Sebelum pihak hospital membenarkan Leha pulang ke rumah, misi ingin membuat pemeriksaan ke atas bayinya itu. Sejak pagi Leha menunggu Wahab yang mencari Amuni di lobi hospital. Amuni dan Wahab tidak kembali ke wad bersalin lagi. Hati Leha jengkel dengan perangai Wahab dan Amuni.
Dia mengusap pipi anaknya yang berbaju merah dan bertopi merah itu. Cantik juga baju yang di belikan Wahab untuk anaknya itu, bisik hati kecilnya. Sepanjang berkahwin dengan Wahab, suaminya tentu ada masalah dalam pemilihan baju anak anak mereka. Semuanya disebabkan Wahab seorang yang lurus bendul dan tidak bijak memilih saiz ataupun warna baju anaknya. Adakala anak lelaki Wahab terbeli baju bayi perempuan, adakala saiz baju yang terlampau besar dibelikan untuk bayi mereka...pendek kata Wahab tidak pernah mahir dalam membeli baju anak anak mereka jika Leha tidak turut serta. Tetapi kali ini Leha hairan. Wahab membelikan baju anak bongsu mereka dan semuanya sungguh padan dan sempurna sekali. Leha mengusap topi merah yang di pakai anaknya sambil mencium pipi anaknya.
Sehingga Leha baru sedar yang anak bongsunya itu dibalut dengan kain selimut kuning. Leha membuka kain itu yang agak panjang dan bergulung.
"kain apakah ini??"bisik hati Leha mula membuka kain selimut yang membalut anaknya itu. Leha tercium bau setanggi seperti bau minyak yang dipakai orang india. Bukan bau bedak bayi. Leha terkejut mendapati ada sebuah pembuka botol wine di dalam kain kuning yang di balut pada bayi itu. Cepat-cepat Leha menyimpan pembuka botol wine itu di dalam begnya.
"Wahab mabukkah?"gerutu hati Leha mula bersangka dengan apa yang ditemuinya. Dia mengamati kain kuning bergulung yang di balut pada anaknya itu. Kain itu sangat panjang. Leha berasa hairan tetapi mungkin kain selimut dari rumah yang di bawa Wahab, bisiknya.Sebenarnya kain panjang bergulung itu bukanlah berwarma kuning. Leha rabun warna. Itu adalah salah satu kelemahan Leha kerana dia tidak berapa kenal warna. Kain panjang bergulung itu berwarna oren. Ia adalah milik serban Sami Sikh yang menjaga bayi itu. Tetapi Leha tidak tahu. Leha tidak pernah tahu yang bayinya itu adalah cucu seorang Sultan. Bayinya telah tertukar dengan cucu seorang Sultan yang telah diculik oleh dua lelaki sebelum itu. Kasihan Leha.
Di istana telah menjadi kecoh dan kelam kabut. Puteri Sabiya menghilangkan diri secara tiba tiba. Sultan dan adik beradiknya berkumpul kerana risaukan Puteri Sabiya. Mereka telah memanggil pembesar negeri dan ketua polis negeri untuk membantu Sultan mencari Puteri Sabiya.
"Tak mungkin Sabiya diculik. Istana telah di kawal ketat ..."rungut Tengku Ahmad memandang Sultan.
"Adinda pasti Sabiya mencari anaknya. Dia tak dapat terima kenyataan anaknya sudah mangkat!" Tengku Safar berkata sambil memandang Sultan yang sejak mereka datang berdiam diri. Hanya Tengku Ahmad dan Tengku Safar yang saling berbincang dengan Ketua Polis dan Ketua Menteri pada ketika itu.
"Beta tak mahu anak beta Puteri Sabiya di ketahui umum atau rakyat biasa bahawa dia seorang puteri. Jika gambarnya disiarkan, dia dalam bahaya!"Sultan dalam kerisauan. Dahinya berkerut. Ketua Menteri mengangguk angguk tanda faham sambil mengajak ketua polis negeri bercakap cakap disudut istana. Kemudian ketua menteri memanggil Tengku Safar dan Tengku Ahmad. Mereka saling berbincang.
"Tuanku pergilah beristirehat. Kami akan selesaikan masalah ini" Kata ketua Menteri kepada Sultan.
"Beta cuma minta perkara ini dilakukan secara rahsia. Anggaplah ia rahsia sulit negara. Rakyat jelata tidak perlu tahu akan masalah keluarga beta. Sungguh Beta ini manusia yang lemah" Sayu suara Sultan.
"Tuanku janganlah risau, kami menjunjung titah..."jawab Ketua Menteri sambil memberi isyarat kepada Tengku Safar dan Tengku Ahmad. Sultan berlalu meninggalkan pasukan polis dan adik beradiknya yang ramai berkumpul di balairungseri itu. kerisauannya terhadap Puteri Sabiya tidak terkata. Dadanya terasa sakit kerana tertekan.
Sementara ketua Menteri dan dua orang adik beradik Sultan saling membantu untuk membawa pulang Puteri Sabiya semula ke Istana.
"Kali ini tugas kami agak mencabar, Dato'. Dato' tak izinkan kami sebarkan gambar Puteri Sabiya, macam mana kami nak cari dia"Rungut pasukan polis. Ketua Menteri dan Tengku Safar saling berpandangan.
"Ini arahan pihak istana Dan Sultan. Kita kene patuh dan menjunjung perintah. Puteri Sabiya mungkin sedang sakit dan fikiran dia terganggu. Sultan tak mahu rakyat jelata tahu masalah diri dan keluarganya. Jadi buat seperti yang diarahkan"Perintah ketua menteri tegas.
"Kes ini ada kaitan dengan lelaki tabligh di Sebersng Kedak tu..."Terpacul kata kata Tengku Safar. Tengku Ahmad menyepak kaki adindanya. Ketua Menteri dan ketua polis memandang tepat ke arah Tengku Safar.
"Jadi....Tengku berdua tahulah!!"Suara Ketua Menteri agak tinggi sedikit. Tengku Ahmad menghela nafas sambil merenung tajam Tengku Safar.
"Sebelum ini, Ketua Polis pun sudah tahu anak Puteri Sabiya telah diculik oleh dua orang lelaki Sikh di Rumah Agam Ladang estate Bukit Hilir...jadi kami cuma rasa kes ini ada kaitan dengan mereka.."Terang Tengku Ahmad.
"Tapi seorang lelaki sikh yang kami tangkap tempoh hari itu sudah kami lepaskan memandangkan kes itu telah selesai! Anak Puteri Sabiya telah ditemui walaupun telah mangkat!"Balas ketua polis negara.
"Lagipun lelaki sikh yang di tangkap itu telah menjelaskan mereka diupah oleh orang yang tidak dikenali. Kami pun tidak boleh mendakwa lelaki itu disebabkan Tuanku tidak mahu membuat report"Jelas Ketua Polis negeri. Ketua Menteri duduk terdiam memikirkam keadaan itu.
"Kalau lelaki Tabligh tu di Seberang Kedak, di mana tempatnya?"Soal Ketua Menteri.
"Kami tak pasti, Dato'. Tapi mereka kumpulan pendakwah dan guru guru agama dari sana"Beritahu Tengku Safar. Ketua Menteri menghela nafas perlahan.
"Ini semua kerana keluarga Tengku dan Sultan tidak mahu membuat report. Kami ada masalah dalam menjalankan tugas mengikut undang undang....lelaki sikh itu telah kami lepaskan, bermakna dua penjenayah yang menculik anak puteri Sabiya telah bebas...sekarang untuk mencari Puteri Sabiya, kami terpaksa menjejak mereka pula!"Kata ketua Polis sedikit geram. Tengku Safar dan Tengku Ahmad terdiam.
"Baiklah, kalau itu masalahnya, pastikan pasukan polis lakukan atas arahan saya sebagai ketua Menteri"Jamin Ketua Menteri tiba tiba. Ketua polis terpaksa patuh atas arahan ketua Menteri. Mereka beredar untuk ke Seberang Kedak mencari dua penjenayah itu.
Beberapa pasukan polis telah berkumpul di Seberang Kedak.Dua lelaki Sikh itu telah ditahan dan mereka telah bersetuju untuk menggambarkan kepada pasukan polis lakaran wajah lelaki yang mengupah mereka menculik bayi itu. Polis mengesyaki Puteri Sabiya turut diculik oleh mereka yang mengupah dua lelaki Sikh itu.
"Lakaran wajah mereka tidak seperti penjenayah!"Komen Tengku Ahmad agak terkejut.
"Ya, mereka seperti orang tabligh!"Balas Tengku Safar sambil memandang ketua polis negeri.
"Jadi benarlah mereka orang suruhan bekas keluarga suami Puteri Sabiya!"Ketua Menteri memegang lakaran gambar tersebut. Jelas wajah mereka seperti seorang pendakwah.
"Kami tidak pasti, Dato'. Sila dapatkan Puteri Sabiya kembali"Pinta Tengku Ahmad. ketua Polis negeri dan Ketua Menteri saling berpandangan. Atas masalah itu sudah beberapa malam Ketua Menteri dan Ketua Polis tidak dapat tidur malam.Mereka harus taat kepada Sultan dan Negara. Tapi tugas kali ini bukanlah berperang dengan musuh negara. Tetapi tugas kali ini seperti berjalan di dalam gelap tanpa cahaya.
Ketua Menteri pulang ke pejabatnya dengan rasa yang tertekan. Dia terpaksa berbohong dengan orang yang ingin membuat urusan dengannya.
"Beritahu kepada mereka yang ingin berjumpa dengan saya..saya tiada!"Pesan Ketua Menteri kepada pembantunya.
"Apa yang perlu saya katakan kepada mereka, Dato'?" Setiausahanya yang akan menjadi mangsa atas pembohongannya seperti kebiasaan.
"Katakan saya ke Negara China" Jawab Ketua Menteri dengan muka kusut. Itu sahaja alasannya demi melarikan diri daripada bertemu dengan orang lain.Sungguh pekerjaannya penuh dengan pembohongan dan tekanan. Itulah politik dunia yang dia sedar tetapi dia tidak dapat lari lagi demi memikul tanggungjawab itu.
YOU ARE READING
Puteri Yang Hilang
Historical FictionBuku ini mengisahkan seorang Puteri yang terpisah dengan kedua orang tuanya semenjak bayi kerana salah faham dan dendam di antara kedua orang datuknya selepas kematian ayah kandungnya. Dia juga terpisah daripada saudara kandung lelakinya yang telah...