Prolog

20.4K 460 13
                                    

"Siapa perempuan tu? Baik awak mengaku cepat!"

"Perempuan mana?" soal sang suami.

"Baik awak mengaku cepat sebelum awak jadi monyet disebabkan saya ketuk dengan senduk ni!" Muka Nami sudah berkerut. Marah.

"Sayang, jangan jadi isteri derhaka. Tak baik tau dera suami. Tambahan suami baik dan kacak macam saya ni." Sang suami cuba berdiplomasi.

"Tak payah nak kasihanlah! Lelaki memang semua sama. Depan perempuan, pijak semut pun tak mati. Belakang isteri, buaya tembaga pun boleh tunduk hormat. Jangan nak main – main dengan saya, baik awak mengaku saja."

"Saya tak faham maksud awak. Apa yang awak merepek ni?" balas sang suami lembut.

"Bagitahu saya siapa perempuan tu." Soal Nami sambil pandangan matanya tajam memanah Sang suami. Gigi diketap geram menahan marah.

"Perempuan mana? Apa sayang merepek ni?" Si suami masih tidak tahu hujung pangkal cerita isteri kesayangannya itu.

"Awak jangan nak main – main. Mengaku je!"

"Nak mengaku apa? I love you? Kalau yang tu memang saya mengaku." Senyuman diukirnya kepada Nami.

"Jangan nak jiwang sangatlah!" marah Nami lagi.

"Kenapa ni?" Si suami ikut sama mengerutkan kening. Buntu.

"Mengaku je lah cepat!"

"Apa ni? Saya tak faham!" Si suami cuba melembutkan suaranya demi memujuk kekasih hatinya itu.

"Tolonglah jangan nak mainkan perasaan saya. Mengaku sajalah!"

"Nak mengaku apa?" Si suami sudah mengeluh perlahan.

"Apa yang susah sangat nak mengaku ni?"

"Nak mengaku apa?"

Nami sudah mula naik hantu. Geram dengan jawapan yang diberi suaminya. Bagi Nami, lelaki itu sengaja buat tidak faham dengan setiap baris kata – katanya. Sengaja mahu menguji tahap kemarahannya. Nami mendegus kasar. Geramnya bertingkat – tingkat kepada lelaki yang sedang berhadapan dengannya itu. Jika diikutkan amarahnya, mahu sahaja pipi lelaki itu ditamparnya. Mahu dicubit – cubit lengan lelaki itu bagi melampiaskan kemarahan yang sedang menggunung di dada. Tapi kerana sayang, Nami hanya makan hati sendiri.

Petang tadi, ketika di rumah Dani, dia terdengarkan butir bicara suaminya dengan Dani. Terbelah hatinya, terguris perasaan, hancur luluh berkecai segala cintanya pada lelaki bergelar suami itu. Mata Nami berkaca saat teringatkan kembali kata – kata si suami itu.

Cinta aku pada Nami dah terbahagi dua. Sekarang bukan dia seorang je dalam hati aku. Hati aku dah terisi oleh dua orang wanita!

Terngiang – ngiang lagi perkataan itu di telinganya. Hancur hati seorang isteri tatkala ayat itu keluar dari mulut suami yang amat dia sayangi. Luluh, bersepai bagai kaca terhempas ke batu. Sudahlah terhempas, siap dilenyek – lenyek dengan lesung batu. Hancur menjadi debu.

"Awak ni kenapa Sayang? emo tak pasal – pasal!" Si suami masih tidak berhenti memujuk.

Air mata Nami sudah mula mengalir. Nami duduk di kerusi di meja makan. Si suami yang sedang berdiri di tepi dinding dipandangnya sayu.

"Saya tahu, saya ni dah tak cantik, tak sama macam dulu, kalau dulu, awak sanggup tadah pipi nak kena lempang dengan saya. Agaknya, kalau dulu saya ugut nak tolak awak dari tingkat paling atas KLCC tu pun awak sanggup. Semuanya lembut gigi dari lidah. Tapi, tengok sekarang! Bila saya dah tak cantik, dah tak slim, tak kerja, awak dah mula berubah hati, dah tak sayangkan saya!" laju air mata Nami gugur seraya ayat itu meniti di bibirnya.

Encik Separuh Jiwa©️ ✔️Where stories live. Discover now