Bahagian 27

284 8 3
                                    

Selesai Majlis perasmian, Tengku Safar dan Tengku Ahmad makan bersama Amuni dan Wahab. Sedangkan Amuni dan Wahab tidak tahu langsung dua pemuda yang makan bersama mereka itu kerabat Di Raja. Malah Tengku Safar dan Tengku Ahmad berpakaian seperti orang kebanyakan. Dalam diam Tengku Safar memberi isyarat kepada Sultan yang duduk di meja VVip bersama kaum kerabat yang lain. Secara curi-curi Sultan melihat dua lelaki bersama adik beradiknya itu.

Selesai Majlis itu Sultan berangkat bersama pengiringnya. Baginda melalui meja yang diduduki Tengku Safar dan Tengku Ahmad. Sultan bersalam dengan Amuni dan Wahab sambil bertanya mereka tinggal di mana. Dengan ramah Amuni memberitahu tempat tinggal mereka termasuk lelaki mamak yang bersama Tengku Safar dan Tengku Ahmad. Lama Sultan berdiri di hadapan mereka sambil berbual perlahan. Kemudian Sultan berlalu pergi sambil berpura pura bersalaman dengan Tengku Safar dan Tengku Ahmad. Mujurlah pengiring Sultan tidak mengenali mereka berdua. Tengku Safar dan Tengku Ahmad bijak menyamar. Malah mereka memakai topi dan wajah mereka tidak berapa jelas pada orang lain.

"Benarkah Kanda tidak mahu membawa pulang anak Sabiya?"Tengku Ahmad inginkan kepastian abangnya. Sultan masih termenung di atas bot mewahnya. Mereka bertiga sedang memancing.

"Kanda terpaksa biarkan puteri itu bersama keluarganya. Walau semua kaum kerabat kita di sini tahu jawapan para ilmuan yang datang ke istana itu. Tetapi kesahihan kisah anak Sabiya tidak jelas. Kanda tidak mahu puteri itu pulang..."Jawab Sultan.

"Kami harap Kanda tak akan menyesal!"Balas Tengku Safar. Sultan tidak berkata apa apa. Baginda hanya terus termenung di atas bot mewah itu.

"Kanda tidak mahu tahukah yang mana satu anak Sabiya?"Soal Tengku Safar lagi.Sultan menoleh ke arah adiknya. Wajahnya kelihatan sedih dan kesal.

"Kamu berdua bantulah kedua ibubapa itu dalam keperluan susu anak mereka sampai mereka besar. Itu sahaja yang dapat kanda tolong. Dan kanda harap kamu berdua dapat gunakan pengaruh kamu berdua untuk menolong dua keluarga itu secara sulit. Kanda tidak mahu mereka tahu apa apa pun yang kita semua tahu"Pesan Sultan. Tengku Safar dan Tengku Ahmad mengangguk tanda faham dan bersetuju dengan kata kata abang mereka itu. Bot Mewah itu terus meluncur membelah lautan meninggalkan perairan Pantai Puteri Dewi menuju pengkalan tentera Laut. Rahsia mereka di saksikan lautan luas yang terbentang itu.

Wahab dan Leha tidak menyangka mereka di beri kupon untuk menukar Susu Tin di sebuah kedai Cina. Kupon itu diberikan oleh kawan-kawan Amuni. Malah banyak beban kewangan Wahab dan Leha berkurang hari demi hari. Kelahiran anak bongsu Wahab bersama rezeki yang murah itu benar benar membuat Wahab berasa yakin akan tuah anaknya.

Sehinggalah usia anak bongsu Wahab mencapai umur setahun. Wahab telah namakan anak mereka itu dengan nama Dayang Intan binti Abdul Wahab (Nama ini hanyalah rekaan semata tiada kene mengena dengan yang hidup mahupun mati). Sejak kelahiran Dayang Intan, pintu rezeki Wahab semakin luas dan kasih sayang Wahab kepada Dayang Intan semakin tebal.

Sedangkan Sultan mula berasa tidak tenteram dan serba salah dengan apa yang dirahsiakannya. Hatinya mula terbayang bayang wajah anak Sabiya jika dia melihat anak kecil yang sebaya umur dengan Puteri itu.

Sehinggalah puteri yang hilang itu mencapai umur dua tahun, Sultan semakin gelisah. Rasa keinginan untuk bertemu anak Sabiya semakin menjadi jadi. Rasa bersalah dalam diri terus dipendamnya tanpa sesiapapun tahu.

"Beta terpaksa turun ke tanah puteri itu tinggal....."Sultan berkata kepada Ahli Nujum Di Raja pagi itu sewaktu mereka minum pagi.

"Ampun tuanku. Seluruh kerabat tuanku telah di larang memijak tanah di sana. Malah air di sana pun Tuanku tidak boleh meminumnya. Pantang larang ini telah di jelaskan semasa Tuanku memutuskan untuk tidak membawa pulang anak Puteri Sabiya itu"Kata Ahli Nujum Di Raja.

"Tapi beta rasa bersalah tehadap puteri kecil itu. Beta ingin ke sana bersama kumpulan Ranger Hutan beta untuk melihat puteri itu"Balas sultan berkeras ingin ke sana.

"Jika Tuanku ke sana, buruk padahnya. Patik tidak dapat bicarakan apakah yang akan berlaku kepada Tuanku dan ahli keluarga Tuanku"Jelas Ahli Nujum Di Raja.

"Ahhhh..beta tak peduli. Beta ingin sekali menatap wajah puteri kecil itu. Beta bersalah padanya"Bentak Sultan dengan nada keras.

"Tapi Tuanku tak takutkah menjadi gila..atau tuanku akan disumpah hidup dalam keadaan huru hara.Lagipun puteri kecil itu kalau berjumpa dengan Tuanku, darah Di Raja yang berdaulat dalam badannya akan timbul. Tuanku tak dapat menabalkan dia sebagai puteri. Kelak tubuh badannya akan buruk bersama darah kuning Di Raja"Terang Ahli Nujum Di Raja.

"Apakah patik harus percaya akan pantang larang istana, sedangkan patik sedang berdosa dengan puteri kecil itu"Keluh Sultan. Ahli Nujum Di Raja terdiam. Sultan terus beredar dari situ meninggalkan Ahli Nujum Di Raja.

     Hari itu Sultan dan pasukan Ranger Hutan turun ke Kampung Tiang Berbelah. Sungguhpun pihak istana melarang Sultan daripada memijak tanah di daerah kampung itu semenjak kehilangan anak cucunya, tetapi Sultan tetap pergi tanpa pengetahuan sesiapapun.

       Mereka telah mengadakan acara payung terjun daripada sebuah helikopter di atas padang sekolah. Kemudian mereka berlari-lari anak menaiki bukit bertanah merah sehingga Sultan tahu disitulah rumah puteri kecil yang baginda ingin temui.

      "Kita berehat di sini!"kata Sultan kepada kumpulan ranger hutan itu.

       "Baik Tuan"Jawab kumpulan kecil itu sambil duduk di bawah pokok cempedak.

     Belakang rumah itu berlereng bukit. Sultan memanjat lereng bukit itu menghampiri dapur rumah kayu yang usang. Tangga dapur rumah itu dibuat dari kayu hutan yang ditanggam bersilang. Ada tempayan di tepi tangga itu.

      Mata Sultan tertancap ke arah sekujur tubuh anak kecil yang berumur hampir dua tahun. Anak kecil itu bermata bulat dan berambut pendek. Pipinya tembam sambil menghulur seulas nangka kepada Sultan.

         "Encik nak minum ke?"Seorang perempuan muncul dari belakang Sultan.

        "Oh, tak mengapalah.Saya tengok budak kecil ni. Takut dia jatuh dari tangga ni" Jawab Sultan memandang Dayang Intan. Leha tersenyum.

     "Dia tak jatuh, sebab dah biasa saya tinggalkan ke paya belakang tu angkut air" Kata Leha sambil membasuh kakinya di tepi tempayan. Kemudian dia naik ke rumah.

      "Maaf encik, suami saya tidak ada di rumah. Saya masuk ke dalam dahulu nak masak"Kata Leha meninggalkan lelaki itu. Leha tidak tahu pun lelaki itu adalah kerabat Di Raja. Begitu juga Dayang Intan. Setelah Leha berlalu baru Sultan teringat yang dia terlupa bertanya nama anak kecil itu.

        Dayang Intan menghulur nangka yang telah lembik diisapnya. Sultan ketawa sambil duduk mencangkung di hadapan budak perempuan itu. Lama dia merenung mata anak kecil itu. Sinar matanya ada iras Puteri Sabiya. Hati lelakinya hancur luluh mengenangkan kejadian malang yang menimpa mereka sekeluarga.

         Sultan bercakap cakap dengan anak kecil itu. Banyak yang dipesannya, tetapi baginda tahu anak kecil itu tidak akan faham. Sesekali anak kecil itu cuba mencapai spek mata di poketnya dan topi di tangannya. Sultan merasa hiba sangat. Berkali kali dia meminta maaf tetapi anak kecil itu tidak pernah memahami kata katanya. 

        Sultan mengeluarkan paket susu kecil kecil daripada begnya. Mata anak kecil itu bulat sambil tegak berdiri dan membuang nangka di tangannya. Sultan ketawa kecil sambil membuka packet susu itu dan memberikan kepada anak kecil itu. Dayang Intan menghisap paket susu serbuk itu sambil merenung wajah Sultan. Hati baginda mula berasa sedih kerana masa untuk pergi. Baginda teringat Puteri Sabiya telah melahirkan puteri comel itu di Madinah. Hati baginda bertambah rasa bersalah. Kalau negerinya tiada undang-undang sudah lama baginda bawa lari puteri kecil itu. Tetapi baginda terpaksa terima hakikat baginda tidak mampu untuk membawa puteri itu pulang. Segala rahsia baginda tersimpan sehingga akhir hayat baginda, sebenarnya dari istana wujud kisah "Puteri Yang Hilang"

     Sultan melangkah turun dari lereng bukit itu. Dua kali dia menoleh dan melambai Puteri Radzi Al Zahar. Tetapi anak kecil itu hanya melihat pemergian lelaki berbaju ranger hutan itu pergi. Kesedapan susu packet untuk perkhemahan itu memberi nostalgia kepada anak kecil itu.

               

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now