Bahagian 12

153 7 0
                                    

Margarett telah sampai di rumah Syakh Zarith. Rumah anak lelakinya itu betul betul di belakang bangunan tempat sewaan bot bot mewah.
     "Ibu, saya sangat rindukan ibu"Pemuda itu memeluk erat ibunya.
      "Ya ibu pun sangat rindukan kamu. Adakah ini isteri kamu?"Margarett memandang gadis di sisi anak lelakinya sambil menuntun seorang kanak kanak lelaki berumur dua tahun.
       "Ya ibu. Ini Puteri Sabiya. Isteri saya" Syakh Zarith memperkenalkan isterinya kepada Margarett.
        "Cantik betul isteri kamu. Sedikit rupa orang Arab dan sedikit rupa orang China...hahaha"Tawa Margarett. Dia menanggalkan cermin mata hitamnya. Puteri Sabiya tersenyum sambil bersalaman dengan Margarett. Dia seperti pernah melihat ibu mertuanya itu di dalam majalah Royale. Tetapi dia tidak pasti adakah wajah wanita di dalam majalah Royale itu sama dengan wajah ibu mertuanya.
    "Wow, Ini tentu cucu ibu" Margarett memeluk anak lelaki mereka berdua. Puteri Sabiya melepaskan tangan anak lelakinya kepada Margarett.
     "Ya ibu. Akan datang akan jadi dua orang cucu ibu"Tawa Syakh Zarith sambil memeluk isterinya.
      "Maksudnya isteri kamu sedang hamil lagi?"Margarett membulatkan matanya. Dia ketawa gembira ketika anak lelakinya mengangguk angguk.
    "Kalau begitu, ibu doakan kamu berdua dapat anak perempuan pula, Aamiin" Ucap Margarett. Puteri Sabiya sedikit terkejut dengan kata kata ibu mertuanya. Kemudia mereka sekeluarga makan beramai ramai. Seluruh kerabat terdekat Puteri Sabiya turut datang bertemu ibu Syakh Zarith. Sultan juga turut datang bersama putera dan puterinya yang lain. Sewaktu bersalaman dengan Margaret, Sultan sedikit terkejut. Tetapi dia tidak terus bertanya. Hati kecilnya berbisik, ibu Syakh Zarith seiras dengan seseorang yang duduk di England. Tetapi Sultan seorang yang berhati hati dalam bicara. Baginda hanya mendiamkan diri dengan persoalan di lubuk hatinya itu.
      Selesai makan mereka sekeluarga duduk di halaman rumah rehat itu sambil melihat keluarga mereka  yang lain mandi di kolam renang.
       "Boleh beta bertanya?"Sultan memandang Margarett sewaktu wanita itu datang menghampiri Sultan.
         "Ya Tuanku. Boleh, tanyalah" Margarett tersenyum ramah.
          "Apakah nama kamu?"Sultan merenung tepat kepada Margarett.
          "Oh..nama saya Rubiah" Jawab Margarett.
          "Adakah itu nama islam kamu?" Tuanku mula sangsi.Margarett terperangkap dengan jawapannya.
         "Ya Tuanku. Itu nama islam saya. Tapi.."
         "Kalau begitu apakah nama asal kamu?" Sultan memotong kata kata Margarett. Rupanya Raja Melayu ini hampir mengenali dirinya. Margarett teringat pesan suaminya. Jika rahsia mereka terbongkar, mereka berdua dalam bahaya.
        "Oh..panggil sahaja saya Cassella" Margarett menjawab cepat. Riak wajah Sultan seperti terkejut.
        "Maafkan saya, banyak betul saya bertanya. Bukannya apa, muka Casella ni seperti seseorang yang saya selalu tengok dalam Majalah Royale" Tawa Sultan. Margarett cuma tersenyum tawar dengan kata kata Sultan. Mereka semakin mesra berbual dan makan makan. Banyak aktiviti yang Sultan selalu lakukan Margarett juga tahu. Jadi perbualan mereka tidaklah menjadi kekok. Dalam diam Sultan merasakan ibu kepada menantunya itu seperti kerabat di Raja juga. Tetapi baginda cepat memujuk hatinya yang Margarett mungkin berpengetahuan tinggi serta berpelajaran. Jadi banyak perkara tentang aktiviti di Raja yang dia tahu.
        Sebelum pulang pada malam itu mereka sempat solat berjemaah di rumah anak mereka. Tapi Margarett telah menyatakan hasrat hatinya untuk membawa pulang cucu lelakinya bersama ke Turkey. Sultan dan Puteri Sabiya sangat terkejut. Malah beberapa dokumen Margarett telah sediakan untuk pemindahan separuh dari hartanya di Turkey dan Greece. Sultan cukup terkejut melihat bon harta Margarett.
       "Jadi kedatangan kamu ke sini adalah untuk membawa Putera Muhammad?" Tuanku merenung tepat ke wajah Margarett.
      "Ya Tuanku. Saya harap Tuanku, Puteri Sabiya dan Zarith akan bersetuju" Pinta Margarett.
Kelihatan Puteri Sabiya memeluk anak lelakinya. Airmatanya menitis. Margarett faham perasaan seorang ibu. Tetapi dia terpaksa melakukan perkara itu kerana mereka tidak ada banyak masa lagi. Identiti dan agama sebenarnya bakal diketahui umum, dan dia pasti berdepan dengan bahaya dari musuh musuh islam yang tidak mahu agama suci ini disebarkan di dunia. Malah seluruh waris dari Raja yang pernah menawan banda Turkey telah mereka bunuh satu persatu.
     "Baiklah beta bersetuju. Tapi dengan syarat, kamu bawalah anak lelaki kamu sekali. Setelah segalanya selesai, pulangkanlah mereka ke sini" ujar Sultan tenang. Puteri Sabiya terus menangis dan berlari masuk ke biliknya. Jika begitu kata ayahandanya, tiada siapa berani membantah lagi. Syakh Zarith meminta izin untuk memujuk isterinya. Sultan dan Margarett saling berpandangan.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now