" jika kamu ingin mengahwini Puteri itu, pastikan kamu berani bersemuka dgn Sultan" Lelaki tabligh itu berkata sambil meninggalkan anaknya yang terduduk di sebuah bilik. Bilik itu dipenuhi dengan kitab kitab hadis dan sunnah nabi yang di bawa oleh ayahnya ke Tanah Melayu. Sememangnya ayahnya cuma di kenali sebagai orang tabligh di Tanah Melayu. Tetapi dia adalah anak kepada ayahnya. Dia tahu ayahnya seorang yang lebih daripada seorang tabligh. Ayahnya dikenali sebagai seorang ulama di tanah jawa dan beberapa benua lain. Dia adalah satu satunya anak tunggal ayahnya yang akan menyambung apa yang ayahnya ingin dia warisi. Sedangkan hati dan perasaannya mula kasih dan sayang kepada anak Sultan dari negeri kecil itu. Dia tahu Sultan pasti tidak akan merestui hubungan mereka kerana mereka cuma seorang tabligh biasa bagi Sultan. Kalau di ikutkan sememangnya ayahnya org terkaya di tanah india jika harta benda ayahnya tidak di wakafkan dan tidak di salurkan ke badan amal dan persatuan tabligh dunia. Tetapi ayahnya seorang yg taat pada kehendak Allah swt. Ayahnya sanggup berkorban apa sahaja untuk membantu pengikutnya dalam urusan penyebaran agama islam. Tanpa berfikir panjang lagi, pemuda itu nekad untuk bertemu Sultan. Dia ingin meluahkan hasrat hatinya, walaupun dia sedar dirinya hanya org luar yang datang merantau di Tanah Melayu.
"Silakan duduk. Apakah hajat kamu bertemu beta" Malam itu ketika ayahnya melakukan taklim, secara sembunyi pemuda itu mengajak Sultan berbicara.
"Sebenarnya saya ingin mohon ampun pada tuanku..." suaranya sedikit bergetar.
"Apakah yang kamu ingin beritahu beta, katakanlah.Beta tak makan manusia, ha ha!" Jawab Sultan dengan mesra. Kelihatan Sultan itu cukup ramah, bersopan dan berjiwa rakyat.
"Saya sebenarnya ingin memberitahu Tuanku, sa...sa..sa.."
"Eh kenapa pula kamu tergagap ni. Kalau kamu berbicara ketika acara taklim bukan main lancar lagi...ha ha ha!!" Ketawa Sultan memecah hening ruang bacaan itu. Pemuda itu mula berpeluh sejuk.
"Saya..saya cuma ingin menyatakan hasrat hati saya. Saya sangat menyayangi Puteri Tuanku....dan..dan kami saling mencintai" Tutur pemuda itu akhirnya. Terlepas sebuah beban di dadanya. Sultan hanya mendengar tenang sambil terasenyum dan mengangguk angguk. Pemuda itu mula menghela nafas leganya melihat Sultan tersenyum manis.
"Jadi, apakah yg kamu ingin beritahu beta?" Soal Sultan pula sambil menghirup kopi di hadapannya.
"Saya ingin menjadikan anak Tuanku isteri saya yang sah" dengan berani pemuda itu memberitahu hasratnya pada Sultan. Hampir tersedak Sultan mendengar pengakuan anak saudagar tabligh itu. Kemudian baginda ketawa besar.
"Ha ha ha....apakah kamu bergurau wahai anak muda" tawa Sultan sambil bangun dan menepuk bahu anak saudagar tabligh itu. "Tidak...tidak...saya tidak bergurau yang mulia, Tuanku" ujar pemuda itu. Lalu Sultan terdiam sejenak. Suasana menjadi hening seketika. Hanya kedengaran bunyi kicauan cengkerik berlagu di luar. Pemuda itu mula resah dan berpeluh di sebalik serban putihnya. Sultan mundar mandir di hadapannya.
YOU ARE READING
Puteri Yang Hilang
Исторические романыBuku ini mengisahkan seorang Puteri yang terpisah dengan kedua orang tuanya semenjak bayi kerana salah faham dan dendam di antara kedua orang datuknya selepas kematian ayah kandungnya. Dia juga terpisah daripada saudara kandung lelakinya yang telah...