AMIRUL Nazmi meletakkan beg komputer riba yang digalasnya di atas meja. Belakang tengkuk dipicit-picit perlahan. Setelah terasa sedikit lega, dia mula menghenyakkan punggung di kerusi empuk bewarna biru tua di dalam biliknya itu. Suasana di dalam bilik itu sunyi. Amirul Nazmi merendahkan lagi suhu penghawa dingin. Mengharapkan kesejukkan pendingin hawa itu mampu menghilangkan amarahnya. Hatinya panas hinggakan terasa berbahang tubuhnya apabila teringatkan gadis gila yang di temuinya pagi tadi.
"Boleh aku masuk?" di sebalik pintu kaca yang sedikit terbuka, Dani iaitu kawan baiknya sedang menjenguk.
"Masuklah!" balas Amir sambil lewa.
"Kau kenapa ni? moddy je aku tengok," ucap Dani ketika menghampiri kerusi di hadapan meja Amir.
Amir menjeling sekilas. " Apa pasal kau nak tau?" kasar suara Amir.
Dani senyum melirik. " Haruslah aku nak tahu, bukan calang-calang orang boleh buat kau marah macam ini! siapa yang berani buat kau marah ni?" Dani sudah mula mengorek rahsia.
Amir masih membisu. Tidak sanggup rasanya mahu menceritakan perihal tadi kepada Dani. Amir mengetuk-ngetuk perlahan jari-jemarinya di atas meja kerja. Nak cerita ke tak? Cerita? Tak?
"Kau ni kenapa?" Dani sudah mengerutkan kening. Amir menggelengkan kepala.
"Ala, tak akan dengan aku pun nak berahsia. Macam kau baru kenal aku!" Dani sudah angkat kening sebelah. Wajah Dani dipandang tajam.
"Kau janji, kalau aku cerita, kau jangan ketawa!" ucap Amir.
Dani angguk laju-laju sambil angkat tangan kanannya separas bahu ala-ala sedang membaca ikrar. "Janji" balas Dani bersemangat.
"Serius?" Soal Amir.
"Serius." Jawab Dani.
"Betul?" Amir seoalah – olah tidak percaya dengan pengakuan Dani.
"Betul," Dani sudah mengukir senyuman manis.
"Hish, macam aku tak percaya je!" Amir sudah mengerutkan keningnya.
"Ala, jangan nak mengada – ngada sangat. Bagitahu je lah! Kan senang?"
"Nanti kau ketawakan aku," Amir sudah serba – salah.
"Mana ada," jawab Dani. Di wajah Dani sudah terpamer riak ingin tahunya.
"Macam ni..." Perlahan suara Amir cuba membuka cerita. Dani sudah mengangguk perlahan.
"Tadi masa aku nak beli tiket LRT dekat Stesen Universiti, ada seorang minah ni terlanggar aku. Lepas tu boleh buat muka tak bersalah. Aku sound dia suruh mintak maaf, last-last dia boleh tumbuk perut aku pulak, panas hati beb!" bersemangat Amir bercerita. Dani di depannya sudah membutangkan mata.
"Perempuan tumbuk kau? Biar betul?" Dani sudah buat aksi tidak percaya. Amir sudah mengangguk-angguk mengiyakan kata-kata Dani.
" Betul," muka Amir serius. Dani sudah senyum mengejek.
" Betul ni?" duga Dani lagi. Amir angguk lagi. Dani sudah geleng-gelengkan kepala.
" Bukan tu je, masa dalam LRT pun dia lempang aku." Semangat Amir bercerita. Ketawa Dani yang tadi ditahan – tahan akhirnya pecah.
" Ha, ni yang aku bengang ni!" balas Amir.
" Opsss, sorry, sorry... aku tak boleh terima kenyataan hari ni nasib kau malang kena tamparan wanita!" Dani sudah menutup mulutnya menggunakan tangan kanan. Cuba menyembunyikan ketawanya dari pandangan Amir.
" Ketawalah, ketawa puas-puas," Amir sudah buat-buat merajuk. Sakit hatinya apabila melihat reaksi wajah Dani.
" Dalam LRT tu kenapa dia lempang kau?" tanya Dani sambil cuba menahan tawanya yang seakan mahu pecah buat kali kedua.
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
Roman d'amour"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...