Bab 23

42.9K 2.5K 319
                                    

ANAK-anak tangga dipijaknya satu persatu melangkah turun ke tingkat bawah. Hari ni dia dah janji nak bawa Delisha ke Rumah Anak Yatim Bonda Salmah. Gadis itu yang beria-ria nak pergi selepas diberitahu bahawa malam ini pusat asuhan itu mengadakan bacaan yaasin dan jamuan pada setiap malam jumaat. Dia memang selalu akan ke situ dan belum pernah bawak Delisha bersama. 

   Langkah Alden terus terhenti bila bertembung dengan Joviana pada beberapa anak tangga terakhir. Kakak iparnya itu kelihatan seperti baru pulang dari kerja. Alden jeling sebelum berura-ura menyambung langkah. Hampir seminggu berada di bawah satu bumbung rumah, baru hari ni Alden berempat mata dengan gadis itu. Yalah, kadang dia di rumah, Joviana di hospital. Kakak iparnya itu begitu sibuk dengan tugasnya.

   "Alden, wait." Joviana pantas menahan. Alden berhenti tapi langsung tidak menoleh memandang ke arah Joviana.

   "You masih marah dekat I?" soal Joviana bila Alden tak buka mulut langsung. Lelaki itu dipandangnya dari sisi. Masih nampak kekacakannya. Malah nampak lebih kacak dari beberapa tahun yang lepas.

   "You sibuk apa? Apa yang I rasa, bukan you peduli pun." mendatar suara Alden membalas. Joviana hela nafas.

   "Alden, boleh tak kalau you just lupakan all of things between us? Boleh tak kalau you terima I sebagai kakak ipar you? I tak nak kita macam ni, Alden. Tarik muka macam ni, tak sehaluan. I tak selesa." keluh Joviana.

   "Then kalau you tak selesa kenapa you masuk juga dalam keluarga I? Kenapa lelaki tu mesti abang I? Apa dah pupus ke populasi lelaki dalam dunia ni?" mata helang Alden tajam menentang anak mata Joviana. Mata gadis yang pada satu ketika dahulu pernah buat dia lemah. Tapi sekarang tidak lagi. Dia tak rasa apa-apa.

   "Because I love him, Alden. I love Alvian!"

Alden ketawa sinis. Tidak tahu mahu membalas apa. Ya, memang cinta itu tak boleh dipaksa. Ya, memang cinta itu tak boleh dipisahkan. Tapi Joviana tak faham apa yang dia rasa. Dia tak mahu kenangan silam berada di sekitarnya dan salah seorangnya Joviana alias kakak iparnya sekarang. Semuanya berlaku terlalu cepat dan semuanya perlukan masa.

   "Alden... Percaya lah, I takde niat pun nak terus bayangi you dengan kenangan silam antara kita. I betul-betul cintakan Alvian, abang you. I masuk dalam keluarga ni bukan disebabkan you tapi abang you. You boleh bencikan I, Alden. Tapi tolong lah, terima I jadi kakak ipar you. Anggap I ni one of your family members." sambung Joviana lagi bila Alden lebih gemar membisu begitu. Alden tarik nafas lalu dihela.

   "It is not easy, Vee."

   "I know you can do that. I yakin you boleh terima I as your sister in-law one day. I harap masa tu akan tiba, Alden."

Rahang Alden bergerak-gerak. Songkok hitam dalam tangannya dipegang kuat.

   "Tolong keluar dari rumah ni. I tak nak duduk sebumbung dengan you buat masa sekarang. I tak selesa. Bagitahu along yang you need privacy. Kalau along tak nak, I sendiri yang akan keluar dari sini. I've to go," Alden berlalu pergi tanpa menoleh memandang Joviana sedikit pun. Joviana mengeluh berat sambil memandang susuk tubuh Alden yang menyarung baju melayu itu pergi. Tangannya naik memegang pemegang tangga.

Alden, I know it's hard for you. But I hope that you'll be okay.

*****

ABAYA berwarna hitam disarung ke tubuh sebelum sehelai shawl chiffon berwarna maroon diletakkan di atas kepala lalu hujungnya diselimpangkan ke bahu. Delisha membelek wajahnya pada biasan dada cermin. No makeup sebab confirm renyah kejap lagi sebab nak kena ambil wudhuk. Sudahnya dia hanya menyapu moisturizer dan mengoles sedikit lip balm yang mengikut warna darah pada bibir. Okey, settle!

Delisha Andara ✔Where stories live. Discover now