Bahagian 19

119 6 0
                                    

Tengahhari itu suasana rumah agam itu sunyi. Pohon kayu dinaungi awan besar. Matahari terlindung di balik awan. Makcik Lucy dan Pakcik Ben tiada di rumah pada ketika itu kerana mereka berdua pergi ke gereja.
Puteri Sabiya hanya tinggal bersama Amah dari istana dan bayinya Puteri Radzi Al Zahar. Puteri Sabiya sedang menjahit pakaian sewaktu Puteri Radzi Al Zahar tidur. Bayi perempuannya itu tidur di bilik mereka sedangkan Puteri Sabiya menjahit baju di bilik lain.
Sedang Puteri Sabiya leka menjahit pakaian, dia tidak menyedari dua lelaki memasuki rumahnya dan berdiri di tepi buaian kayu Puteri Radzi Al Zahar. Bayi kecil itu nyenyak tidur tanpa mengetahui niat jahat dua lelaki itu. Mereka mengendong bayi itu sebelum di balut dengan kain lilit kepala orang sikh. Dengan senyap dua lelaki itu turun ke bawah rumah agam itu dan menyusup ke pintu dapur. Tetapi mereka terserempak dengan amah milik Sultan. Amah itu menjerit lalu dua orang pengawal di pintu pagar rumah agam itu bergegas ke bawah porch yang berada di pintu dapur.
"Pencuri!!!Pencuri!!!"Jeritan itu turut di dengari Puteri Sabiya. Dia bergegas turun ke bawah rumah agam itu. Tetapi sewaktu sampai di dapur dia melihat amah istana itu sudah terlentang dengan berlumuran darah. Dan dua orang pengawal berguling menahan kesakitan. Puteri Sabiya panik. Dia berlari mendapatkan telefon di ruang tamu dan menelefon polis. Kemudian barulah Puteri Sabiya menelefon Sultan. Ayahandanya sangat terkejut kerana ada pencuri memasuki rumah puterinya. Tetapi mereka berdua tidak sedar ada yang lebih mengejutkan lagi daripada hal dua pencuri itu. Puteri Sabiya belum sedar lagi Puteri Radzi Al Zahar sudah dilarikan.
       Sewaktu pasukan polis tiba, beberapa buah kenderaan polis mengepung kawasan ladang estate di situ. Mereka dapat menahan salah seorang daripada lelaki yang memasuki rumah agam itu. Lelaki sikh itu dibawa ke rumah agam itu dengan tangan di gari. Lelaki itu hanya bercawat pendek dan berlilit kepala. Terdapat pistol dijumpai di bawah porch dapur rumah agam itu.
"Puan, kami telah menahan lelaki ini...Puan boleh buat pengecaman ke atas lelaki ini"Kata ketua polis yang berjalan memeriksa kawasan kejadian.
"Saya tidak cam mereka. Saya di atas!"Puteri Sabiya gugup sambil melihat lelaki sikh berbadan besar itu. Wajah lelaki sikh itu tidak kelihatan seperti orang jahat atau penyamun.
"Kalau begitu, Puan sudah periksa...ada barang yang hilang di rumah ini?"Soal Ketua polis kawasan itu lagi. Puteri Sabiya segera naik ke atas untuk melihat barang kemas serta duit miliknya. Beberapa saat puteri itu naik ke biliknya, ketua polis itu dikejutkan dengan jerit tangis Puteri Sabiya. Mereka menyerbu naik ke bilik Puteri Sabiya yang terduduk di tepi buaian kayu bayi.
"Apa yang hilang puan?!!"Ketua polis itu bertanya sambil berjaga-jaga dan berhati-hati mengacukan pistol di kawasan bilik itu. Sangkanya masih ada pencuri di dalam bilik itu ekoran jeritan Puteri Sabiya.
"Anak saya, encik.... anak saya sudah hilang!!!"Tangis Puteri Sabiya sambil memeluk bantal kecil milik anaknya. Ketua polis itu sangat terkejut sambik berpandangan dengan orang bawahannya.
Tiba-Tiba Sultan muncul. Dia baru sampai kerana Puteri Sabiya telah menelefon selepas kejadian itu. Ketua polis kawasan itu dan orang bawahannya semua terkejut melihat kehadiran Sultan. Mereka tidak menyangka Puteri Sabiya itu adalah anak Sultan negeri itu.
"Ampun tuanku..."Polis dan pengikutnya memberi sembah salam hormat kepada Sultan.
"Tak payah formal sangat!!!Saya nak tahu sudah dapatkah pencuri yang masuk ke rumah anak saya???!!!" Jekah Sultan. Mukanya merah menyala. Dia melihat amah istananya telah mati berlumuran darah di bawah porch dapur. Beberapa orang istana berkawal di luar rumah agam itu. Termasuk beberapa orang ranger hutan tempat baginda bertugas mengikut sekali.
"Kami dapat tangkap seorang sahaja, Tuanku. Menurut pengawal rumah ini, mereka di pukul. Kesemua mereka ada dua orang"Terang ketua polis itu.
      Sultan duduk termanggu di kerusi sambil berfikir. Dia melihat buaian kayu milik cucunya yang telah kosong. Dia tidak menyangka ada orang yang berani menculik cucunya.
      "Kalau begitu, saya mahu polis soal siasat lelaki di bawah itu. Saya mahu tahu ke mana cucu saya di larikan" ujar Sultan cuba bertenang. Puteri Sabiya sudah menangis tidak henti henti. Siapa tidak sedih jika bayi sendiri di culik.
       "Baiklah, kami akan menyoal lelaki itu" jawab ketua polis kawasan itu.
        "Tapi....tolong rahsiakan hal kehilangan cucu saya"Pesan Sultan sebelum ketua polis itu ingin berlalu pergi.
       "Tapi bagaimana kami ingin membantu kes ini jika tuanku tidak mahu membuat report?"Soal ketua polis itu.
        "Jika ada kertas report orang akan tahu cucu saya hilang..ia sangat membahayakan cucu saya dan ahli keluarga saya kerana hal ini orang akan mengambil kesempatan"Terang Sultan.
      "Kalau begitu ia akan menyulitkan kerja kami, tuanku. Bagaimana kami ingin membuka kertas siasatan jika tidak ada orang awam yang membuat aduan"Balas ketua polis.
      "Orang awam! Saya tidak akan membuka report itu. Baik kamu semua soal siasat di mana lelaki itu membawa lari cucu saya!"Tegas Sultan. Ketua polis mengangguk dan terus turun ke bawah rumah agam itu untuk menyoal siasat lelaki sikh itu.
       Akhirnya lelaki itu mengaku dia telah menerima upah dari seseorang yang tidak di kenali. Mereka terpaksa kerana memerlukan duit. Tetapi lelaki itu memberitahu dia tidak tahu rumah agam itu adalah milik anak raja negeri itu ekoran dia hanya melihat dua orang lelaki dan perempuan barat sahaja yang tinggal di rumah itu.
     Lelaki yang ditangkap itu memberitahu bahawa bayi itu akan di bawa ke luar negara kerana itu mereka perlu menyerahkan bayi itu kepada seseorang selepas mereka menyembunyikam bayi itu beberapa hari. Menurut lelaki itu, bayi itu akan di sembunyikam di dalam kuil. Tetapi lelaki itu tidak tahu kuil yang mana satu akan di pilih oleh kawannya yang membawa lari bayi itu.
      "Kalau begitu saya mahu semua kuil di geledah!"Titah Sultan.
      "Tapi Tuanku, kami perlu waran untuk menggeledah bangunan. Tanpa waran kami tidak dapat berbuat apa apa" terang ketua polis.
       "Ya, buatkan waran dan geledah sahaja...itu yang saya mahu" pinta Sultan.
       "Tapi tuanku tidak mahu membuat report. Kami tidak dapat membuat waran"terang ketua polis itu.
        "Kenapa undang undang kamu semua menyusahkan saya???"Sultan mengerutkan dahinya. Dia terasa dengan kepayahan undang undang itu apabila dirinya tersepit diantara hal keluarganya.
       Sesudahnya dia terus membawa Puteri Sabiya pulang ke istana kerana fikirannya buntu. Dia perlukan pertolongan seseorang.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now