Makrifat Nujum Di Raja sampai ke pengetahuan Sultan. Tengku Safar telah menceritakan segalanya kepada Sultan.
"Beta sukar mempercayai kata-kata ahli Nujum. Jenazah Puteri Radzi Al Zahar memang ditemui hancur di gilis keretaapi. Mustahil pula apakah benar di kata ahli Nujum Di Raja jika cucu kanda masih hidup"Kata Sultan sedang musykil dengan apa yang di ceritakan oleh Tengku Safar.
"Jika benar apa yang di katakan ahli Nujum Di Raja bagaimana pula? Bahana pantang larang yang di langgar harus kita fahami juga, kanda"Tengku Safar merenung wajah Sultan.
"Kita telah didik oleh ayahanda agar lebih realistik seperti yang kita pelajari semasa di England. Mereka mendekati Raja Raja Melayu dan kita telah terdidik begitu satu masa dahulu ketika menuntut ilmu dari negara Barat. Kita telah sukar mempercayai adat resam pantang larang istiadat istana.Jika realistik dapat membuktikan mistik, kanda akan lihat sejauh mana kesamaan jawapan itu"Kata Sultan sambil menghirup teh herbanya. Tengku Safar dan Tengku Ahmad mengerutkan dahi. Mereka tidak faham apa yang dikatakan Sultan.
"Tengku Safar,kanda mahu adinda panggilkan seluruh ulama, ahli makrifat dalam negeri ataupun pawang paling handal dalam hal mistik di seluruh negeri dan luar negeri kita untuk mengadap kanda. Kanda ingin bertanya dan mendengar jawapan mereka berkenaan hal ini"Putus Sultan. Tengku Ahmad memandang Tengku Safar.
"Baiklah, Kanda. Kami akan panggil mereka semua"Kata Tengku Safar.Tengku Ahmad tersenyum setelah memahami perintah adindanya, Sultan. Kebijaksanaan Sultan jelas terserlah di antara mereka bertiga. Tentu sahaja pemilihan ayahanda mereka lebih tepat dalam mengganti tempat baginda.
Sebenarnya Sultan ingin mengesahkan jawapan daripada seluruh orang yang mempunyai kebolehan dalam ilmu ghaib. Baginda percaya, ada kisah yang boleh dipercayai, dan ada kisah mungkin tidak boleh dipercayai. Tetapi jika kisah itu sama sahaja, jawapan itu sama sahaja, bermakna ia adalah sama dan hampir kepada kebenaran.
Lalu setelah semua ahli nujum, ahli makrifat para ulama dan syekh serta pawang di panggil ke istana, banyaklah yang menunjukkan kebolehan mereka seperti yang di minta Sultan.
"Wahai seluruh para ilmuan, beta ada sedikit kemusykilan dalam hati beta. Dalam keluarga beta ada seorang puteri telah mangkat, tetapi dikatakan masih hidup. Beta telah meminta nasihat Ketua Menteri dan seluruh kerabat istana. Tetapi beta tidak berpuas hati dengan jawapan daripada semua orang yang berbeza. Lalu Ahli Nujum Di Raja telah menyatakan jawapannya kepada beta dan kaum kerabat beta. Jika kalian para ilmuan sudi membantu, berikanlah beta jawapan, adakah puteri yang mangkat itu masih hidup?"Titah Sultan. Keadaan di balairungseri menjadi riuh rendah. Semua orang mula bercakap.
"Bertenang wahai rakyat jelata! Sebagai ketua menteri saya berikan tempoh satu jam untuk para ilmuan yang hadir memberikan jawapan kepada Tuanku. Segala jawapan tidak akan dipertikaikan salah atau silap. Tetapi Tuanku hanya ingin mendengar jawapan para ilmuan dalam negeri ini"Ketua Menteri membuat pengumuman. Seluruh rakyat yang berkumpul menjadi senyap. Seperti malaikat yang lalu.
Selepas satu jam tempoh yang diberikan oleh Ketua Menteri, Sultan pun mendengar semua jawapan daripada para ilmuan yang datang itu. Malah mereka bukanlah calang calang orang sebenarnya. Kebijaksanaan mereka dalam memberikan kata pantas di hormati oleh Sultan dan Ketua Menteri. Para ilmuan dalam negeri akan dijaga dengan baik oleh Sultan dan Ketua Menteri demi rakyat jelata kerana apa yang di katakan oleh para ilmuan tidak akan sama apa yang dikatakan oleh para pemimpin. Sungguh adat istana telah di pupuk sejak dahulu lagi melakukan adat bertandang mengadap Sultan dan Seluruh pemimpin bagi menyelesaikan masalah dalam negeri. Adab dan Sopan juga di jaga rapi dalam istiadat istana bagi memupuk nilai murni dan sopan santun dalam berkata. Jarang ada pembesar dan pemimpin dibawah Sultan yang mengeluarkan kata kata keji dan kurang sopan. Seluruh negeri telah terdidik dengan adat istiadat negara dalam memupuk nilai nilai murni rakyat jelata. Malah keadaan begitu sudah cukup lama berlaku sejak zaman nenek moyang Sultan lagi. Eranya mungkin akan berakhir tetapi kesannya dalam ikutan adat istiadat istana itu tidak pernah mencemar adab rakyat jelata terhadap Sultan dan kaum kerabatnya.
YOU ARE READING
Puteri Yang Hilang
Tiểu thuyết Lịch sửBuku ini mengisahkan seorang Puteri yang terpisah dengan kedua orang tuanya semenjak bayi kerana salah faham dan dendam di antara kedua orang datuknya selepas kematian ayah kandungnya. Dia juga terpisah daripada saudara kandung lelakinya yang telah...