Bahagian 20

109 6 0
                                    

       Kisah kehilangan Puteri Radzi Al Zahar telah sampai ke pengetahuan adik dan abang Sultan. Mereka bergegas datang berjumpa dengan Sultan.
       "Kami berdua akan menolong Tuanku mencari bayi itu, jika polis tidak dapat membantu" Jamin Tengku Safar sambil duduk mengadap abangnya, Sultan.
      "Kalau polis tidak dapat membantu, kita upah sahaja orang untuk mencari bayi itu di dalam kuil sekitar kawasan rumah agam itu" Cadang adik Sultan. Sultan merenung adiknya sambil dia berfikir panjang.
       "Rasanya institusi raja patut ada pasukan keselamatan sendiri untuk melakukan tugas berkenaan hal melibatkan keselamatan negeri dan raja raja melayu"Fikir Sultan sambil termenung sejenak.
       "Itu sudah semestinya kekanda yang perlu memikirkan. Adinda hanya boleh menyokong sahaja"Balas Tengku Safar. Sejak tadi Tengku Ahmad diam sahaja kerana memikirkan hal itu.
       "Apakata kita tubuhkan sahaja unit sulit untuk melakukan tugas sulit"Cadang Tengku Ahmad.
       "Unit sulit....maksud kekanda, perisik ?"Tawa Tengku Safar yang masih muda dan kebudak-budakkan itu.
        "Nama begitu tidak sesuai kerana kerja perisik terlalu khas. Rasanya lebih sesuai dipanggil unit Komando Di raja"Jawab Sultan sambil menghirup kopi dihadapannya.
         "Ya...itulah otak Sultan. Lebih bijak daripada kami berdua"Tawa Tengku Safar.Sultan tersenyum hambar.
         "Ayahanda!!!!!"Tiba tiba perbualan mereka dikejutkan dengan kehadiran Puteri Sabiya.
Mereka bertiga tercengang-cengang melihat Puteri Sabiya.
         "Tak sangka ayahanda bergembira bergelak ketawa di sini, sedangkan anakanda menderita kehilangan bayi sendiri"Tangis Puteri Sabiya. Sultan dan adik beradiknya saling berpandangan.
          "Janganlah berkata begitu, Sabiya.  Kami berdua memang akan membantu Sultan mencari anak Sabiya"Pujuk Tengku Ahmad. Puteri Sabiya mencuka.
         "Jangan sampai Sabiya yang cari Puteri Radzi Al Zahar. Dan jangan menyesal kalau Sabiya merayau mencari anak Sabiya!"Ugut Puteri Sabiya meninggalkan mereka bertiga. Sultan dan adik beradiknya saling berpandangan dan minum kopi.
      "Komando Di Raja....cepatkan unit itu untuk di tubuhkan. Tidak sabar rasanya kami nak lihat muka penculik itu"Rancang Tengku Safar. Darah mudanya menggelegak bila kaum kerabatnya di ganggu. Sudahlah di beri tinggal di Tanah Jajahan nenek moyangnya, boleh pula menganggu keamanan hidup mereka. Penjahat derhaka! Bentak hati Tengku Safar.
      Penjahat derhaka yang membawa lari Puteri Radzi Al Zahar telah tiba di kuil sami Sikh. Bayi itu diserahkan kepada sami Sikh itu.
        "Tuan Guru, saya mahu minta Tuan Guru jaga ini bayi.Hanya sementara sahaja. Saya akan datang ambil ini bayi semula selepas saya selesai urusan saya"Pinta lelaki itu.
         "Hei, kamu mau pergi mana? Tidak lama lagi ada perayaan vasakhi"Soal Sami sikh itu. Lelaki itu menghela nafasnya kepenatan selama beberapa hari melarikan diri. Bayi yang dikendongnya tidak henti menangis sehingga merah padam muka bayi itu.
         "Saya mahu ke Kedah. Nanti saya akan ambil bayi ini untuk di berikan kepada datuknya"jawab lelaki sikh itu lalu meninggalkan sami sikh itu. Sami Sikh itu memangku bayi kecil itu sambil mengacah acah lucu. Sekejap diam dan sekejap menangis bayi itu. Lantas Sami sikh mendapat botol susu dan air susu yang di perah daripada lembu betina yang menyusukan anak. Susu itu di berikan kepada bayi itu. Dengan lahapnya bayi kecil itu menghisap botol susu yang diberikan sami sikh itu sehingga dia kekenyangan dan tertidur.
Baju bayi dan kain lampinnya langsung tidak bertukar. Tetapi bayi itu tetap lena kerana keletihan.
       Beberapa hari Sami kuil itu menunggu lelaki sikh itu. Dia perlu ke Jalan Road River untuk berarak dalam perayaan vasakhi. Tetapi dia tidak boleh meninggalkan bayi itu sendirian di kuil kecil dalam kebun itu. Dia risau terjadi apa apa kepada bayi itu. Lalu,dia akan ke kuil besar di Jalan Road River untuk perayaan Vasakhi.Maka terpaksalah dia membawa Puteri Radzi Al Zahar kerana lelaki sikh yang ke Kedah itu tidak pulang-pulang lagi. Dengan membawa papan beroda empat, sami sikh itu menarik barang barangnya di dalam roda itu bersama Puteri Radzi Al Zahar.Bayi kecil itu dibawa berkelana oleh sami sikh itu dengan berjalan kaki dan menaiki bas serta turun bas.Sami Sikh itupun tidak tahu bayi perempuan itu adalah cucu seorang raja negeri itu. Dia hanya menolong lelaki yang menyerahkan bayi itu kepadanya. Lagipunl lelaki sikh yang menyerahkan bayi itu adalah saudaranya sendiri.
       Setelah tiba di Jalan Road River, sami sikh itu tinggal di kuil besar mereka. Bayi kecil itu diletakkan di dalam kuil. Namun lampin yang basah dan baju yang kotor tidak berganti sudah masuk ke tiga hari menyebabkan Puteri Radzi Al Zahar menangis tanpa henti. Lelaki Sikh itu akhirnya memandikan dan memberi susu botol kepada bayi itu.
      Pada hari Vasaikhi, sami sikh itu pergi berarak untuk perayaan hari vasaikhi. Dia terpaksa meninggalkan bayi kecil itu di dalam kuil kerana semua orang kuil terlibat dalam perarakan itu. Bayi itu ditinggalkan bersama seekor anjing hitam yang besar. Anjing itu menjaga bayi itu sambil mengelilinginya. Selain anjing, di dalam sebuah bakul terdapat seekor ular kuil milik sami sikh itu. Ular itu turut di letakkan bersebelahan bayi kecil itu. Sami Sikh itu telah lupa akan bayi kecil itu kerana dia terlalu sibuk dengan persiapan hari vasaikhi.
       Allah swt telah memelihara Puteri Radzi Al Zahar. Tidak sedikit pun anjing dan ular kuil itu mencederakannya. Malah kebesaran Allah swt menunjukkan cucu Sultan itu dalam lindungan ilahi. Walau sang anjing mehyalak kuat, Puteri Radzi Al Zahar tidak menangis dan tidak terkejut. Walau sang ular merembas bisanya dan menjalar di kaki Puteri Radzi Al Zahar, ia tidak langsung mencederakan bayi itu.
        Sami Sikh itu hanya pulang lewat malam setelah selesai sambutan hari vasaikhi. Dia terus tertidur di tiang kuil sehingga lupa tentang bayi itu. Sedang dia tidur, bayi kecil itu menangis kerana kelaparan. Dia inginkan susu. Sami Sikh itu sangat terkejut sehingga kepalanya menjadi pening. Sepanjang malam bayi itu menangis tanpa henti kerana di kuil besar Jalan Road River tiada susu lembu. Sami Sikh itu sungguh penat sehingga dia mula marah pada lelaki sikh yang pergi ke Kedah itu.
       Esok paginya sami sikh itu menghantar bayi itu ke rumah isteri lelaki sikh yang pergi kedah itu. Isteri lelaki itu adalah penari di kuil mereka suatu masa dahulu.Setelah berkahwin dengan lelaki itu , mereka mendapat tiga orang anak. Sami Sikh itu menyerahkan Puteri Radzi Al Zahar kepada isteri lelaki itu. Segalanya diceritakan oleh Sami Sikh itu tentang bayi itu dan suaminya. Tetapi isteri lelaki sikh itu tidak boleh menjaga lama bayi itu kerana anak anaknya masih kecil. Lelaki Sikh itu berjanji akan mengambil semula bayi itu jika lelaki sikh yang pergi ke Kedah itu tidak pulang lagi.
        Namun tidak di sangka oleh sami sikh itu, seorang lelaki yang di upah oleh Tengku Safar menyerang kuil Jalan Road River.Sultan inginkan cucunya kembali. Baginda telah tahu bayi itu berada di kuil itu setelah di intip oleh orang upahan Tengku Safar. Silapnya Sultan tidak menggunakan waran untuk mendapatkan cucunya di kuil itu. Sebaliknya Tengku Safar menghantar seorang lelaki menyerang kuil itu. Sewaktu lelaki yang diupah itu masuk ke kuil, sami sikh itu sememangnya tidak tahu apa apa pasal bayi kecil itu sebenarnya di culik dari rumah agam. Maka berlaku pergaduhan di kuil itu sehingga terjadi pergelutan diantara lelaki yang diupah Sultan dan Sami Sikh dan seorang pembantu sami sikh itu. Pergelutan itu menyebabkan Sami Sikh itu terbunuh. Ketika Tengku Safar dan Tengku Ahmad sampai di sana, lelaki yang mereka upah itu telah melarikan diri bersama Puteri Radzi Al Zahar.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now