Bahagian 5

206 8 0
                                    

"Apakah yang terjadi, Guruku?" Salah seorang sahabat mula berasa hairan akan sikap anak lelaki gurunya itu.
"Kecintaan pada manusia, wahai kalian semua" Wajah lelaki tabligh itu agak keruh sehingga memaksa sahabat sahabat yang lain mula mendekati dan duduk disampingnya.
"Anak sahaya telah dihinggapi penyakit cinta. Keadaan ini tidaklah berapa baik kerana dia anak tunggal sahaya" Balas lelaki tabligh itu.
"Siapakah yang dia cinta wahai guruku?"Soal salah seorang dari pengikutnya.
"Dia adalah Puteri Raja di negeri ini. Tempat kita melakukan taklim tadi"Jawab lelaki tabligh itu. Semua pengikut lelaki tabligh itu terkejut dan saling bercakap cakapan.
"Biarlah kisah ini habis di sini sebagai perbincangan kita untuk kerja dan urusan dakwah kita. Saya tidak mahu ia menganggu misi kita yang segalanya adalah kerana Allah swt" Pesan lelaki tabligh itu. Pengikutnya bersetuju akan membantu lelaki tabligh itu untuk menyelesaikan masalah itu.
"Janganlah guru risau. Kami semua akan menghiburkan anak guru supaya dia dapat melupakan Puteri itu" Kata salah seorang dari mereka.Lelaki tabligh itu berasa lega akan penyatuan hati daripada para pengikutnya.
"Lagipun tidak lama lagi kita semua akan pulang ke Kedah, Markas asal kita untuk berjumpa keluarga kita di sana. Kami yakin anak tuan guru pasti akan pulih selepas dia pulang ke Kedah" Ujar mereka saling memeluk guru kesayangan mereka itu. Walau ramai pengikut yang cuba membuat hati lelaki tabligh itu terpujuk, tetapi dia begitu risau kan perasaan dan tingkah laku anaknya.
Hari demi hari berlalu seperti biasa.Tetapi pemuda itu telah mengurung diri di dalam kamar tidurnya. Semangatnya telah lumpuh.Dia semakin kehilangan dirinya sendiri.Dia tidak mahu makan dan tidak mahu berbual denga sesiapa sahaja. Keadaan itu membuat lelaki tabligh itu dan sahabatnya semakin risau.
"Penyakitnya semakin memburukkan keadaannya, tuan guru" Bisik pengikut lelaki tabligh itu.
"Jadi apa harus kita lakukan? Dia terlanjur mencintai Puteri Raja itu. Dan dia tidak makan dan minum langsung sejak kejadian malam itu" Rakannya yang lain mengomel.
"Astaghafirullahhalazim...."Sahut yang lain sambil menggelengkan kepala.Lelaki tabligh itu hanya diam dan dalam keadaan sugul.Serbannya sedikit senget dan rambut putihnya terjulur di tepi tepi serban seperti tidak terurus.
"Tuan Guru, kami dengar Tuanku bersetuju untuk mengahwinkan Puterinya dengan anak Tuan Guru.."Cerita salah seorang dari mereka.
"Bagaimana kamu tahu?"Soal yang lain agak terkejut.
"Tuan Puteri itu juga sakit gering kata pekerja pekerja istana tu. Tuan Puteri juga mencintai anak Tuan Guru" Bisik seorang lagi dengan nada perlahan.Takut di dengari orang lain.
"Bersetuju yang bagaimana kamu katakan itu, sahaya tidak faham" Lelaki tabligh itu tiba tiba bertanya dengan mengerutkan dahi.
"Ya, Tuanku bersetuju asalkan anak Tuan Guru menetap di sini. Menjadi orang sini dan tidak mengikut kita semua merantau lagi untuk berdakwah"Balas salah seorang pengikut lelaki tabligh itu.
Lelaki tabligh itu tertunduk diam.Wajahnya cukup muram dan sedih.Pengikutnya saling berpandandangan.
"Kalau itu untuk kebaikan anak sahaya, biarkanlah mereka berkahwin..."ucap lelaki tabligh itu dan meninggalkan pengikutnya. Dia kelihatan redha dan menerimanya. Para pengikut lelaki tabligh itu mula riuh bercakap cakap seperti tidak puas hati.Masing masing sedih melihat Tuan Guru mereka sugul begitu. Beberapa hari jugalah taklim tidak lagi di lakukan di istana.Beberapa orang rakyat yang sering datang ke acara taklim bersama raja mula bercakap cakap akan kisah anak lelaki tabligh dan tuan puteri. Kisah mereka mula merebak ke seluruh negeri kecil itu sehingga Sultan mula tidak senang duduk. Baginda terpaksa memanggil lelaki tabligh itu untuk membincangkan kisah anak lelaki tabligh itu dan tuan puteri.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now