Amir senyum sendiri mengingati perempuan itu. "Padan muka kau! Memang kau silap oranglah nak cari gaduh, Namira Rasyifah... kau tunggulah apa aku nak buat nanti." Ucap Amir sendirian. I-phone 5 tadi di letakkannya di atas meja di sisi katil.
" Amboi, senyum je umi tengok. Siap sebut nama perempuan lagi tu, baru lepas bergayut dengan girlfriend ke?" sergah Puan Jannah di hujung pintu. Di tangannya terlipat beberapa helai baju dan seluar milik Amir.
" Tak ada apa umi, kawan-kawan je!" Amir mula mencipta alasan.
" Kalau ada pengganti, apa salahnya." Ucap Puan Jannah. Amir geleng kepala laju-laju.
" Amir masih setia dengan Elia."
" Eliakan dah ada lelaki lain," balas Puan Jannah.
" Tak apa, Amir akan berusaha dapatkan Elia semula." Senyuman tawar dihadiahkan Amir pada Puan Jannah. Puan Jannah angkat bahu. Pelik bercampur kasihan dengan anak terunanya yang seorang ini.
" Baju-baju ni, masuk dalam almari!" beberapa helaian pakaian yang sudah siap dilipat, Puan Jannah letakkan di atas katil Amir.
" Umi tolonglah masukkan sekali dalam almari," Amir sudah buat muka kasihan.
" Amir, umi dah basuh, dah lipatkan, tugas Amir masukkan dalam almari je. Tak akan itu pun nak berkira dengan umi?" Puan Jannah sudah bergerak ke pintu bilik.
" Umi tak sportinglah!" ucap Amir.
" Umi, sini kejap... Amir ada benda nak cakap!" panggil Amir.
" Apa dia?" tanya Puan Jannah dari hujung pintu.
" Sinilah!" beriya-iya Amir memanggil Puan Jannah untuk duduk di sebelahnya di atas katil.
Puan Jannah berjalan ke arah Amir. " Apanya?"
" Tolong letak dekat almari kejap,"Amir sudah menyerahkan lipatan baju itu pada Puan Jannah.
" Bertuah punya budak!" balas Puan Jannah.
" Bukan selalu umi," balas Amir. Puan Jannah memasukkan baju-baju itu ke dalam almari.
" Pagi tadi, masa nak pergi kerja, Amir kena tumbuk dekat LRT," adu Amir. Puan Jannah yang selesai meletakkan baju-baju itu ke dalam almari berpaling kepada Amir. Bulat matanya memandang Amir.
" Kenapa? Amir ada hutang dengan orang ke?" Puan Jannah bergerak ke sebelah Amir. Amir geleng kepala.
" Entah, perempuan tu langgar Amir, bila Amir marah-marah terus dia tumbuk Amir," adu Amir bagai kanak-kanak. Puan Jannah sudah menutup mulut menahan tawa.
" Umi ketawa kenapa?" Amir mula protes.
" Mestilah umi ketawa, kenapa pukul dengan perempuan pun Amir nak mengadu dengan umi!" balas Puan Jannah.
" Masa dalam LRT, dia lempang Amir pulak!" tambah Amir. Mata Puan Jannah membutang. Tak percaya!
" Kenapa pulak?"
" Berebut tempat duduk," balas Amir. Puan Jannah tidak mampu untuk menahan ketawa.
" Kenapa Amir tak mengalah je?" soal Puan Jannah dalam tawa.
" Mana Amir tahu dia nak tempat duduk yang Amir duduk tu. Amir rasa, perempuan tu tak betul kot umi. Amir pelik, dalam banyak-banyak orang dekat situ kenapalah Amir juga yang kena tumbuk." Amir angkat keningnya tanda protes. Puan Jannah geleng kepala.
" Dia ada masalah kot," Puan Jannah cuba memenangkan gadis itu.
" Ala, bukan dia seorang je dalam dunia ni yang ada masalah!" protes Amir.
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
Romance"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...