Bab 20

46.9K 2.6K 307
                                    

LUGGAGE milik Delisha yang diletakkan di pintu masuk dicapai lalu dimasukkan di dalam bonet belakang kereta. Selesai menyimpan barangan, Alden menghampiri Delisha yang sedang berdiri bersama Pak Hassan dan Mak Khadijah.

   "Ibu, abah. Kita orang gerak dulu lah." Alden senyum nipis. Tangan dihulur menyalami tangan Pak Hassan sebelum tubuhnya didakap lelaki tua itu. Belakang tubuh Alden ditepuk-tepuk beberapa kali sebelum pelukan dirungkaikan.

   "Hati-hati bawak kereta tu. Kalau mengantuk, rehat ja kat hentian. Dari sini nak balik KL tu bukannya dekat." pesan Pak Hassan.

   "Ye la, abah. Ibu, abah terima kasih sudi tumpangkan Alden dengan Andara beberapa hari dekat sini. Sudi masakkan makanan sedap-sedap dekat kita orang. Maaf kalau kehadiran kita orang ni menyusahkan atau menganggu ibu dengan abah..."

Pap! Bahu Alden ditampar Mak Khadijah, laju.

   "Apa pulak cakap macam tu! Hampa dua ni kami dah anggap macam anak sendiri dah. Kami tak kesah aih kalau hampa nak duduk sini setahun pun! Lagi kami suka. Lain kali mai la lagi, pintu rumah terbuka luas untuk hampa dua." balas Mak Khadijah. Alden sengih sambil sebelah tangan menggosok bahu yang tadinya ditampar Mak Khadijah. Delisha senyum nipis sambil tangan dihulur menyalami tangan Mak Khadijah.

   "Insya-Allah, kalau ada rezeki, ada jodoh... saya datang lagi. Terima kasih mak cik, pak cik atas semuanya. Best sangat duduk kampung, tenang aje rasa. Rasa macam tak nak balik KL pun ada," tutur Delisha, tulus. Memang dia rasa tak nak balik ke ibu kota. Suasana kampung dekat sini seronok sangat.

   "Kalau macam tu, tak payah la balik KL."

Delisha sengih. Hujung mata dah menjeling Alden di sisi.

   "Kerja, mak cik. Bos tak approve cuti lebih," Delisha tayang barisan giginya yang tersusun elok. Alden gelak kecil sebelum minta pamit untuk kesekian kalinya.

   "Nanti kalau ada apa-apa, mai ja sini. Kami alu-alukan," sempat lagi Mak Khadijah berpesan usai berpelukan dengan Delisha. Delisha angguk mengerti lalu menerobos masuk ke dalam perut kereta mewah milik Alden. Hon dipicit beberapa kali sebelum Alden memandu keluar dari kawasan rumah Pak Hassan dan Mak Khadijah. Delisha melambai. Sayunya rasa nak tinggalkan kampung. Rasa macam balik kampung sendiri.

Eh, dia mana ada kampung!

*****

ALDEN dan Delisha berpecah ketika mereka singgah di RnR Tapah. Kembali ke tempat parking, kelibat Delisha masih tak kelihatan jadi Alden menunggu di dalam kereta sahaja. Plastik berisi rojak buah diletakkan di atas dashboard. Iphone Xs Max miliknya dikeluarkan dari poket jeans lalu dia menyandar selesa pada kerusi. Aplikasi instagram dibuka.

   "Do you prefer being called baby or sayang?"

   "Baby sayang."

   "Baby sayaaaanggg..."

   Alden senyum sendiri. Alahai, Mira Filzah. Cair hati abang!

   Pintu penumpang sebelah dibuka dari luar. Delisha melangkah masuk sambil memegang plastik berisi beberapa biji kuih pau dan dua tin minuman. Alden letak telefon bimbitnya pada dashboard.

   "You beli apa banyak sangat ni?" Alden menyoal.

   "Mana ada banyak. Air tin dengan kuih pau aje pun," balas Delisha. Alden cebik bibir sambil tangan menyelongkar beg plastik berisi dua tin minuman. Tin minuman nescafe ditarik keluar.

    "Eh, stop. Itu I punya. You punya, I belikan Redbull."

   "Nescafe is my favourite,"

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now