Bahagian 15

133 9 0
                                        

          Lelaki bengis yang mengendong Putera Muhammad itu bernama Carlos Alejendro. Setelah turun dari kapal Panagionitis, Carlos dan orang-orangnya membawa dadah itu ke sebuah kampung tepi pantai di situ. Separuh daripada dadah itu di sembunyikan di sebuah rumah kosong, sementara lagi separuh mereka bawa ke pasaran gelap untuk di tukarkan dengan senjata api dan duit.
        "Carlos, bagaimana anak kecil ini?"Salah seorang daripada mereka mula bertanya berkenaan Putera Muhammad.
        " Oh...hampir terlupa aku..."Caslos mendekati Putera Muhammad sambil merenung tajam ke wajah anak kecil dua tahun itu.
         "Aku masih belum berkenalan dengan anak comel ini. Dia kelihatan sungguh cerdik dan tidak menangis" Tawa Carlos sambil mengusap kepala Putera Muhammad. Pengikutnya yang lain turut ketawa.
          "Dia pasti anak lelaki yang kita ikat di tiang kapal itu. Bapanya telah mati!...aku rasa kita jual sahaja budak ini"Putus Carlos sambil menurunkan kakinya daripada kerusi yang di duduki oleh Putera Muhammad.
        "Kalau begitu baguslah. Kami tak payah menjaga budak ini lagi" Jawab pengikut Carlos bersetuju. Mereka pun mula bergerak ke bandar Mexico selepas menyembunyikan separuh dadah milik mereka. Putera Muhammad mengikut mereka sambil memakan roti di tangan.
          Mereka tiba di satu gudang usang yang ditinggalkan. Ada sebuah tempat seperti bengkel kenderaan di situ. Calos mengetuk pintu belakang gudang itu. Kemudian muncul seorang wanita seksi memakai singlet dan berseluar pendek paras peha.
       "Ow...Carlos. Masuklah"Tegur wanita seksi itu sambil menjeling manja.
         "Tolong jaga budak ini. Aku mahu jumpa Sean Khan!"Jawab Carlos.
        "Sekejap, kau tunggu di sini. Sean sedang solat" Jawab perempuan seksi itu sambil mendukung putera Muhammad. "Hei, aku tak boleh tunggu! engkau tahukah, aku bukan sabar.."Balas Carlos sambil mengelilingi sebuah kereta lumba di dalam gudang itu.
         "Yeah, aku tahu. Kau bukan Muslim, jadi kau tidak akan sabar seperti dia"balas perempuan itu dengan senyuman sinis. Calos menghentak meja sambil merapati perempuan seksi itu. Putera Muhammad berdiri di atas bonet kereta lumba itu sambil melompat lompat. Sesekali dia menunjukkan beberapa alatan membaiki kenderaan yang bersepah di kakinya. Calos menarik rambut perempuan itu.
        "Cepat!panggil Sean Khan!"jerit Carlos semakim kuat menarik rambut perempuan itu, kemudian melepaskannya.
          "Carlos!!!Hei...hai!"Suara Sean Khan muncul dari belakang mereka. Carlos melepaskan perempuan itu. Sean Khan duduk di sebuah kerusi sambil menyedut cerut.
           "Sean, aku perlukan senjata api. Kami akan ke Amerika dan kami perlukan banyak senjata"Carlos mendekati Sean Khan.
           "Baiklah, tapi aku mahu kau bayar lebih daripada sebelum ini!" Jawab Sean Khan angkuh. Dia menyilangkan kakinya sambil terus menyedut cerutnya. Sungguhpun Sean Khan seorang muslim, tetapi dia melakukan kerja itu daripada perniagaan ayahnya lagi.
      "Sean, aku tidak boleh bagi duit lebih daripada selalu. Aku dah bawa duit secukupnya dalam beg ini. Tapi kalau kau mahu lebih, aku hadiahkan anak kecil itu kepada kau"Carlos menunjukkan Putera Muhammad yang sedang bermain dengan alien key.
        "Carlos, anak siapa kau nak bagi kepada aku ini?" Sean Khan merapati Putera Muhammad yang menghulurkan Alien Key kepadanya.
         "Anak kecil ini sepatutnya ke Turkey. Kami bunuh ayahnya dan perempuan barat itu sewaktu kami terdesak untuk ke sini"Terang Carlos dengan bangga. Sean Khan merenung anak kecil itu. Dia menanggalkan topi yang di pakai Putera Muhammad.
         "Siapakah namanya?" Soal Sean Khan lagi.
         "Ha! ha! ha! Itu bukan urusan aku, Sean. Apa yang aku tahu anak kecil ini sudah tiada siapa lagi untuk menjaganya. Kau boleh ambil dan berikan sahaja nama yang engkau suka!" Ujar Carlos lalu meletakkan beg duitnya di atas meja. Beg duit itu dibuka di hadapan Sean Khan. Sambil memegang topi Putera Muhammad , Sean Khan memberi isyarat kepada orang- orangnya untuk memberikan senjata api kepada Calos Alejendra. Setelah semuanya selesai, Carlos meninggalkan tempat itu dengan segera. Putera Muhammad memberi isyarat untuk mengikut tetapi Carlos hanya ketawa sambil mengusap kepala anak kecil itu.
        Sean Khan adalah penyeludup senjata api terbesar di Barat. Banyak tentera, penjenayah dan pengganas yang membeli senjata api daripadanya. Malah Sean Khan memiliki beberapa buah kilang memasang senjata api sendiri dan mengubahsuainya. Perniagaan dalam pasaran gelap itu adalah milik keluarga ayahnya sejak berpuluh tahun dahulu lagi.
         Sean Khan memang perlukan anak selama ini untuk mewarisi perniagaannya. Tetapi dia mahu anak yang daripada seorang perempuan Muslim. Malah sehingga ke hari ini, Sean Khan tidak pernah menemui perempuan muslim yang diidamkannya di bandar Mexico itu. Perempuan seperti Janita, setiausaha peribadinya terlalu ramai di bar bar dan pusat membeli belah. Tetapi Sean Khan mahukan anak daripada perempuan yang baik untuk menjadi ibu kepada anaknya. Seketika Putera Muhammad tersenyum padanya sambil menghisap alien key di tangannya.
        Sean Khan masih berfikir untuk memberikan nama kepada anak kecil itu. Sedang dia membelek topi Putera Muhamamad, matanya menangkap tulisan arab di bawah topi itu. "Muhammad"
        Sean Khan tersenyum sambil memakaikan topi itu kepada Putera Muhammad. " Nama sebenar kamu Muhammad" Tawa Sean Khan sambil mencium pipi anak kecil itu. Akhirnya Allah swt menjawab persoalan Sean Khan. Hanya dengan tulisan tangan Puteri Sabiya, Sean Khan tahu nama anak kecil itu.
        "Pasti ibu kamu yang menulisnya. Dan yang penting, dia seorang muslim seperti aku. Lalu aku namakan kamu Muhammad sehingga aku tidak tahu nama ayahmu.."Sean Khan berkata kepada Putera Muhammad. Anak kecil itu hanya tersenyum dan ketawa sambil bermain di atas bonet kereta itu.
      "Baiklah, disebabkan aku tidak tahu nama ayahmu, kerana si bodoh Carlos...ha! ha! ha! Terpaksa aku letakkan nama kamu wahai anak kecil, Muhammad Abdullah" Tawa Sean Khan berdekah dekah. Dia mendukung Putera Muhammad sambil melambung lambungnya dengan gembira. "Anakku Muhammad Abdullah" tawa Sean Khan tanpa henti seperti orang mabuk.
"Muhammad Abdullah dari barat, ha! ha! ha! "Sean Khan berasa sangat gembira kerana dia telah memiliki anak. Tanpa Sean Khan tahu, Putera Muhammad berasal dari Nusantara ataupun Asia Tenggara yang berdarah raja berdaulat. Malah takdir telah membawa putera Muhammad muncul dari barat.

Puteri Yang HilangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang