Bahagian 24

99 5 0
                                    

       Puteri Sabiya memang bertemu bapa mertuanya di Seberang Kedak. Lelaki tabligh itu menyambut Puteri Sabiya dengan baik. Dia di layan dalam kelompok perkampungan pendakwah pendakwah islam dan guru guru agama. Kampung mereka kecil sahaja tetapi banyak pondok-pondok terbina dengan tidak tersusun di sekeliling sebuah bangunan seperti sekolah. Mereka hidup dalam kelompok yang agak berbeza dari segi pemakaian. Kaum lelaki kebanyakannya beserban dan memakai baju kurta labuh. Manakala kaum perempuan semuanya berpakaian hitam sedondon dengan berpurdah. Puteri Sabiya duduk di situ beberapa hari dengan berpakaian seperti mereka. Dia berpurdah dan berbaju hitam longgar. Dia membawa kereta kecil berwarna merah untuk memudahkan pergerakannya ke mana mana.

      "Baba sudah tiada isteri dan anak. Cucu Baba juga sudah Allah ambil....di atas kesalahan Baba terhadap Sabiya..."Suara lelaki tabligh itu menjadi sayu. Puteri Sabiya hanya diam mendengar kata kata bapa mertuanya.

       "Memang orang orang Baba yang mengupah lelaki Sikh itu untuk mendapatkan cucu perempuan Baba. Tapi Baba tidak sangka Puteri Radzi Al Zahar akan ditimpa kemalangan"Pengakuan lelaki tabligh itu jelas di dengar Puteri Sabiya. Air mata seorang ibu menitis tanpa henti.

      "Perbuatan Baba telah membahayakan cucu Baba sendiri sehingga menyebabkan kematiannya" Nada kesal jelaa dalam perbualannya.

        "Anak Sabiya tidak mati lagi, Baba. Itu sebab Sabiya datang sini untuk beritahu Baba, Sabiya akan cari Puteri Radzi Al Zahar"Kata Puteri Sabiya. Lelaki tabligh itu terkejut dengan kata-kata anak menantunya itu. Rupanya Puteri Sabiya tidak dapat menerima hakikat bahawasanya anaknya telah mati.

         "Baba memang besalah. Tapi Sabiya janganlah jadi begini. Segala qada dan qadar itu wajib kita percaya dan terima" Nasihat lelaki tabligh itu. Puteri Sabiya tidak mengendahkan kata kata bapa mertuanya. Puteri Sabiya bertekad untuk mencari bayinya dengan menaiki kereta kecil berwarna merah yang di bawanya itu.

     "Sabiya pulanglah ke Istana. Jangan cemarkan diri begini. Cukuplah kisah Sabiya dan Syakh Zarith, anak Baba....terus bersama ayahanda Sabiya, Yang Mulia Tuanku ..."Pesan Lelaki tabligh itu. Puteri Sabiya hanya bersalaman dengan bapa mertuanya sebelum meninggalkan perkampungan itu. Kg Ulu Hambali itu sungguh terpencil berhampiran sempadan negeri.

       Puteri Sabiya mula merayau di Daerah Bukit Malim Mawar. Seluruh pelosok kg dimasukinya dengan bertanyakan anaknya. Dia lupa makan dan minum. Dia lupa mandi dan berhias. Puteri Sabiya terus makai purdah datang ke rumah rumah mencari anaknya dengan membawa bantal Puteri Radzi Al Zahar sambil menunjukkan ke setiap rumah. Dia tidak putus asa langsung untuk mencari anaknya. Ada rumah yang melayannya dengan baik. Ada rumah yang menghalau dan mengherdik dirinya. Pelakuan Puteri Sabiya semakin menjadi sebutan di seluruh negeri itu.

       "Sungguh beta tidak menyangka perkara begini telah heboh....sungguh memalukan!!!"Sultan Murka. Tengku Ahmad dan Tengku Safar saling berpandangan apabila melihat surat khabar dan majalah di hadapan mereka.

       "Hantu Kum..Kum.."Terpacul ayat yang tertulis di majalah itu di bibir Tengku Ahmad. Tengku Safar tergelak nakal.

       "Ini pulak Hantu Susu!!!"Sultan melempar surat khabar itu berterabur di lantai. Matanya merah menahan marah.

        "Kita mesti bawa pulang Puteri Sabiya dahulu sebelum perkara ini lebih buruk!"Sultan meninggikan suara. Baginda risau wartawan akan dapat menangkap gambar Puteri Sabiya. Tentulah baginda akan malu besar.

       "Sabiya sakit, tuanku. Janganlah di marah bila dia pulang kelak..."Tengku Ahmad berpesan perlahan ke telinga Sultan. Mata mereka saling berpandangan. Jelas kemarahan baginda bukanlah perkara main main.

       Sememangnya kisah "Hantu Kum Kum" itu bermula dari perbuatan Puteri Sabiya dengan berpurdah datang ke rumah rumah memberi salam mencari anaknya. Begitu juga kisah "Hantu Susu" yang mula menjadi buah cerita rakyat jelata kerana Puteri Sabiya membawa bantal anaknya. Dia datang ke rumah rumah bertanyakan anaknya. Memang rakyat jelata tidak tahu dia seorang puteri raja. Tetapi kehinaan yang di terimanya itu adalah kerana usahanya mencari anaknya. Dia tidak peduli semua itu kerana kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia begitu.

Puteri Yang HilangWhere stories live. Discover now