlari ke arah meja kerjanya. Beg diragut kasar. Alahai, apa dah jadi ni?!

*****

DAHI Delisha berlapis-lapis bila BMW M5 biru milik Alden berhenti di hadapan sebuah butik yang cukup dia kenali. Butik milik kawan baiknya, Naila.

   "Kita nak buat apa dekat butik ni?" Delisha menyoal.

   "Bukan kita tapi I." dingin je suara Alden membalas. Delisha teguk liur. Menonong saja Alden keluar dari perut kereta selepas mematikan enjin. Tak mahu kena panggil nama penuh macam dekat ofis tadi, laju je Delisha membuntuti belakang lelaki itu. Pintu butik, Alden tolak kasar. Masuk ke dalam, banyak mata-mata sedang memandang ke arah Delisha dan Alden.

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now