18

5K 205 0
                                    

Rizal termenung sendirian tatkala teringatkan kata-kata Dani tempohari. Ikutkan rasa hatinya, dia juga keliru untuk memilih antara Nami dan Nysa. Tidak dapat dinafikan bahawa dia masih menyayangi Nami, tapi hatinya benar-benar telah diikat oleh Nysa, setiausahanya yang tinggi lampai dan cantik persis model antarabangsa itu.

"You, jomlah pergi sana pulak!" manja suara Nysa memujuk. Rizal yang masih duduk di kerusi di Starbucks di dalam Midvalley itu sudah mengukir senyuman melihatkan kemanjaan kekasih hatinya.

"I penatlah, dah banyak you shopping ni... tak habis lagi ke?

"Ala! Sikit je lah, come on Reez, banyak lagi I nak beli ni!" ucap Nysa.

Rizal sudah mengeluh. Kepala digelengnya tanda tidak puas hati. Nysa sudah mencebik. Kaki di silangnya, sedikit peha gebunya terlihat di sebalik skirt pendek yang dipakainya.

"You," panggil Rizal. Nysa angkat kening sebelah. Bersedia untuk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Rizal.

"Nanti jangan pakai seksi-seksi lagi ye, I tak suka." Nasihat Rizal ikhlas.

Giliran Nysa pula mengeluh. "Suka hati I lah, kerja I sebagai secretary memang mewajipkan I untuk pakai seksi-seksi." Balas Nysa.

"Siapa cakap? Orang lain pun ada juga jadi secretary, tak ada pula nak seksi-seksi,"

"You ni kampung sangatlah!"

"Bukan macam tu maksud I, kitakan nak kahwin, I nak didik you jadi wanita yang solehah, tahu jaga aurat you, tahu jaga diri you,"

"You tak ada hak nak arah-arah I !" bentak Nysa.

"Sekarang memang tak ada hak, sebab sekarang tak ada hak lagilah I nak didik you baik-baik, tak akanlah nak tunggu dah kahwin baru I nak ubah you," lembut kata-kata Rizal. Senyuman diukirnya pada Nysa.

"I tak sukalah you paksa-paksa I macam ni!" ucap Nysa.

" Nak tak nak, you kena terima."

"Oh, no no, I tak bersedia nak ubah cara hidup I yang sekarang ni, I bahagia dengan cara I sekarang! Samaada you suka atau tak, you kena terima!" ada amaran dalam kata-kata Nysa itu.

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapi, keputusan I muktamad, samaada you suka atau tidak, itu I tak nak ambil tahu." Ucap Nysa lagi.

"You, you kena berubah."

"I tak nak, please hantar I balik, I dah tak ada mood nak shopping, kata-kata you tu sangat menyakitkan hati." Tambah Nysa lagi.

Nysa sudah bangun dari kerusi. Rizal juga ikut bangun dari kerusi. "Nysa," lembut suara Rizal memujuk.

"I nak balik," ulang Nysa. Beg tangannya sudah disandang ke bahu. Rizal sudah geleng kepala. Beg-beg shopping milik Nysa dijinjingnya di kedua-dua belah tangan.

"You, you kena faham maksud I,"

" I tak nak faham, I tak perlu faham dan I tak ingin faham!" keras kata-kata Nysa. Nysa sudah berjalan laju meninggalkan Rizal.

Rizal geleng kepala lagi. Ada sedikit penyesalan di hatinya kerana meninggalkan Nami dan memilih Nysa. Adakah ini satu balasan padanya kerana meninggalkan Nami yang dikenalinya bertahun-tahun demi Nysa yang baru dikenalinya beberapa bulan.

Rizal mengeluh lagi.

"BILA kita nak bertunang?" soal Rizal ketika di dalam kereta.

"Ergh, nantilah... masanya tak sesuai lagi," balas Nysa.

Encik Separuh Jiwa©️ ✔️Where stories live. Discover now