Bahagian 14

140 7 0
                                    

        Panagionitis membelah lautan menuju ke Laut Mediternean. Mereka mengambil masa berhari hari untuk sampai ke Turkey. Tidak ada banyak aktiviti yang dilakukan oleh Syakh Zarith dan Putera Muhammad sewaktu mereka berada di tengah lautan. Namun Margarett berasa sangat bertuah kerana dia mempunyai banyak masa untuk lebih rapat dengan anak lelaki dan cucunya.
       Petang itu sewaktu kapal Panagionitis bergerak perlahan di pinggiran Laut Mediternean, Margarett mengajak Kapten kapal dan anak lelakinya minum bersama. Mereka berbual sambil menikmati kelembutan kek yang di buat oleh tukang masak Perancis di atas kapal itu. Kehidupan Margarett agak bersetail dan bertaraf tinggi sehingga adab makan dan minumnya cukup beradabtertib. Cara dia menggunakan sudu dan cara dia duduk. Syakh Zarith sudah faham sangat dengan ibunya. Jika Margarett berada bersama orang bawahannya, dia tidak menunjukkan yang dirinya seorang yang bersederhana. Sehingga tidak akan ada orang mempercayai Margarett telah masuk islam. Sesungguhnya hati Margarett hanya Allah yang tahu.
       Sedang mereka duduk berbual sambil minum teh, tiba-tiba mereka terdengar bunyi letupan senjata api dari bilik kemudi. Margarett dan Syakh Zarith dengan segera bingkas bangun. Kapten Kapal itu mula berlari ingin naik ke dek kemudi. Namun Margarett dan Syakh Zarith terkejut apabila Kapten kapal mereka berundur ke belakang dari menaiki tangga ke bilik kemudi. Seorang lelaki bebadan besar dan bertopi mengacukan pistol di dahi kapten Kapal.
          "Jangan sesiapa pun bergerak dari tempat duduk anda. Kapal ini telah kami rampas!" Jerit lelaki itu sambil menekankan pistol di dahi Kapten Kapal itu dengan kuat. Kapten itu tersungkur ke lantai kapal. Lelaki itu terus memijak kepala Kapten itu di telinganya.
      "Kau!!!!!" Jerit lelaki itu menunding jari ke arah Margarett.
       "Hei perempuan kaya!!! Aku mahukan kapal ini. Jika ada sesiapa yang melawan, aku akan bunuh semua orang di dalam kapal ini, faham!" Ugut lelaki itu dengan bengis. Beberapa orang lagi konco lelaki itu turun ke tempat Margarett dan Syakh Zarith. Mereka disembamkan ke lantai kapal dan disuruh meniarap.Sementara pinggang mereka di pijak kuat. Syakh Zarith cuba melawan tetapi tiga orang daripada mereka telah menendang perutnya sambil tangannya di pegang mereka.
       "Aku sudah cakap, jangan lawan!" Bentak lelaki itu. Mereka bukan orang England yang lembut dalam berbicara. Dan mereka bukan juga orang Turkey. Margarett dapat mengagak, mereka adalah orang Mexico dan Albania.
        "Muhammad!!"Jerit Syakh Zarith apabila melihat seorang lelaki mengusung Putera Muhammad di pinggangnya. Mulut Putera Muhammad di ikat dengan kain.
      "Tolonglah lepaskan anak saya!" Syakh Zarith meronta. Tangannya telah di ikat ke belakang termasuk kakinya.
        "Diam! Aku takkan lepaskan kamu semua sehingga kapal ini sampai di Teluk Mexico...."Ugut lelaki itu. Kapten kapal sangat terkejut. Dia meronta ronta untuk melawan.
       "Tidak. Kami ingin ke Turkey. Kenapa mesti kami ke Teluk Mexico???"Jerit Kapten Kapal itu. Margarett hanya menggeleng gelengkan kepalanya. Ternyata ada sesuatu yang berlaku di antara Kapten Haris dan penumpang penumpang mereka itu.
       "Engkau ingat kami bodoh!!!Kalau kapal ini berlabuh di Turkey, tentu barang barang penyeludupan kami akan terbongkar. Kami mahu kapal ini berlabuh di sebuah teluk berhampiran Mexico"Terang lelaki itu sambil berjalan mundar mandir.
       "Tidak!!!Kapal ini tidak boleh melepasi perairan Greece...jika tidak polis marin akan mengejar kapal ini..."Ujar Kapten Haris. Lelaki Mexico itu agak terkejut.
      "Hei bodoh!!! Kenapa tidak boleh melepasi perairan Greece? Ini kapal mewah. Engkau jangan nak menipu kami!!! Kapal mewah begini sudah tentu ada permit pelepasan di mana-mana perairan. Hanya kerabat di Raja memiliki kapal persendirian yang mewah begini!!!" bentak lelaki itu. Margarett tersentak sambil memberi isyarat kepada Kapten Haris.
       "Kapal ini bukan milik mana-mana kerabat Di Raja. Ia milik sebuah syarikat pengangkutan British" Terang kapten Haris. Lelaki bermuka bengis itu tidak lagi mempedulikan kata kata kapten Haris. Kapal itu terus melepasi perairan Turkey dan Greece.
       Selepas beberapa jam mereka melewati perairan Greece, beberapa bot peronda marin memberi arahan untuk mereka berhenti. Tetapi kapal Panagionitis terus belayar tanpa mempedulikan arahan polis marin itu. Polis marin itu mula memberi isyarat kepada beberapa kumpulan polis yang lain untuk mengepong kapal itu. Namun kapal mewah itu dapat melepasi perairan greece. Lelaki-lelaki yang merampas kapal itu bersorak kerana berjaya melarikan kapal itu dari polis marin tersebut. Margarett dan Syakh Zarith di ikat kedua tangan dan kaki mereka. Putera Muhammad di biarkan duduk di sebuah kerusi sambil di awasi oleh seorang lelaki yang membawa senjata api.
        Sehingga hari mulai gelap. Cuaca bertambah gelap lagi dengan awan hitam memenuhi sekeliling perairan berhampiran teluk itu. Beberapa jam kemudian hujan turun dengan lebat diikuti ribut petir yang kuat serta angin kencang yang bertiup membadai ombak disitu. Lelaki lelaki yang merampas kapal itu sibuk ingin belayar juga untuk memindahkan barang penyeludupan mereka ke daratan.
       "Kalau cuaca begini lebih baik berlabuh di sini daripada terus belayar. Jika tidak kapal ini akan terbalik nanti" Kapten Haris memberi amaran. Lelaki lelaki yang merampas kapal itu tidak mengendahkan kata-kata kapten Haris.
       Ketika kapal itu memasuki sebuah teluk  yang mempunyai pantai dan bukit bukau, sebuah kilat memanah laju ke arah tiang layar kapal. Tiang kapal itu patah satu membuat kapal itu tidak lagi seimbang. Kapal itu ke kiri dan kekanan untuk membenam ke dalam lautan. Lelaki penyeludup itu mula menurunkan beberapa bot untuk memindahkan barang penyeludupan mereka. Beberapa kotak barang itu terjunam jatuh dan berterabur di hadapan Margarett dan Syakh Zarith. Kedua beranak itu terkejut apabila melihat paket paket putih seperti tepung jatuh di hadapan mereka.
      "Haris...Dadah!"Jerit Margarett. Kapten Haris mengangguk angguk.
       "Maafkan saya, Puan. Saya tidak tahu itu barang yang mereka bawa" Balas Kapten Haris kesal. Magarett meronta ingin melepaskan dirinya tetapi ikatan itu cukup kuat.
        Selesai mereka memindahkan kesemua dadah itu ke dalam bot bot yang diturunkan tadi, lelaki yang bengis itu mengikat Margarett di Tiang kapal Panagionitis bersama Syakh Zarith. Mereka di tinggalkan di atas kapal itu tanpa belas kasihan. Kapten Haris Di biarkan di lantai bilik kemudi dengan tangan terikat. Penumpang lain di kurung di bilik bawah kapal dengan dikunci dari luar. Bunyi jeritan mereka yang berada di dalam itu tenggelam bersama ribut yang kuat. Putera Muhammad di bawa oleh lelaki itu ke bot bot yang telah berisi dadah tadi. Mereka meninggalkan kapal yang dipukul ribut dan badai itu dengan segera. Maka terpisahlah Putera Muhammad dan ayahnya. Begitu juga dengan Margarett. Putera kecil itu di culik oleh kastelo dadah terbesar pada ketika itu tanpa sesiapa pun tahu. Panagionitis di pukul ombak yang kuat kerana ribut yang sangat dasyat. Sehingga kapal itu karam dan pecah teruk. Margarett dan Syakh Zarith tenggelam ke dalam lautan bersama tiang kapal dan kipas kapal. Mereka berdua mati lemas bersama penumpang lain. Tetapi tiada siapa yang tahu Putera Muhammad masih hidup lagi. Kapal itu akhirnya tersadai di sebuah pantai selepas ribut berhenti.Tetapi tiang kapal itu terus bersemadi di dalam lautan bersama Margarett dan Syakh Zarith. Berita kapal karam itu mulai tersebar di seluruh berita tv dunia. Termasuk Tanah Melayu. Orang yang paling terkejut adalah Sultan.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now