Akhirnya pemuda itu dikahwinkan dengan Puteri raja itu. Mereka tidak mengadakan sebarang majlis persandingan dan keramaian sekalipun.Perkahwinan mereka hanya bersyarat wajib dalam islam iaitu akad nikah. Tetapi Sultan telah mengumumkan ke seluruh negeri bahawasanya anaknya telahpun berkahwin. Kisah mereka menjadi cerita rakyat di mana anak raja berkahwin dengan orang biasa, iaitu anak seorang lelaki tabligh. Namun pemikiran di zaman itu kebanyakan rakyat masih tidak mendalami ilmu agama dengan jelas. Aktiviti dakwah islam masih merebak dengan perlahan tentang ilmu ilmu hadis dan sunnah serta ajaran Al Quran. Walau pada pandangan rakyat jelata kisah tuan puteri berkahwin dengan orang kebanyakan, tetapi hakikatnya yang nyata adalah Tuan Puteri itu telah di jodohkan dengan seorang anak ulama berasal dari tanah india. Rahsia itu hanya di ketahui oleh Sultan dan pengikut lelaki tabligh itu.Malah pengikut lelaki tabligh itu adalah pengikut pengikut yang setia. Mereka sangat mengagungkan seorang ulama tanpa di sedari oleh lelaki tabligh itu. Kesedihan lelaki tabligh itu terpaksa melepaskan anaknya bersama keluarga di Raja dan menjalani hidup seperti kerabat Raja menyebabkan ketidakpuasan hati di pihak pengikut lelaki tabligh. Cerita dan gosip dari pengikut lelaki tabligh itu mula merebak di kalangan kumpulan mereka sehingga ada yang mula membenci tindakan Sultan. Mungkin kisah mula ditokok tambah atau terjadinya prasangka yang membawa fitnah durjana.Padahal pemuda itu dan Tuan Puteri hidup sangat bahagia.
"Kita tak akan teruskan lagi usaha untuk membuat landasan kereta api ini. Siang kita lelah bekerja, malam kita terpaksa melihat wajah tuan guru yang bersedih hati"Rungut salah seorang dari ketua pengikut lelaki tabligh itu.
"Tapi rancangan membuat landasan keretaapi ini adalah rancangan Raja dalam negeri ini. Tuan Guru juga sudah bersetuju bahawa kita bekerja sebagai buruh disiang hari dan datang ke sini sebagai buruh. Usaha ini adalah untuk dakwah islam yang kita lakukan secara sembunyi dan perlahan lahan terhadap raja raja Melayu"bisik salah seorang daripada mereka.
"Tapi Raja itu...dia tidak tahu Tuan Guru kita berhati mulia.Sungguh mereka pentingkan darjat sehingga merampas anak Tuan Guru !!"Bentak ketua mereka lagi.
"Habis adakah engkau mahu bocorkan rahsia tuan guru itu adalah pemilik syarikat Hindia Timur???mau engkau bocorkan gerakan kita semua sehingga pihak orang British tahu rahsia kita? "Tegas salah seorang dari mereka. Masing masing terdiam. Ketua mereka mencampakkan cangkul ke longkang sambil berlalu pergi.
"Tengokla orang yang sangat setia dengan Tuan Guru...jagan sampai kesetiaan kita akan menghancurkan seluruh usaha Tuan Guru"Jerit salah seorang dari mereka sambil menunjukkan tangan memberi isyarat kepada ketua mereka yang berlalu pergi itu.
Lelaki tabligh itu telah mengirimkan surat kepada isterinya untuk memberitahu yang anak tunggal mereka telah berkahwin dengan seorang anak Raja Melayu. Surat itu sangat sulit dan rahsia. Sememangnya isterinya adalah anak kepada kerabat raja England yang berpengaruh dalam urusan perniagaan pengangkutan kapal layar dan kenderaan di seluruh dunia ketika itu.Walaupun isterinya seorang perempuan barat, tetapi isterinya telah memeluk islam sebelum mereka berkahwin. Malah usaha dakwahnya untuk menyebarkan agama islam disokong oleh isterinya. Dana dan kemudahan banyak dibantu oleh isteri lelaki tabligh itu. Mereka tidak dapat hidup seperti orang lain kerana isterinya terpaksa merahsiakan akan perkahwinan mereka demi kerana terpikat akan agama islam itu sendiri. Jika perkahwinan mereka di hebohkn, seluruh keluarga isterinya pasti akan terkejut dan tidak akan dapat menerima hakikat isterinya telah memeluk agama islam sedangkan isterinya adalah dari golongan bangsawan British.
![](https://img.wattpad.com/cover/186728575-288-k22838.jpg)
YOU ARE READING
Puteri Yang Hilang
Ficción históricaBuku ini mengisahkan seorang Puteri yang terpisah dengan kedua orang tuanya semenjak bayi kerana salah faham dan dendam di antara kedua orang datuknya selepas kematian ayah kandungnya. Dia juga terpisah daripada saudara kandung lelakinya yang telah...