"YOU buat apa dekat sini, Vee?" Alden cekak pinggang. Tersenyum manis Joviana pandang Alden yang dah tayang wajah ketat. Wajah itu lah yang sentiasa ditatapnya ketika mereka berdua masih menuntut di salah sebuah kampus dulu walaupun berlainan jurusan. Lelaki yang sedang berdiri di hadapannya sekarang dulu pernah mengisi ruang dalam hatinya. Tengku Alden Zhen. Mana mungkin dia boleh lupakan lelaki ni? Mustahil.
"I datang jumpa bakal family mentua I lah." balas Joviana, tak terkesan langsung dengan wajah tegang dan nada suara Alden.
"Dia abang I, Vee!"
"So?"
"You tahu dia abang I, tapi kenapa you go on dengan dia? Apa sebenarnya rancangan you, Vee?" dahi Alden dah berlapis-lapis, keningnya hampir bercantum. Joviana buang pandang ke arah dasar kolam yang membiru.
"I tak tahu dia tu abang you."
"You ingat I bodoh ke nak percaya cakap you? Dari nama dia pun you dah boleh tahu dia ada kaitan dengan I. You dah boleh tahu dia dari keluarga mana. Dulu you minta break dengan I tapi sekarang you declare dengan abang I. Lepasni apa pulak? You nak tinggalkan abang I sama macam you tinggalkan I dulu?"
Joviana pejam mata.
"I cintakan dia, Alden."
"Tapi you..."
"I dah convert islam a few years ago. After I lost both of my parents, Alden."
Alden terdiam. Joviana dah memeluk agama islam?
"Parents I meninggal sebab accident. I don't have anyone else. I don't know where to go, I survive dengan study I and then I kuatkan hati I sebagai HO dekat hospital. Dekat situ I kenal Alvian, dia banyak tolong I, bimbing I sampai lah I buat keputusan untuk convert to islam. He propose me and I say yes. I love him." jelas Joviana. Alden ketap bibir bawah.
Oh, begitu kisah pertemuan dia dengan Alvian.
"Tapi dia abang I, Vee. I can't accept this!" tegas Alden. Macam mana dia nak hidup jika bekas teman wanitanya sendiri adalah bakal kakak iparnya. Setiap masa dia akan bertemu dengan Joviana selepas gadis itu berkahwin dengan Alvian. Bagaimana dia mahu biasakan diri? Ah, kenapa dunia ni begitu kecil? Dalam banyak-banyak perempuan kenapa Joviana?
"You should, Alden. I cintakan abang you dan I takkan tinggalkan dia." mata hitam Joviana menentang dalam-dalam anak mata biru Alden. Alden kalih wajah.
"I tak kisah abang I nak bercinta dengan sesiapa pun tapi bukan you, Joviana. Kita ada kisah silam,"
"I dah lupa semua pasal kita. I dah lupakan you and I dah tak simpan apa-apa perasaan dekat you. Kita akan jadi satu keluarga, Alden. Boleh tak kalau you terima I sebagai bakal kakak ipar you? Pandang I bukan sebagai ex-girlfriend you."
Alden raup wajah dengan sebelah tangan.
"Senangnya you cakap..."
"Yes, sebab I boleh buat. And you pun mesti boleh. Lagipun, benda dah lama Alden. Dah bertahun-tahun. Come on, takkan you belum boleh move on dari I?" bibir merah Joviana dah tersungging satu senyuman. Rahang Alden bergerak-gerak.
"Excuse me? I tak boleh move on dari you? Apa you mengarut ni? Listen, Joviana. I tak boleh terima you sebahagian dari keluarga I. I tak kesah dengan siapa pun abang I nak berkahwin tapi bukan you!" jari telunjuk Alden naik menunding ke wajah Joviana. Joviana tarik nafas lalu dihela.
"Sorry, Alden. You takde hak nak pisahkan I dengan abang you. We love each other... so much." balas Joviana, tenang. Alden terdiam. Sungguh dia tak boleh terima kehadiran Joviana dalam keluarganya. Kenapa mesti Joviana, along?!
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Romance6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...