Bahagian 4

280 9 0
                                        

Sedang pemuda itu duduk bersandar pada dinding papan beranda rumah tumpangan itu, ayahnya dan 3 orang sahabatnya baru sampai.
     "Eh, di sini kamu wahai anakku. Patutlah kami semua cari kamu tak jumpa" Sapa ayahnya sambil tersenyum. Beberapa sahabat ayahnya bersalaman dengan pemuda itu sebelum mengucapkan salam dan berlalu pulang ke bilik masing masing.
     "Maafkn saya, ayah. Saya cepat pulang tadi" Jawab pemuda itu sambil menanggalkan serbannya. Dia duduk bersila tegak.
       "Sudahkah kamu berjumpa Tuanku?"Soal ayahnya.
       "Sudah, ayah. Tuanku sungguh baik orgnya. Saya rasa sangat bersalah kerana mencintai anak seorang Sultan"Wajah pemuda itu kembali murung dan sedih.
      "Jadi, kamu telah tahu jawapan Tuanku?"
      "Iya...Tuanku seorang raja Melayu yang bersopan santun dan pandai dalam bual bicara. Tapi pemikiran orang Melayu tak akan sama seperti kita, Baba" Jawab pemuda itu. Kekecewaannya telah meresap ke seluruh wajahnya.Dia kelihatan sangat sugul.
     "Baba telah tahu hal ini sejak dahulu lagi. Itulah sebabnya Baba hanya ada kamu seorang di dunia ini. Baba korbankan segalanya hanya untuk waris Baba..." Lelaki tabligh itu berkata dengan nada yang perlahan.
     "Baba, saya mahu menikahi Puteri Raja itu. Adakah Baba izinkan saya berhenti di Kepulauan Tanah Melayu ini dan menetap di sini sebagai suami Tuan puteri?" Soal pemuda itu tiba tiba.
    "Apakah kamu benar benar sedang mabuk cinta wahai anakku? Sungguh lara di dalam hati kamu sedang merebak di ke dada kamu" Bisik ayahnya perlahan.
    "Benar Baba..saya telah mabuk dengan panahan mata Tuan Puteri itu.Saya sedang mencintainya dalam keadaan saya semakin lemah dan tidak berdaya"Balas pemuda itu lagi.
     "Baba pernah menceritakan padamu kisah Qais dan Laila..iaitu Majnun dan Laila...adakah kamu tidak mengambil pelajaran dari kisah itu?"Ayahnya tenang berkata sambil menepuk bahu anaknya.
    "Ampunkan saya Baba...."Pemuda itu terus menangis dan menangis memeluk ayahnya. Lelaki tabligh itu sungguh berasa kasih dan sayang pada anaknya. Dia mulai berfikir dan berfikir. Tetapi dia masih belum menemui jawapan dengan masa yang sesingkat itu sahaja. Anaknya telah menghidapi penyakit cintakan seorang wanita. Ia cukup menyiksakan andai dia cuba mengahalangnya. Dia seorang yang taat pada Allah dan cuba mempelajari erti kehidupan insani selama dia melakukan dakwah keseluruh dunia. Dia belum pernah menemui ubat dari penyakit cinta yang sangat mendalam terhadap wanita melainkan penyatuan dalam perkahwinan yang sah. Teladani dari kisah Laila dan Majnun juga telah di pertontonkan di seluruh benua arab. Kisah yang meruntun jiwa dan sangat mengecewakan banyak hati dan nasib mereka.
     "Sudahlah wahai anakku. Berangkatlah kamu tidur. Baba cuma ada kamu untuk membantu Baba dalam usaha dakwah kita ini. Kita telah banyak pengikut di seluruh Tanah Melayu ini demi mengembangkan ilmu agama islam dengan lebih mendalam lagi. Banyak masjid akan didirikan untuk kemudahan ibadat di penempatan di sini. Guru guru agama diperlukan untuk usaha ini" Pujuk ayahnya lembut. Pemuda itu terus menangis dan menangis seperti anak kecil. Lelaki tabligh itu mula gusar. Sehinggalah dia terpaksa memanggil beberapa sahabatnya yang lain memimpin anaknya ke kamar tidur.

Puteri Yang HilangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang