Puteri Sabiya telah dikahwinkan dengan Anak Raja negeri di Hujung Rintis. Segala perancangan Sultan tidak dapat dibantah oleh Puteri Sabiya. Dia terpaksa akur dengan kemahuan ayahandanya kerana kesilapan yang telah dilakukannya semasa mencari anaknya. Putera Amir dikahwinkan dengan Puteri Sabiya dengan majlis yang gilang gemilang sekali. Seluruh negeri di canang akan perkahwinan Anak Raja Hujung Rintis dan Puteri Sabiya dari negeri Sehilir Negeri.
Dalam diam selepas perkahwinan Sultan telah meminta Putera Amir menjaga Puteri Sabiya dengan baik. Sultan tidak membenarkan lagi Puteri Sabiya turun ke negeri Sehilir Negeri demi mematuhi pantang larang adat istiadat istana yang telah di tetapkan.Maka berpisahlah Puteri Sabiya dari tempat kenangannya dengan kisah lama yang harus dia lupakan. Tetapi Puteri Sabiya semakin hilang keyakinan yang anaknya masih hidup kerana Sultan telah merahsiakan perkara itu daripada pengetahuannya. Tujuan Sultan ingin melihat anaknya memulakan hidup baru dengan gembira dan bahagia.
Selepas Puteri Sabiya selamat berpindah ke Negeri Hujung Rintis berhampiran dengan negeri Pulau Singa Bercium, Sultan meminta Tengku Ahmad mencari Puteri Radzi Al Zahar. Dalam makrifat Ahli Nujum DiRaja, cucu baginda itu berada di kawasan berbukit dan bertanah merah. Dengan sepakat muafakat darah Raja Melayu, Tengku Ahmad membawa adindanya Tengku Safar ke kawasan Bukit Malim Mawar. Mereka berpakaian sangat biasa seperti rakyat biasa sehingga kelihatan seperti orang kebanyakan.
Beberapa hari dalam penyiasatan, mereka akhirnya bertemu dengan Amuni. Tengku Safar dan Tengku Ahmad mengenali Amuni apabila mereka melihat kereta Valkswagen yang di naiki lelaki itu. Mungkin kesilapan mereka berdua kerana dalam diam mereka meminta polis menangkap Amuni. Sehingga menyebabkan bayi yang dibawa Amuni di gilis keretaapi.
Setelah mereka mengekori Amuni, mereka telah tahu di mana rumah Amuni.
"Kanda, adakah kita ini di tipu Amuni jika anak Sabiya masih hidup?"Kata Tengku Safar bersandar di sisi kereta sambil memerhati Amuni membawa sepasang suami isteri dan dua orang anak mereka.
"Maksudnya apa? Kita tak baik menuduh. Setiap perkara kene usul periksa dahulu"Kata Tengku Ahmad. Tengku Safar memberi isyarat mata kepada Amuni.
"Kanda lihatlah dia..banyak kerja kita upah dia sebelum ni. Haaaa...Valksawgen tu pun kita yang tolong dia beli dulu sebab dia orang upahan kita. Mungkinkah dia yang sorokkan anak Sabiya?"Ujar Tengku Safar serkap jarang.
"Haishhh!kita tak boleh menuduh. Buat apalah dia nak sorokkan anak Sabiya. Anak dia pun ramai masa kita ke rumahnya. Berderet dan masih kecil kecil. Kita kene fikir logiknya!"Tengku Ahmad menasihati adiknya.
"Ya tak ya juga...Kanda memang otak geliga"Senyum Tengku Safar.
"Memang kita jahat!!!!sebab perangkap dia masa kita berjanji nak jumpa dia di hentian keretaapi tu...Tapi kalau kita tak buat begitu segala rahsia kita terbongkar!Sultan dan kita akan dituduh membunuh. Padahal Amuni tidak sengaja tertolak Sami Sikh tu. Sami tua tu dah uzur dan semput!"Terang Tengku Ahmad sedikit kesal.
"Tapi kita tetap berdosa kanda walau Amuni tu tidak sengaja. Silapnya kita menceroboh tempat sami sikh tu!"Kata Tengku Safar.
"Ah! lupakanlah perkara yang dah lepas itu. Jadi sekarang di mana anak Sabiya???"Soal Tengku Ahmad.
"Masa di hentian itu tentulah Amuni bawa anak Sabiya. Tetapi kalau yang mati di gilis itu bukan anak Sabiya....anak Sabiya di mana? Takkan Amuni sorokkan pulak??"Tengku Safar mula berfikir.
"Tak mungkin Amuni sorokkan sebab dia tak tahu kita berdua yang perangkap dia ditangkap polis di hentian itu"
"Mungkin yang dia bawa itu bayi lain dari hospital!"Tengku Ahmad membeliakkan matanya. Kemudian mereka saling berpandangan. Semua pertemuan dengan Amuni di Hospital mengingatkan mereka berdua tentang tangan Amuni di gigit Anjing.
YOU ARE READING
Puteri Yang Hilang
Historical FictionBuku ini mengisahkan seorang Puteri yang terpisah dengan kedua orang tuanya semenjak bayi kerana salah faham dan dendam di antara kedua orang datuknya selepas kematian ayah kandungnya. Dia juga terpisah daripada saudara kandung lelakinya yang telah...