Bahagian 1

916 19 0
                                    

Percintaan puteri dan anak seorang tabligh menjadi tentangan hebat dari Sultan. Perkenalan mereka disebabkan ayah pemuda itu sering membawa pemuda itu melakukan taklim di dalam istana. Dari situ tanpa Sultan sedari puteri telah jatuh cinta dengan pemuda orang kebanyakan itu. Tetapi bagi puteri pemuda itu sama sahaja seperti dirinya, manusia biasa dan hamba kepada Allah swt. Percintaan dalam diam itu tidak di ketahui oleh Sultan sehingga perasaan puteri dan pemuda itu telah di bawa jauh dari dunia nyata. Ayah pemuda tabligh itu berasal dari tanah india datang ke tanah Melayu kerana terlibat dalam urusan perniagaan Landasan Keretaapi yg mula ingin di modenkan dan dibangunkan di tanah melayu selepas kemerdekaan bagi memudahkan urusan pengangkutan di satu bandar kecil. Disamping saudagar, ayah pemuda itu seorang tabligh yang akan merantau ke seluruh negeri, negara dan dunia untuk melakukan kerja penyebaran islam ke Tanah Melayu pada ketika itu. Inilah kali pertama beliau membawa satu satunya anak lelakinya, waris dari darah dagingnya untuk berdakwah dan menyampaikan ilmu agama Allah ke seluruh Tanah Melayu. Walaupun beliau kelihatan seperti orang tabligh biasa, tetapi jiwa dan hatinya adalah penuh ketakwaan kepada Allah swt selama hayatnya. Impiannya untuk membuat anak lelakinya sebagai penyambung dakwahnya ke seluruh dunia di samping meneruskan perniagaan dalam urus niaga landasan kereta api seluruh dunia. Dia hanya punya seorang anak tunggal di dunia ini. Tetapi apa yang dia impikan mulai di uji dengan perasaan anaknya, seorang pemuda yg ada hati dan perasaan mengasihi dan mencintai seorang perempuan. Ujian paling besar mereka adalah anaknya telah jatuh cinta pada seorang puteri dari istana tempat dia dan anaknya di jemput untuk melakukan taklim bagi keluarga di raja.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now