Bahagian 17

118 7 0
                                    

       Penantian waris terakhir itu akhirnya terjawab. Puteri Sabiya selamat melahirkan bayinya di Madinah. Sultan sungguh gembira dan tidak sabar menanti kepulangan Puteri dan cucunya.
       Lain pula halnya dengan lelaki tabligh itu. Dia sungguh gembira apabila mendapat tahu Puteri Sabiya telah melahirkan waris terakhir anak lelakinya. Semua pengikutnya di beri kotak manisan tanda kesyukurannya kepada Allah swt.
      Selama hampir dua bulan Puteri Sabiya di Madinah, akhirnya dia kembali ke istana Sultan dengan membawa bayinya. Sultan mencium cucunya dengan rasa gembira dan bersyukur.
       "Alhamdulillah, Sabiya sudah selamat melahirkan cucu ayahanda. Siapakah namanya?"Soal Sultan sambil mengendong bayi kecil itu.
          "Puteri Radzi Al Zahar ayahanda" Jawab Puteri Sabiya. Sultan tersenyum.
           "Elok benar nama pilihan Sabiya. Semoga orangnya secantik dan seindah namanya"ucap Sultan sambil dikelilingi orang suruhan istana.
         "Aamiin, ya ayahanda" balas Puteri Sabiya. Kemudian Sultan bangun daripada duduknya dan mundar mandir di hadapan Puteri Sabiya. Kemudian dia mengarahkan semua orang suruhan istana beransur meninggalkan bilik Puteri Sabiya.
      "Sabiya, ayahanda ingin memberitahu tentang ayah mertua Sabiya.."kata Sultan sedikit serba salah.
       "Oh, ya ayahanda. Memang Sabiya mencari ayah aruah Syakh Zarith, tetapi tidak bertemu di Madinah. Apakah dia ada datang bertemu ayahanda?"Soal Puteri Sabiya.
       "Itu yang ayahanda ingin katakan. Tetapi lelaki tua itu datang ke sini dengan menuduh ayahanda bermacam macam!"Terang Sultan dengan rasa geram tiba tiba.
       "Apakah yang ayah aruah Syakh Zarith katakan, ayahanda?" Puteri Sabiya kurang senang mendengar aduan ayahnya.
       "Orang tua tak sedar diri itu menuduh ayahanda pembunuh! Sudahlah dia yang bersalah tidak tahu menahu tentang anak lelaki, cucu dan isterinya. Ayahanda pula dituduh yang bukan bukan!" Rungut Sultan. Puteri Sabiya terkejut dengan tuduhan ke atas ayahandanya itu.
        "Apakah ayah mertua Sabiya tidak tahu keluarganya telah karam dalam lautan bersama kapal mereka? Dan mereka telah bersemadi di hujung dunia!"Puteri Sabiya kesal mendengar cerita Sultan.
      "Kerja berdakwah sambil berjalan kaki ke sana sini, merantau di serata negeri bukanlah perkara mudah untuk kita cari dia dan memberitahu hal sebenar. Malah orang seperti itu tidak tahu juga cerita dan perkembangan di luar dari negeri ini" Balas Sultan geram. Puteri Sabiya dapat mengagak ayahnya mula tidak berpuas hati dengan lelaki tabligh itu.
        "Sabiya, ayahanda mahu Sabiya berhati hati dengan ayah aruah Zarith. Ayahanda takut mereka lakukan sesuatu kepada Sabiya dan bayi ini"Pesan Sultan. Puteri Sabiya hanya terdiam. Dia tidak menyangka yang fikiran ayahandanya melangkau daripada yang sepatutnya.
       "Ayah janganlah risau, tahulah Sabiya menjaga diri Sabiya dan Puteri Radzi Al Zahar" Puteri Sabiya berkata bagi meyakinkan ayahandanya. Sememangnya Puteri Sabiya sudah tahu akan pengaruh ayah mertuanya sebagai seorang Tuan Guru dan ulama yang di hormati, seluruh pengikut mereka bersatu dalam urusan pekerjaan mereka. Malah mereka sangat rapat dikalangan mereka sendiri. Kehidupan mereka sangat sederhana walau Puteri Sabiya tahu, ada di antara mereka adalah golongan hartawan dan jutawan juga.
       Sepanjang dalam pantang, Puteri Sabiya berasa semakin tenang melihat wajah puterinya itu. Bayi kecil yang comel itu sahaja yang tinggal sebagai tanda kasih dan cintanya bersama Syakh Zarith. Sehingga tiap kali kerinduan datang menjelma kepada Syakh Zarith, Puteri Sabiya memeluk erat bayinya itu. Dia tak dapat melupakan kenangannya bersama Syakh Zarith di dalam rumah rehat mereka. Kemesraan mereka dan kehangatan cinta mereka berlegar di dalam rumah rehat itu. Air mata Puteri Sabiya akan gugur mengenangkan kenangan manis mereka.  Puteri Sabiya tidak dapat duduk di situ lagi kerana dia tidak dapat melupakan suami dan anak kecilnya Putera Muhammad. Akhirnya Puteri Sabiya berpindah ke istana Sultan.
        Selepas habis pantang, Puteri Sabiya mendapat surat daripada sebuah Syarikat Peguam. Dia sangat terkejut dengan isi surat yang di terimanya itu. Surat Penyataan Pemindahan harta Syakh Zarith kepadanya. Dia tidak menyangka suaminya sebenarnya adalah seorang yang sangat kaya. Betapa rendah diri dan sederhananya hidup suaminya selama ini. Surat itu meminta Puteri Sabiya menandatangani sebuah dokumen pemindahan tanah ladang di sebelah Hilir Bukit negeri. Keluasan tanah itu adalah 3000 hektar bersamaan sebuah rumah agam di dalam ladang itu. Syarat penerimaan harta itu Puteri Sabiya tidak boleh tinggal bersama ayahandanya di istana. Dia perlu tinggal di rumah ladang itu.
       Pagi itu sewaktu bersarapan, Puteri Sabiya bertemu ayahandanya. Menunjukkan isi surat daripada Peguam Syakh Zarith. Sultan amat terkejut kerana menantunya itu telah membeli sejumlah besar ladang di hilir bukit. Dia tahu itu adalah estate persendirian dan bukan calang calang orang dapat memiliki tanah ladang seluas itu.
        "Aganda Plantion Property!" Ucap Sultan. Puteri Sabiya mengangguk-angguk.
        "Sabiya kene tinggal di sana, ayahanda. Aruah Zarith telah sediakan rumah agam di sana"Terang Puteri Sabiya. Sultan termenung seketika.
          "Ayahanda cuma risaukan Sabiya tinggal sendirian di rumah ladang itu. Lagipun pekerja estate di sana semuanya dari India. Adat mereka tidak sama dengan kita. Bagaimana nanti Sabiya akan bergaul dengan mereka?"Sultan mengerutkan dahinya. Terpancar kerisauan di wajahnya.
       "Ayahanda janganlah risau. Sabiya akan pindahkan nama ladang itu ke atas Puteri Radzi Al Zahar. Tetapi mengikut peguam itu, Sabiya kene tinggal di sana sekurang kurangnya Tiga bulan sebelum Sabiya boleh menukar nama Ladang itu kepada Puteri Radzi Al Zahar" Ujar Puteri Sabiya.
       "Bukan harta atau tanah yang ayah risaukan, Sabiya. Ayah mampu tanggung Sabiya. Lagipun elaun negeri itu sudah cukup untuk Sabiya besarkan anak aruah Zarith. Tetapi keselamatan Sabiya yang ayah risaukan" Kata Sultan perlahan. Puteri Sabiya menghela nafasnya pendek.
      "Janganlah ayahanda risau, Sabiya janji lepas tiga bulan Sabiya akan  pindah ke sini semula. Rumah ladang itupun milik suami Sabiya. Itulah satu satunya peninggalan aruah Zarith untuk Puteri Radzi Al Zahar, ayahanda" putus Puteri Sabiya. Sultan mula faham akan keputusan Puterinya itu. Dia masih lagi mencari peluang untuk dia menyatakan hasrat hatinya supaya Puteri Sabiya dikahwinkan dengan anak kenalan Di Raja dari negeri lain.Dia pasti akan menunggu saat yang sesuai untuk dia memujuk puterinya itu.
       

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now