Bahagian 18

132 6 0
                                    

Akhirnya Puteri Sabiya berpindah ke rumah agam Hilir Bukit Negeri. Sultan turut menghantar puteri kesayangannya sewaktu mereka berpindah.
Rumah agam itu agak terpencil di dalam ladang kebun sawit. Namun sebelum sampai di rumah agam itu terdapat beberapa penempatan pekerja ladang di situ. Kebanyakan rumah rumah keluarga ladang itu terdiri daripada orang india dan sangat sedikit orang melayu. Sememangnya penempatan begitu telah di tetapkan sejak dahulu lagi dalam perlembagaan yang telah ditetapkan. Mereka sungguh mahir dalam urusan ladang dan kebanyakan pemilik ladang ladang estate adalah orang india. Mungkin Aruah Zarith salah seorangnya.
"Sabiya, rumah ini jauh ke dalam ladang. Ayahanda akan tempatkan dua pengawal dari istana untuk menjaga keselamatan Sabiya di sini" Beritahu Sultan sewaktu mereka sampai di rumah agam itu. Sedang driver itu mengeluarkan beg Puteri Sabiya, kedatangan mereka di sambut oleh dua orang pembantu rumah orang barat. Sultan dan Puteri Sabiya agak terkejut.
"Ya, Tuan...Puan. Selamat datang" Ucap mereka.
"Siapakah kamu berdua?" Puteri Sabiya kehairanan.
"Kami pekerja rumah agam ini. Puan Margarett membawa kami ke sini untuk menjaga rumah ini" Jawab dua pekerja itu. Puteri Sabiya melihat lelaki dan perempuan separuh abad itu. Mereka memang orang barat.Perempuan itu berbadan gempal dan memakai maxi berenda putih serta bertopi renda. Lelaki barat itu bertopi dan berbaju kemeja petak petak. Mereka tersenyum ramah kepada Puteri Sabiya dan Sultan.
"Margarett??? Siapa Margarett?"Soal Sultan keliru.
"Margarett ibu Tuan Syakh Zarith" Jawab perempuan barat itu. Sultan terkejut dengan jawapan itu. "Maksudnya Casella atau Rubiah?"Soal Sultan mengerutkan dahi. Kedua pekerja itu saling berpandangan kerana mereka pula berasa keliru.
"Ayahanda, Margarett itu ibu Syakh Zarith. Rubiah itu pun ibu Syakh Zarith. Dan mereka orang yang sama" balas Puteri Sabiya terus mengendong bayinya masuk ke rumah agam itu. Sultan masih keliru dan termanggu manggu di hadapan rumah agam itu. Puteri Sabiya berbual ramah mesra dengan dua pekerjanya itu sebekum memberikan Puteri Radzi Al Zahar kepada Makcik Lucy, pembantu rumah agam itu.
"Ayahanda janganlah risau. Sabiya bukan tinggal sendirian di sini. Ada ramai pekerja dalam rumah agam ini" Tutur Puteri Sabiya duduk di hadapan ayahnya.
"Walaupun ayahanda tidak risaukan Sabiya. Ayahanda akan selalu ke sini disebabkan rindukan Sabiya dan cucu ayahanda" Kata Sultan sambil tersenyum.
"Kalau ayahanda selalu ke sini, banyak sekolah yang ayahanda akan datang melawat dan ayahanda akan beri bantuan kewangan..."Tawa Puteri Sabiya menjeling ayahnya.
"Ya...ini kawasan ladang estate dan penempatan kebun sawit juga.....mungkin apa yang Sabiya katakan itu betul. Ayahanda sedia maklum dan akan beri perhatian pebih untuk kawasan yang ada anak dan cucu ayahanda tinggal ini lebih sikit, berbanding kawasan lain..."Balas Sultan ketawa kecil. Mereka dua beranak berbual dan sambil makan bersama di rumah agam itu. Malah Makcik Lucy dan Pakcik Ben sangat baik sekali dengan Puteri Sabiya dan Puteri Radzi Al Zahar. Mereka berdua tidak ada anak walau sudah berpuluh tahun berkahwin. Dan Margarett telah membantu mereka datang bekerja ke rumah itu.
       Petang itu Sultan telah kembali ke istananya. Maka Puteri Sabiya tinggal di rumah agam yang besar itu bersama Makcik Lucy dan Pakcik Ben. Sultan meletakkan dua orang pengawal di kawasan rumah agam itu bagi menjaga keselamatan Puteri Sabiya dan Puteri Radzi Al Zahar. Mungkin baginda merancang sesuatu yang lebih baik untuk Puteri Sabiya. Sultan tidak mahu Puterinya otu terus hidup bersendirian tanpa suami. Suatu masa baginda sedar yang baginda akan kembali bertemu Allah swt di akhirnya...Jadi Puteri Sabiya dan Puteri Radzi Al Zahar perlukan seorang lelaki untuk menjaga mereka. Sultan ingin menjodohkan Puteri Sabiya dengan anak daripada kenalannya. Baginda terus merancang di dalam diam.
        Puteri Sabiya pula terus merancang untuk tinggal di rumah agam itu dengan hanya tiga bulan seperti syarat yang termaktub di dalam surat peguam. Pergerakannya sedikit terbatas apabila dia duduk di rumah agam itu disebabkan mereka hanya mempunyai sebuah kereta Mercedes. Puteri Sabiya terpaksa meminta Pakcik Ben membawa kereta berkenaan untuk menghantar dirinya ke mana mana. Jarak rumah agam itu dengan pekan sememangnya jauh. Malah agak terpencil di dalam kebun. Walaupun begitu rumah agam itu kelihatan bersih dan kemas kerana di jaga oleh Pakcik Ben. Rumputnya sentiasa pendek di potong oleh pakcik Ben seminggu sekali. Rumah agam itu mempunyai dua tingkat. Sementara semua bilik berada di tingkat ke dua. Jumlah bilik rumah agam itu adalah empat. Makcik Lucy akan tidur di satu bilik bersama suaminya. Sementara lagi satu bilik digunakan oleh amah istana yang di bawa Sultan bersama mereka ketika datang ke situ. Puteri Sabiya pula akan tidur di bilik utama bersama bayi kesayangannya. Manakala bilik satu lagi khas untuk tetamu yang datang.
       Kisah Puteri Sabiya telah sampai ke pengetahuan lelaki tabligh itu. Pengikut lelaki tabligh itu sudah tahu semua tentang Puteri Sabiya dan cucunya, Puteri Radzi Al Zahar.
        "Sahaya tidak boleh menunggu lagi....kenapa kalian tidak bertindak?"Soal lelaki tabligh itu mengerutkan dahi.
        "Apakah cara yang sebegini yang tuan guru mahukan?"Soal pengikutnya.
        "Cara yang sahaya maksudkan itu adalah satu satunya cara untuk sahaya mendapatkan cucu sahaya"Bisik lelaki tabligh itu perlahan. Pengikut lelaki tabligh itu menggeleng-gelengkan kepala mereka.
        "Tapi dengan cara membawa lari bayi itu adalah satu kekerasan. Kita akan menganiaya Puteri itu tuan guru" Ujar pengikutnya.
         "Sahaya tidak menganiaya menantu sahaya. Malah dia telah mendapat harta anak saya secukupnya...."kata lelaki tabligh itu tegas. Semua pengikutnya diam menikus.
        "Baiklah, sebaiknya perkara begini di bawa berbincang dengan puteri dan Sultan" Cadang pengikutnya.
         "Sahaya tidak dapat lagi berjumpa dengan menantu sahaya. Bagaimana ingin berbincang. Malah mereka telah menutup pintu istana untuk orang seperti sahaya. Mereka serik dengan acara taklim. Satu ketika dahulu cinta anak lelaki sahaya telah menggoncang istana mereka....dan ia terjadi dengan pengakhiran yang tidak baik. Anak sahaya telah mati dan jasadnya tidak ditemui...begitu juga isteri dan cucu sahaya. Hanya baju yang ditinggalkan anak sahaya kepada Puteri itu. Apakah bernasib malang hidup mereka?atau hidup sahaya yang sering diuji begini"Tutur lelaki tabligh itu dengan sayu.
         "Kalau Tuan guru mahu mengambil bayi itu..kami sebagai pengikut tidak boleh merempuh rumah agam itu. Tetapi kami boleh mengupah beberapa orang lain yang dari india melakukannya. Mereka tinggal berhampiran ladang puteri itu"Kata pengikut lelaki tabligh itu.
       "Bolehkah dipercayai mereka yang ingin kamu upah itu? Bagaimana kalau terjadi sesuatu kepada bayi itu nanti..."Lelaki tabligh itu seperti kurang senang. Hatinya tidak sedap dengan keputusan itu. Tetapi dia perlu mendapatkan cucunya.
       "Tuan guru janganlah risau, mereka adalah orang india seperti kita. Bezanya mereka berlainan agama dengan kita. Tapi mereka pasti menolong bangsa mereka sendiri"jamin para pengikutnya.
      "Baiklah, sahaya bersetuju. Tapi pastikan bayi itu disorokkan daripada mereka selepas diambil. Jangan terus diberikan kepada sahaya. Lagipun sahaya akan ke Kedah untuk membuat persiapan membawa cucu sahaya itu kelak ke Madinah"lelaki tabligh itu merancang bersama pengikutnya. Mereka semua mengangguk angguk tanda faham dan bersetuju. Lelaki tabligh itu terbayang wajah cucunya yang mungkin sudah berusia hampir empat atau lima bulan. Dia yakin sudah cukup mudah untuk dia menjaganya kelak walau terpaksa dipisahkan daripada ibunya.
       

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now