Kedinginan subuh mengejutkan Margarett dari lenanya. Dia mencari suaminya di sisi. Tetapi lelaki tabligh itu tiada di dalam chalet mereka. Margaret terdengar kemeriahan di luar chalet itu. Dia bingkas bangun menyarung baju sejuknya. Beberapa orang lelaki sedang mengambil air wudhu di hadapan chalet mereka. Sementara suaminya sedang duduk di sejadah di atas pondok tanpa berdinding di hadapan chalet itu. Rubiah tersenyum melihat lelaki lelaki yang mengambil wudhu tadi bersalaman dengan suaminya. Suasana subuh masih gelap, tetapi mereka semua telah bangun merapatkan saf, bisik Margarett dalam hati. Dia mencapai kain tualanya sambil tersenyum mengingatkan kemanisan malam tadi ketika dia bersama suaminya memadu cinta.
Suara Azan subuh mula berkumandang di pusat peranginan kecil itu. Rubiah segera menuju bilik mandi untuk membersihkan dirinya. Kemudian dia menunaikan solat subuh berjemaah di pondok kecil itu. Ada beberapa orang isteri para pengikutnya juga turut sama solat. Margarett merasa ketenangan yang dicarinya selama ini semakin dirasai apabila dia menunaikan solat. Kehidupannya semakin berubah kearah yang lebih bermakna. Selesai solat subuh Margarett duduk disamping lelaki tabligh itu. Dia tidak sabar untuk mengetahui kisah anak tunggal mereka daripada suaminya.
"Bagaimana Syakh Zharith?"soal Margarett sambil minum kopi bersama lelaki tabligh itu.
"Dia terlalu mencintai Tuan Puteri itu. Mereka telahpun mempunyai seorang cahaya mata yang sangat comel" Lelaki tabligh itu tersenyum seolah-olah terbayang cucunya.
"Lelaki atau perempuan? Berapa umurnya, Maulana?" Rubiah teruja mendengar cerita suaminya.
"Lelaki, masih kecil. Dalam 2 tahun. Semasa sahaya mengirimkan surat kepadamu, dia masih dalam kandungan puteri itu" Terang lelaki tabligh itu. Margarett mengangguk angguk tanda faham.
"Wahai Maulana, saya minta maaf kerana mengambil masa yang lama untuk ke sini" suara Margarett sayu.
"Tidak mengapa, Rubiah. Sahaya faham akan situasi kita. Sesungguhnya dunia ini bukanlah tempat apa yang saya inginkan. Dunia adalah apa yang Allah swt ceritakan di dalam Al Quran" Ujar lelaki tabligh itu kepada isterinya. Margarett tersenyum sambil memeluk lelaki tabligh itu.
"Janganlah risau. Saya akan sentiasa menyokong usaha suami saya dalam berdakwah dan membawa lebih ramai lagi manusia yang keliru di dunia ini, seperti saya" Bisik Rubiah perlahan. Lelaki tabligh itu menggenggam tangan isterinya sambil mengangguk angguk. Petang itu mereka merancang untuk bertemu anak tunggal lelaki mereka. Tetapi lelaki tabligh itu tidak dapat mengikut sekali dalam pertemuan Margarett dan keluarga anak tunggal lelaki mereka itu kerana dia akan ke Kedah bersama pengikutnya yang lain.
"Rubiah, pusat peranginan di Teluk ini saya hadiahkan kepada kamu. Sahaya tidak pernah berikan apa apa selama kita berkahwin kerana saya manusia yang tidak punya apa apa" Tutur lelaki tabligh itu perlahan-lahan sebelum suaminya itu pergi.
"Ya Maulana, saya sangat menghargai pemberian ini. Saya tidak memandang harta kekayaan kerana saya telah memilikinya. Saya senang hati berkongsi denganmu, wahai Maulana. Itu sahaja yang dapat saya lakukan untuk menyokong usaha dakwah kamu dan ilmu ilmu kamu"Bisik Margarett memeluk erat suaminya. Air mata mereka menitis perlahan-lahan. Sungguh perit perpisahan itu. Entah bila lagi mereka akan bertemu.
"Usahlah kamu bersedih, kerana dunia ini hanya tempat sementara kita. Dan kita terpaksa berpisah kerana kita berkelana di dunia ini atas kehendak tuhan kita yang satu. Allahhuakbar" kata lelaki tabligh itu.
"Allahhuakbar" jawab Margarett melepaskan pelukan suaminya.
"Rubiah, pastikan kamu mendapatkan cucu kita dari Syakh Zarith untuk waris kita. Sahaya pasti Sultan akan bersetuju setelah melihat kamu"Lelaki tabligh itu menyeka airmatanya.Entah mengapa, dia seperti merasakan mereka tidak akan bertemu lagi. Hatinya sayu.
"Segala urusan wasiat dan pemindahan harta itu harus dilakukan dengan segera demi menyambung usaha dakwah kita. Pastikan kamu bertemu dengan saudara sahaya di Turkey. Dia seorang peguam. Dia akan menolong kamu. Kerja ini harus dilakukan secara rahsia. Jika tidak kita berdua dalam bahaya" Bisik lelaki tabligh itu.
"Siapakah nama saudara kamu itu?" Soal Margarett.
"Ingatlah namanya, wahai Rubiah. Syakh Al Fayid, seorang peguam di Turkey" beritahu lelaki tabligh itu sebelum dia berlalu pergi. Margarett memeluk suaminya berkali kali sambil melambai pemergian lelaki tabligh itu.
YOU ARE READING
Puteri Yang Hilang
Historical FictionBuku ini mengisahkan seorang Puteri yang terpisah dengan kedua orang tuanya semenjak bayi kerana salah faham dan dendam di antara kedua orang datuknya selepas kematian ayah kandungnya. Dia juga terpisah daripada saudara kandung lelakinya yang telah...