Bahagian 9

168 8 0
                                    

Isteri Lelaki tabligh itu mengambil masa hampir 2 tahun untuk meneruskan niatnya bertemu dengan suaminya. Rancangan sulitnya terpaksa dilakukan dengan rapi dan memberitahu keluarga di Raja bahawa dia ingin membuat lawatan ke Turkey atas urusan perniagaan. Setelah rancangannya berjaya, Margaret mengambil masa beberapa bulan berlayar. Akhirnya kapal yang dirancangkan untuk pelayaran mereka mendapat perlepasan untuk di bawa belayar. Dan Panagiotis mendarat di sebuah Pulau yang mempunyai sebuah Teluk. Seorang wanita berkulit putih berbual dengan kapten Kapal tersebut.
"Haris, benarkah ini tempat yang diberitahu oleh suami saya?" Soal Margarett sambil membetulkan cermin mata hitam dan topinya yang ditiup angin laut.
"Ya , Puan. Inilah Pulau yang di katakan Tuan" Balas Haris memandang sekeliling kawasan Teluk itu.
"Tapi kenapa kita tidak terus berlabuh di pangkalan tentera mereka? Bukankah ini Tanah Melayu. Orang disini sangat berbudi bahasa dan baik baik belaka" Soal Margarett kehairanan dengan Kapten kapal itu.
"Puan, ada beberapa orang penumpang yang berkeras mahu kami berlabuh di sini, bukan di pengkalan Tentera Tanah Melayu ini" Jawab Haris.
"Siapa mereka? Bukankah kapal ini kepunyaan saya, jadi kenapa harus mengikut kata mereka?.."Margarett mula tidak sedap hati.
"Mereka ingin memudahkan urusan mengangkut barang mereka dari Pulau itu, Puan"Terang Haris sambil menunjukkan pulau di hadapan mereka. Beberapa orang anak kapal telah mula menurunkan perahu kecil untuk mereka naik ke darat.
"Haris, urusan begini sangat bahaya. Jika kita mendarat dalam laluan tikus begini, Tentera Tanah Melayu akan menembak kita. Kita sepatutnya melaporkan urusan kita dalam kawasan mereka, faham!" Tegas Margarett kurang senang dengan keputusan Haris. Lelaki itu seperti menyembunyikan sesuatu dari pengetahuan Margarett.
"Puan jangan risau. Kita akan berlabuh di sini selama 3 hari sahaja. Kemudian kita akan berpatah balik ke Turkey seperti yang dirancangkan" Kapten Haris tersenyum sambil menanggalkan topinya pada Margarett. Petang itu Margarett di bawa oleh beberapa orang pengikut lelaki tabligh itu ke bandar kecil tempat tinggal anak lelakinya dan Puteri Raja itu. Sewaktu Margarett turun daripada perahu kecil di teluk itu, dia berpampasan dengan 3 orang penumpang yang menumpang di kapalnya. Mereka kelihatan seperti orang Albania. Berpuluh guni sedang terikat rapi dan tersusun di pesisir pantai itu. Mungkin mereka akan mula mengangkut barang barang itu ke kapal layar milik Margarett itu.
"Haris, saya akan hantar surat pengenalan diri kita dan surat pelepasan untuk memasuki Tanah Melayu ini ke pengkalan tentera laut mereka. Saya tidak bersetuju dengan cara mereka menyeludup barang begini!" Tegas Margarett pada Haris.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now