Bahagian 6

201 12 0
                                        

Sultan menyambut kedatangan lelaki tabligh ke istananya itu dengan mesra. Sopan santun dan budi bicaranya sungguh mulia tanpa mengira darjat dan harta.
"Beta telah mendengar kisah mereka di seluruh negeri. Dan beta sedikit rasa tercabar dengan maruah beta sendiri"Luah Sultan tiba tiba.
"Maafkan anak sahaya Tuanku.Kami telah berlaku onar dalam negeri tuanku..."suara lelaki tabligh itu mendatar.
"Tidak...bukan itu yang beta ingin bicarakan atau bincangkan lagi. Puteri beta juga tidak seperti dahulu lagi.Kesedihannya menenggelamkan dirinya"rungut sultan.
"Jadi apakah yang mampu sahaya lakukan?"Soal lelaki tabligh itu mula keliru dengan penjelasan Sultan.
"Beta mahu perkara ini di putuskan oleh kita berdua pada malam ini. Beta tidak mahu kisah puteri beta menjadi bahan cerita di seluruh negeri beta"tegas Sultan merenung tepat ke wajah lelaki tabligh itu.
"Apakah maksud tuanku?"
"Beta beri kata dua pada pihak Tuan Imam semua...jika tuan bersetuju untuk perkahwinan ini beta juga bersetuju.Tetapi dengan syarat, anak lelaki Tuan Imam akan jadi milik keluarga beta kerana beta tidak mahu menantu beta terlibat dalam acara urusan kerja tabligh dan dakwah kalian...."Terang sultan. Lelaki tabligh itu tersentak.
"Jika Tuan imam tidak bersetuju dengan perkahwinan ini,sila keluar dari negeri beta dengan segera dan beta tidak mahu puteri beta bertemu dengan anak Tuan Imam lagi" Kata Sultan lagi. Lelaki tabligh itu sejak tadi beristighafar di dalam hatinya. Berat sungguh ujian Allah terhadap dirinya.Dia di beri ujian antara anaknya dan urusan dakwahnya.
Betapa hatinya meruntun dan berasa hiba. Tidak henti bibirnya menyebut nama Allah. Tiba tiba dia mendengar jeritan dari tangga istana.
"Lepas..lepaskn saya..."Seorang perempuan muda tersungkur di bawah tangga dengan pakaiannya kusut masai. Lelaki tabligh itu bangun terkejut melihat perempuan itu.
"Amah...cepat bawa dia naik ke atas"jerit sultan. Perempuan itu terus meraung dan menangis.
"Ayahanda.....di mana dia?kenapa dia tidak datang.....knp dia tidak ada disini ayahanda????"Tangis perempuan itu.Tersedarlah lelaki tabligh itu. Perempuan itu adalah puteri Sultan.Sungguh menderita keadaannya. Perlahan lahan dia datang kepada puteri Sultan itu sambil meminta Amah itu melepaskan lengan puteri itu.
"Sabar..sabar nak....dia akan datang tidak lama lagi.."airmata lelaki tabligh itu menitis. "Sahaya akan bersetuju dengan perkahwinan ini dan syarat tuanku"Balas lelaki tabligh itu. Sultan tersenyum gembira sambil bersalaman dengan lelaki tabligh itu."Baguslah jika begitu. Kita akan nikahkan mereka.Tetapi majlisnya kita tidak akan buat dalam waktu terdekat ini. Beta harap tuan imam bersetuju"Cadang Sultan. Lelaki tabligh itu mengangguk angguk.
"Asalkan mereka bahagia dan anak sahaya gembira. Majlis bukan kewajiban"ujar lelaki tabligh itu.
"Jika begitu beta sangat bebesar hati"Tawa Sultan sambil memeluk lelaki tabligh itu.

Puteri Yang HilangTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang