SEMALAMAN Alden tak pulang ke rumah. Macam orang gila dia memandu di kawasan peristiwa malang yang menimpa Delisha. Ke hulu ke hilir dia memandu, mencari-cari kelibat kereta berwarna hitam yang pastinya milik lelaki tak guna yang dah cuba mencabul kehormatan Delisha. Dia tak pasti nombor plat pendaftaran kereta tersebut. Yang dia tahu pacuan empat roda itu merupakan sebuah Proton Saga berwarna hitam.
Tok! Tok! Tok!
Alden terjaga daripada tidur saat terasa cermin keretanya diketuk dari luar. Terpisat-pisat dia membuka mata. Cermin kereta yang cuma dibuka sedikit itu diturunkan.
"Angah buat apa tidur dekat dalam kereta ni?" berlapis-lapis dahi Tan Sri Tengku Aazad Zhen saat terpandangkan Alden yang tidur di dalam kereta ketika dia mahu keluar menunaikan solat subuh di surau berdekatan. Alden raup wajah.
"Angah terlelap daddy,"
"Semalaman angah tidur dalam kereta ke? Kenapa? Aircond dalam bilik dah rosak?" soal lelaki berbaju melayu itu lagi. Alden menggeleng.
"Malam tadi angah pergi jumpa kawan. Tak sangka boleh terlelap dalam kereta. Daddy nak pergi mana? Surau ke?" Alden membuka pintu kereta lalu kembali menaikkan cermin kereta. Dia melangkah keluar selepas itu.
"Haah, dah subuh. Tak nak pergi jemaah sekali ke dekat surau?"
"Errr daddy pergi lah. Angah nak mandi dulu,"
"Hmmm... yelah. Daddy pergi dulu." bahu Alden, Tan Sri Tengku Aazad Zhen tepuk perlahan. Alden hela nafas lalu menyandar sebentar pada tubuh kereta. Kepalanya kembali memproses apa yang telah berlaku malam tadi. Alden, it's not a dream.
*****
KERUSI di hadapan seorang lelaki ditariknya. Kasyaf angkat kepala bila Alden yang berwajah agak sugul itu dipandangnya.
"Hey bro, kau okey tak ni?" Kasyaf menyoal dengan dahi berlapis. Alden menggeleng.
"Tak, aku tak okey." balas Alden. Tangan diangkat memanggil pelayan. Usai memesan minuman, Alden kembali fokus memandang kawan baiknya di hadapan. Rasanya dah lama jugak dia tak berempat mata dengan inspektor kacak ni. Maklum lah, masing-masing sibuk dengan kerjaya sendiri. Dia dengan company, Kasyaf pula sibuk kejar penjahat. Heh.
"Okey, bagitahu aku the whole story." Kasyaf bersandar pada kerusi lalu dia peluk tubuh. Wajah tampan Alden dipandang dalam-dalam.
"Secretary aku kena rogol."
"Bila?"
"Malam tadi. Around eleven. Dalam semak dekat jalan short cut nak ke HKL."
Kasyaf garu hidung.
"Jalan tu bukan ke memang selalu sunyi lagi-lagi kalau waktu malam? Secretary kau buat apa lalu dekat jalan tu?" Kasyaf menyoal pelik.
"Dia dapat mesej cakap parents dia accident. Dia tak nak percaya tapi bila parents dia still tak sampai-sampai rumah lagi, dia call number yang mesej dia tu. Lelaki dalam call tu cakap parents dia ada dekat HKL that's why she drive there. Tapi lepastu aku tak tahu apa jadi kat dia sebab bila aku call balik, dia tak angkat. Aku try cari dia then aku jumpa kereta dia kat tepi jalan. Dan lepastu, aku dengar suara orang then aku nampak dia... dia..."
"Dia dirogol?"
Alden gigit kuat bibir bawah. Rasa nak mencarut aje sekarang ni bila memikirkan hal itu. Masih terbayang lagi tubuh lelaki asing yang ketika itu sedang menindih Delisha. Tapi takde guna juga bila dia langsung tak boleh nampak jelas wajah jantan keparat tu.
YOU ARE READING
Delisha Andara ✔
Roman d'amour6th Romance by CikMardiah DELISHA ANDARA Binti Datuk Sri Ismadi. Gadis lincah berusia 25 tahun yang hidupnya dipenuhi dengan kemewahan. Dari hujung rambut sehingga lah ke hujung kaki, semuanya terletak elok barangan berjenama. Setakat barangan di Ch...