Jam di tangan Tengku Safar telah menunjukkan pukul 2 pagi. Mereka terpaksa bersengkang mata demi menyelesaikan masalah Sultan. Bayi yang dilarikan itu adalah cucu Sultan. Bukanlah petanda yang baik jika seorang Puteri Raja diculik dan di sia siakan. Menurut kepercayaan orang orang tua, jika keturunan raja di persiakan akan berlaku musibah dan malapetaka. Tetapi sejauh mana kebenaran itu Tengku Safar dan Tengku Ahmad tidak tahu.
"Kita tak boleh lama di sini. Polis akan datang kerana lelaki yang adinda upah itu bergaduh dengan orang kuil ini"kata Tengku Ahmad sewaktu mereka ingin masuk ke kereta.
"Bukan salah kita, lelaki yang kita upah itu yang salah. Adinda sudah beri amaran padanya ambil bayi itu sahaja. Tapi dia boleh bagi mati sami tua tu!"jawab Tengku Safar geram.
"Kanda risau perkara ini akan terbongkar. Kita akan di dakwa sebagai perancang serangan ke atas orang awam" Tengku Ahmad mengerutkan dahinya. Orang upahan Tengku Safar itu hanya rakyat biasa. Situasinya tetap sama, mereka yang terdesak dengan wang sanggup melakukan apa sahaja.
"Kalau begitu kita akan selesaikan malam ini juga. Adinda sudah berjanji dengan lelaki yang diupah itu, untuk bertemu di hentian kereta api Bukit Malim Mawar"Terang Tengku Safar menghidupkan keretanya. Dari Jalan Road River mereka berdua telah bertolak ke Bukit Malim Mawar malam itu juga.
"Nampaknya kita berdua tak tidurlah sampai ke subuh"Rungut Tengku Ahmad.
Tengku Safar hanya ketawa melihat gelagat abangnya. Demi sedarah sedaging, mereka bersatu. Itulah baru benar darah Raja Melayu.
Sementara lelaki yang diupah Tengku Safar itu telah meninggalkan nota kepada Tengku Safar di hentian Bukit Malim Mawar. Mujur ada pengawal hentian keretaapi di situ yang menyimpankan nota pesanan itu. Lelaki yang diupah itu berjanji akan menyerahkan bayi itu pada pukul tiga pagi di hentian Bukit Malim Mawar itu. Tetapi malang tidak berbau. Lengan dan bahunya cedera di serang anjing hitam yang besar di kuil itu. Dia perlu mendapatkan rawatan di hospital dengan segera. Oleh itu dia terpaksa meninggalkan nota untuk lelaki yang mengupahnya melakukan kerja itu kepada pengawal hentian keretaapi itu.
Sewaktu tiba di hospital, lelaki itu mengendong bayi kecil itu ke bilik rawatan. Dia tidak berbaju dan hanya berseluar panjang. Kecedaraan di bahunya jelas kelihatan ketika dia mendaftarkan diri di ruang menunggu hospital.
"Kenapa bahu Encik?"Seorang pekerja Hospital Bukit Malim bertanya ketika mengambil pendaftaran lelaki itu.
"Saya di gigit anjing!"Jawab lelaki itu sambil mendiamkan bayi yang di kendongnya.
"Kalau di gigit anjing, Encik kene diberi rawatan suntikan vaksin anjing gila secepat mungkin. Sila masuk ke dalam terus"Kata pekerja pendaftaran itu lalu membawa lelaki itu ke bilik suntikan. Bilik suntikan itu adalah bilik untuk mencuci luka. Ada seorang misi bertugas di bilik rawatan itu. Lelaki itu duduk di kerusi sambil meletakkan bayi kecil itu di atas meja sebelahnya. Lama dia menunggu misi yang ada di bilik rawatan itu untuk membantu merawat lukanya. Rupanya misi yang sama itu juga sedang menguruskan orang bersalin dari bilik sebelah. Pertembungan berlaku apabila lelaki itu mula mendengar kekecohan orang bersali di bilik sebelah. Jam waktu itu tepat pukul empat pagi apabila dia tersedar bunyi bayi lahir dari bilik sebelah. Misi di bilik rawatan itu berulang alik masuk dan keluar membawa kapas dan alat alat membersihkan luka. Seketika lelaki itu tertidur kerana mengantuk menunggu gilirannya."Kenapa tak bawa baju baby? Anak sudah lahir, baju tak ada" Suara misi marahkan ibu yang beranak di bilik sebalah sayup sayup memecah hening subuh. Lelaki itu terjaga. Misi itu masih lagi ulang alik ke bilik bersalin sambil membebel.
"Dah tahu nak beranak, beg baby tak siap"Rungut Misi sambil membuka almari di bilik rawatan itu. Dia mengendong bayi sambil meletakkan di atas meja di situ. Bayi itu betul betul bersebelahan dengan bayi Puteri Radzi Al Zahar yang di bawa lelaki itu. Sedangkan lelaki itu masih lena di kerusi kerana mengantuk.
YOU ARE READING
Puteri Yang Hilang
Historical FictionBuku ini mengisahkan seorang Puteri yang terpisah dengan kedua orang tuanya semenjak bayi kerana salah faham dan dendam di antara kedua orang datuknya selepas kematian ayah kandungnya. Dia juga terpisah daripada saudara kandung lelakinya yang telah...