15

5.5K 205 0
                                    

ELIA mendegus kasar. Beberapa kali nombor telefon Amir dihubunginya namun tidak juga bersambung. I-phone itu diletakkan di atas meja berhadapan degan sofa yang sedang dia duduk. Geram dan sakit hati silih berganti. Alat kawalan jauh dihalakan kepada skrin tv bersaiz 32 inci di depannya.

"Kau ni mengeluh je dari tadi kenapa?" soal Isya rakan serumahnya. Isya duduk di sofa sebelah Elia. Semangkuk kerepek pisang di hulurkannya kepada Elia. Elia geleng kepala tanda tidak berminat.

"Kau kenapa? Ceritalah," Isya cuba mencungkil rahsia.

"Amir ni, dari tadi aku call tak jawab-jawab. Aku nak ajak ditemankan aku pergi shopping ni." Balas Elia dengan muka yang mencuka.

Isya sudah geleng kepala mendengarkan kata-kata Elia. "Kau sedar tak apa kau cakap ni?" soal Isya pada Elia.

Elia angguk kepala. "Sedar," balas Elia tidak bersalah.

"Kau dah ada Lutfi, kenapa nak mainkan perasaan orang lain?"

"Masalahnya, bukan aku cari dia, dia yang datang cari aku!"

"Kenapa kau layan dia?"

"Saja je," balas Elia pendek.

"Kau masih cintakan dia?" Elia geleng kepala sebagai tanda menjawab soalan Isya.

"Habis tu kenapa kau bagi dia harapan?" Soal Isya lagi.

"Mana ada aku bagi dia harapan!"

"Habis tu, yang kau cuba buat sekarang ni apa?"

"Kau tak faham,"

"Habis tu? Kau kasihankan dia?" Isya masih tidak mahu mengalah.

"Tak jugak,"

"Kau sayang dia lagi?"

"Tak!" balas Elia tiada perasaan.

Mangkuk berisi kerepek diletakkan Isya di atas meja. Pandangannya beralih dari skrin televisyen kepada Elia di sisinya.

"Kau ni memang muka tak malukan? Kau putuskan pertunangan kau dengan dia sebab lelaki lain, tapi bila nak kemana-mana kau masih harapkan dia. Apa motif kau sebenarnya? Kau rasa dia tu tak ada perasaan ke?" soal Isya sengaja menambahkan api kemarahan Elia.

"Dia yang nak dekat aku, bukan aku yang paksa," Balas Elia separuh marah.

"Memanglah dia nak dekat kau. Tapi, perlu ke kau bagi dia harapan? Tindakan kau seolah-olah kau mempergunakan dia. Kau sedar tak kau sengaja menambahkan kesakitan dia, kau buat dia macam orang bodoh, macam orang tak berguna, kalau kau tak sayang dia lagi, tak suka dia lagi, jangan ganggu dia, jangan perbodohkan dia!" Isya juga tidak mahu kalah, Isya cuba meletakkan dirinya di tempat Amir, cuba berkongsi rasa sakit yang Amir tanggung.

"Amboi, kau beriya nak sokong dia sangat ni, kau suka dekat dia ke? Kalau suka cakap je lah!" Elia pula sengaja menyakitkan hati Isya.

"Kau ni angkuh sangat, suatu masa bila orang buat kau macammana kau buat pada Amir, masa tu baru kau tahu macammana sakitnya rasa tu, aku nasihatkan kau sebab aku sayangkan kau, bukan aku nak caras Amir dari kau!" ucap Isya.

"Ini hidup aku, kau tak perlu nak ikut campur, cukup-cukuplah mak aku membebel dekat aku, kau jangan nak tambah lagi, aku tak lalu dah nak dengar," jawab Elia geram.

Isya sudah geleng kepala. "Cuba kau bayangkan kalau Lutfi buat kau macam yang kau buat dekat Amir sekarang ni, apa rasanya? Oh, aku lupa... sekarang kau tak rasa sebab Lutfi jauh dari kau." Isya masih tidak berhenti menyakitkan hati Elia.

" Apa masalah kau ni? Bosan aku dengar kau membebel tak henti-henti," balas Elia marah. Elia bangun dari kerusi, I-phone di atas meja dicapai lalu Elia bergerak ke biliknya. Pintu bilik ditutup kasar tanda protesnya pada Isya. Isya yang masih duduk di sofa geleng kepala. Bosan melihat sikap Elia yang ego dan angkuh itu.

Encik Separuh Jiwa©️ ✔️Where stories live. Discover now