1

12.9K 360 2
                                    

CUACA petang itu mendung, seolah sama-sama berkongsi kesedihan Nami. Apa yang telah berlaku sebentar tadi sungguh tidak pernah tercapai oleh akalnya. Kata – kata Rizal sebentar tadi sungguh menghiris perasaan. Perkataan 'putus' itu membuatkan Nami tidak keruan. Selama ini Nami benar-benar percayakan kesetiaan Rizal padanya, Nami percaya cinta Rizal tulus dan murni. Sangkaan Nami meleset. Sungguh Nami benar-benar susah mahu percaya bahawa Rizal sudah berubah. Janji semua tinggal janji. Perubahan Rizal mula ketara setelah dia diterima bekerja di Syarikat ND Holding, Syarikat GLC bertaraf antarabangsa itu.

Semenjak memegang jawatan sebagai Jurutera Perisian, 'sibuk' adalah antara alasan yang paling kerap keluar dari mulutnya apabila Nami mahu berjumpa untuk berbincang mengenai hubungan mereka. Beberapa bulan ini, Rizal memang kelihatan kurang gembira bersama Nami. Bila ditanya. Pelbagai alasan diberi. Malahan, Rizal juga sudah membuang nama Nami dari senarai kenalannya di Facebook. Nami pelik, namun tidak terfikir pula mahu bertanyakan perkara itu kepada Rizal.

" Bodoh!" Jerit Nami kuat. Air mata yang menitis turun dari pipi disekanya laju -laju. Satu – persatu gambar lelaki itu dikoyak-koyaknya. Sakit, geram, rasa dipermainkan silih berganti.

Tiga tahun. Tiga tahun jangkamasa dia bersama lelaki itu, tiga tahun mereka bergelar pasangan kekasih. Tiga tahun mereka menyulam cinta. Sungguh, ianya satu jangka masa yang lama. Dan, hari ini dia ditinggalkan begitu sahaja. Tanpa rasa bersalah, tanpa simpati, tegar lelaki itu mengucapkan perkataan putus.

" Aku benci kau!"

" Aku benci lelaki macam kau!"

" Lelaki semuanya sama!"

"Mempermainkan perasaan!"

"Jahat!"

"Tak kenang budi!"

" Bodoh!" Jerit Nami lagi.

" Penipu!" tambah Nami. Geram!

" Sudahlah tu, Sampai bila kau nak macam ni?" Lily menggelengkan kepala. Rakan serumahnya itu sungguh rapuh hatinya. Nami mengalihkan pandangannya ke muka pintu. Lily yang berdiri di hujung pintu bilik Nami sudah bercekak pinggang. Rasa macam mahu marah, tapi kasihan! Petang tadi, selepas pulang dari kerja, Rizal datang bertandang ke rumah. Mukanya tegang, seolah-olah ada bebanan berat tergalas di bahunya. Bebanan yang membuatnya tidak langsung mampu untuk bersemuka empat mata dengan Nami sendiri. Nami yang pulang dari kerja dengan muka ceria bertukar menjadi mendung apabila Rizal mula membuka bicara.

Ketika Rizal mengucapkan kata perpisahan itu, Lily dan Laila berada di rumah. Kata-kata yang keluar dari mulut Rizal itu memang pedih, jangan kata Nami, Lily yang mendengar juga ikut panas hati.

" Aku benci dia!" ucap Nami tiba - tiba.

" Aku tahu, tapi tu tak bermakna kau nak sakitkan diri kau pulak!"

" Dia khianati aku Lily!"

"Aku tahu, Nami."

" Aku sakit, hati aku pedih!" Tambah Nami.

" Ye, aku faham!" ucap Lily sambil mengangguk.

" Kau tak faham!" Jerit Nami kuat. Air mata yang tak henti-henti jatuh dari kelopak mata diseka laju. Lily sudah geleng kepala. Bosan dengan perangai Nami yang emosi dan bersikap keanak-anakkan.

" Aku faham, malah lebih faham." balas Lily perlahan. Lily berjalan ke arah Nami yang sudah terduduk di tepi katil. Satu- persatu baju-baju yang bersepah di dalam bilik itu di kutipnya. Buku-buku di susunnya di tepi meja belajar. Teddy bear yang diberi nama Encik Bubu itu dihulurkannya kepada Nami. Lily tahu sangat Nami terlalu menyanyangi patung beruang itu. Nami hanya kaku, hanya bola matanya bergerak melihat patung di dalam genggaman Lily. Sungguh, tidak sedikitpun dia berhasrat untuk memeluk teddy bear kesayangannya itu.

Encik Separuh Jiwa©️ ✔️Where stories live. Discover now