Amuni tidak dapat menahan matanya daripada terlena. Dia tidak jadi membawa jip oren itu. Dengan rasa mengantuk, Amuni mengambil keputusan untuk menaiki keretaapi di hentian Bukit Malim Mawar. Sewaktu di sana Amuni menunggu kedatangan keretaapi. Tetapi nasibnya sungguh malang apabila beberapa orang anggota polis cuba menahan Amuni kerana mereka menerima aduan Amuni telah menculik seorang bayi dari Kuil serta membuat serangan di kuil sehingga menyebabkan kematian. Tetapi Amuni telah melarikan diri dengan melompat di atas landasan keretaapi.
Beberapa orang anggota polis telah mengejar Amuni sehingga Amuni cemas. Polis melepaskan beberapa das tembakan sehingga Amuni panik dan tidak sengaja telah terjatuh di landasan kereta api bersama bayi yang dibawanya. Bayi itu telah di langgar sebuah keretaapi yang lalu pada ketika itu serta terkorban di situ. Namun kerana keretaapi yang melanggar bayi itulah Amuni terselamat dari ditangkap polis. Nasib Amuni sungguh baik apabila dia berjaya melepaskan diri daripada polis dengan menyembunyikan diri di kawasan itu. Tetapi dia sungguh takut apabila bayi yang dibawanya itu telah dilanggar keretaapi. Dia tidak tahu apa yang perlu di beritahu kepada dua lelaki yang mengupahnya mengambil bayi itu nanti. Bayi itu telah meninggal dunia dengan tragis sekali.
Amuni terus pulang ke rumah dengan tidak berbaju apabila polis telah beredar daripada kawasan itu. Ketua Polis kawasan itu telah mengambil keterangan beberapa orang di hentian keretaapi itu apabila menemui cebisan mayat bayi yang telah hancur. Termasuk beg bayi yang di bawa dari kuil itu. Ketua Polis kawasan itu telah membuat pengumuman berkenaan penemuan mayat bayi yang hancur di stesen keretaapi itu. Kematian bayi kecil itu telah sampai ke pengetahuan Sultan.
Kekecewaan Sultan tidak dapat di bendung lagi. Kesedihan dan kemarahannya bercampur aduk dengan lelaki tabligh itu. Tetapi kesabaran darah seorang Sultan tiada tolok bandingnya, kerana dia benar benar seorang Sultan. Malah Tengku Safar dan Tengku Ahmad lebih lagi akan rasa bersalah mereka sehingga mereka telah mengaku kesalahan mereka kerana merancang serangan ke atas kuil itu. Tetapi polis tidak dapat menjatuhkan sebarang hukuman kerana Sultan telah menceritakan kisah sebenar kejadian itu. Sultan sanggup memohon maaf ke atas keluarga sami sikh itu dan menjalinkan hubungan baik dengan mereka bagi menebus kesalahan itu. Sungguh Sultan dan adik beradiknya berasa bersalah dan tidak mahu perkara itu menjadi satu masalah perkauman.
Sultan berasa berat hati untuk bertemu Puteri kesayangannya untuk memberitahu berita tentang Puteri Radzi Al Zahar. Baginda takut Puteri Sabiya tidak dapat menerima kenyataan anaknya telah tiada lagi.Akhirnya Sultan bertemu Puteri Sabiya. Puteri Sabiya berasa samgat sedih kerana suami yang dicintainya telah tiada, kemudian dituruti kisah ngeri Puteri Bongsunya yang kemalangan di langgar keretaapi.Air matanya berjurai jurai mengenangkan suami dan anak anaknya yang telah tiada.
"Ayahanda harap Sabiya bersabar. Ayahanda akan buat yang terbaik untuk cucu ayahanda!" Pujuk Sultan kepada anaknya.
"Tapi Sabiya tak dapat nak peluk jenazah anak Sabiya pun...semuanya hancur! Kenapa???"Tangis Puteri Sabiya. Dia seperti orang gila selepas menerima berita itu. Dia terduduk di pintu istana sambil menangis tidak henti henti.
"Ayahanda sudah minta jenazah anak Sabiya di makamkan di stesen keretaapi itu, tempat kejadian dia di langgar keretaapi..."kata Sultan sedikit sebak. Dia teringat makam kecil berpagar besi separas pinggang di pacak sekeliling makam cucunya itu. Malah cerita itu telah tersebar kepada penduduk sekeliling kampung di situ. Banyak pokok bunga di tanam di keliling kuburan bayi yang tidak bersalah itu. Sehingga pohon bunganya sentiasa berbunga dan di bersihkan oleh seseorang yang di arahkan oleh Sultan. Batu batu putih di tabur di kubur bayi itu. Kubur bayi itu kelihatan seperti taman bunga dan kawasan kubur yang seperti taman itu dipagar elok dan di jaga dengan baik. Ia terletak betul betul di seberang hentian keretaapi Bukit Malim Mawar.
Beberapa malam selepas kehilangan anaknya, Puteri Sabiya meracau dan menjerit jerit seperti tidak ketahuan. Puteri Sabiya asyik bermimpi dan memanggil manggil anaknya. Dia asyik menyebut anaknya masih belum mangkat lagi.
"Anak Sabiya belum mati, ayahanda. Sabiya dengar suara dia menangis...dia masih hidup!"Puteri Sabiya meraung diatas katil."Sabiya, sudah berapa hari Sabiya begini. Puteri Radzi Al Zahar telah tiada. Tolonglah terima kenyataan ini, Sabiya!"Marah Sultan.
"Tidak!Sabiya nak cari anak Sabiya. Dia pasti berada di kampung kawasan situ. Sabiya yakin dia masih hidup kerana kain yang polis tunjukkan itu adalah kain hospital!!Anak Sabiya tak pakai kain lampin begitu!!"Jerit Puteri Sabiya terus menangis seperti orang gila.
"Sabiya!!!!Jangan derhaka dengan ayahanda. Dengar!!"Sultan duduk di tepi katil puterinya itu.
"Bayi Sabiya sudah tiada. Terima kenyataan. Ayahanda tak akan benarkan Sabiya pergi ke kampung di situ untuk mencari bayi Sabiya, faham!!!"Sultan memberi amaran kepada puterinya. Airmata Puteri Sabiya berjurai deras.
"Jangan sesekali Sabiya nak jatuhkan maruah ayahanda dan keluarga kita. Kisah ini sudah tamat! Puteri Radzi Al Zahar telah mangkat!!Faham!!!"Bentak Sultan keluar dari bilik anaknya. Puteri Sabiya menangis teresak esak. Dia memeluk dan mencium baju bayi Puteri Radzi Al Zahar. Kesemua baju itu meninggalkan bau anaknya. Dia teringat hari kejadian itu, anaknya memakai baju bayi berwarna merah jenama Royales. Termasuk topinya. Tetapi bayi yang dilanggar keretaapi itu hanya berbalut kain hospital dan memakai lampin sahaja. Polis tidak menemui baju yang di pakai oleh bayinya itu walau di dalam beg yang telah hancur digilis keretaapi itu.
"Zahar.....ibu rindukan kau nak"Puteri Sabiya memeluk bantal bayinya itu.Tangisannya semakin menyiksakan jiwanya. Dia terbayang wajah anaknya. Hatinya tetap menyatakan anaknya masih hidup walau tiada sesiapa yang mempercayainya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Puteri Yang Hilang
Ficción históricaBuku ini mengisahkan seorang Puteri yang terpisah dengan kedua orang tuanya semenjak bayi kerana salah faham dan dendam di antara kedua orang datuknya selepas kematian ayah kandungnya. Dia juga terpisah daripada saudara kandung lelakinya yang telah...