Beberapa orang pengikut lelaki tabligh itu menjemput Margarett. Mereka membawa wanita itu bertemu dengan suaminya di sebuah restoran di dalam hotel. Sebenarnya penampilan pengikut lelaki tabligh tadi sudah berubah seratus peratus sewaktu mereka menjemput Margarett. Berbaju kot hitam dan bercermin mata hitam. Mereka kelihatan seperti orang orang barat. Segala serban dan kurta labuh mereka tidak memakainya lagi pada hari itu. Margarett menaiki tangga restoran yang terletak di dalam bangunan untuk menyewa bot dan kapal mewah. Dia menghulur kad di kaunter restoran itu. Kemudian pekerja restoran itu menunjukkan lelaki di hujung restoran itu. Lelaki itu merenung jauh ke tengah lautan di pesisir kawasan teluk itu. Lelaki itu tidak menyedari Margaret telah sampai.
"Maulana...."Suara Margarett perlahan dan sedikit manja. Lelaki tabligh itu menoleh. Matanya bersinar melihat isteri kesayangannya di hadapan.
"Rubiah" Dia hampir memeluk isterinya itu tetapi dia menahan niatnya.
"Ya Maulana, maafkan saya kerana berpakaian begini. Saya terpaksa..."Margarett berbisik halus. Lelaki tabligh itu mengangguk angguk sambil tersenyum dan berkata "Tidak mengapa, Rubiah. Ini adalah pengorbanan besar daripadamu. Sahaya sentiasa memaafkan isteri sahaya" Kata lelaki tabligh itu sambil membetulkn kot hitam yang dipakainya. Cuaca panas di bandar kecil itu membuat lelaki tabligh itu tidak selesa dengan kot dan tai. Dia segera menanggalkan kot dan menyangkutkan pada kerusi di sebelahnya. Dengan hanya berkemeja putih dan berjanggut, penampilan botaknya membuat Margarett tersenyum senyum sambil terus mendengar bicara suami kesayangannya itu. Jika di bandingkan dengan Margarett, sememangnya orang ramai tidak akan menyangka lelaki tabligh itu suami Margarett memandangkan kecantikan Margarett tidak sepadan dengan lelaki tabligh itu. Tetapi bukanlah rupa paras menjadi ukuran Margarett. Dia telah jatuh cinta dengan islam. Dia mula mengkaji tentang Al Quran. Margarett tidak menyangka hatinya telah terpaut dengan ayat ayat Al Quran walaupun pada mulanya, dia hanya berniat untuk membacanya sebagai menambah ilmu sahaja.
Selesai mereka berbual sambil makan, lelaki tabligh itu mengajak Margarett untuk ke sebuah tempat peranginan berhampiran teluk itu. Dia ingin melepaskan kerinduan pada isterinya yang tercinta.
YOU ARE READING
Puteri Yang Hilang
Fiksi SejarahBuku ini mengisahkan seorang Puteri yang terpisah dengan kedua orang tuanya semenjak bayi kerana salah faham dan dendam di antara kedua orang datuknya selepas kematian ayah kandungnya. Dia juga terpisah daripada saudara kandung lelakinya yang telah...