8

5.9K 258 4
                                    

" Hoih! Kronik sungguh penyakit perempuan ni, sah ada masalah mental. Dalam telefon pun boleh marah-marah orang," bebel Amir sendirian seraya menggeleng kepala dua tiga kali.

" Apa yang kau membebel ni?" Dani di kerusi pemandu sudah memandang Amir pelik. Kawannya seorang ini boleh dikatakan senget juga. Mana tak senget. Sepatutnya Amir mengambil LRT untuk terus pulang ke rumah. Ini tak, Amir rela mengambil LRT untuk kembali ke pejabat kemudian meminta Dani menghantarnya pulang. Bukan kerja gila ke tu?

" Aku kacau perempuan yang lempang aku pagi tadi." Ucap Amir bangga.

" Garang okey, lelaki malang manalah yang nak ambil dia jadi isteri," Amir ketawa lagi ketika menuturkan kata-katanya.

" Kau ni, cakap beragaklah sikit! Kesianlah pada dia," Dani cuba memenangkan gadis yang tidak di kenalinya itu.

" Kau menangkan dia? Hello! Kau tak kenal dia, tak jumpa lagi singa tu, bolehlah kau kesiankan dia, nanti dah jumpa mesti kau rasa menyesal gila sebab kasihankan dia!" Amir seolah-olah tidak setuju dengan kata-kata Dani.

" Namira Rasyifah, aku akan tetap menghantui hidup kau!" Amir senyum menyenget.

" Apa nama kau sebut tadi?" Dani seperti mengingati nama seseorang.

" Namira Rasyifah Rasyidi," ucap Amir. Dani angguk kepala perlahan. Erm... memang buku bertemu ruaslah ni. Seorang kepala batu, seorang lagi kepala angin. Sesuai sangatlah tu!

" Suka hati kau lah Amir, aku tak nak campur. Kalau kau kena flaying kick, kau tahu mana nak cari aku, kan?" Sinis kata-kata Dani, tapi penuh dengan sindiran.

Suzuki Swift putih itu bergerak membelah kesesakan jalan raya sepanjang Lebuhraya Persekutuan. Dani masih khusyuk dengan pemanduannya. Amir di sebelah pula sedang kusyuk membelek kad nama gadis yang bernama Namira Rasyifah itu.

" Lama usha, kau minat pada dia ke? Jatuh hati?" sengaja Dani memancing Amir. Kalau kehadiran Namira itu mampu menggantikan tempat Elia, tak salah rasanya untuk Amir move on, lepaskan Elia dan belajar bercinta semula. Tapi, Nami dah ada Rizal. Mana mungkin Nami sanggup mengkhianati cintanya pada Rizal hanya kerana mahu bersama Amir. Itu memang tak mungkin.

" Aku jatuh cinta dengan perempuan ni? memang tak lah! Garang macam singa habak hang!"

" Singa pun kalau di belai hari-hari boleh jadi kucing siam tau!" Tak habis-habis Dani mengusik Amir.

" Gilalah kau, kalau kau jumpa dia, aku jamin kau akan makan balik kata-kata kau tadi, dress-up dia macam mak cik - mak cik nak beli ikan dekat pasar tau, dah tak boleh ubah dah!" Yakin Amir mempertahankan hipotesis awalnya.

" Ye ke? Ke nanti kau yang akan makan balik kata-kata hinaan kau ni?" Dani sengaja mahu saiko Amir.

" No!" balas Amir yakin.

" Will see," Dani juga tidak mahu kalah. Dani senyum menyenget, tidak sabar mahu melihat Amir menarik semula kata-katanya.

Dani membelok ke dalam kawasan Stesen minyak Petronas NPE itu " Dah sampai Petronas ni, apalagi? Silalah bersedia ye, aku tak sanggup nak follow kau beli petrol guna botol air mineral. Malu beb, nampak macam sengkek sangat. Tak apalah, aku tunggu dalam kereta, kau pergi isi sendiri ye!" Dani sudah mengukir senyuman sinis.

"Alahai! Ini lah yang dikatakan kawan waktu senang, waktu susah tak pasti lagi," Amir pula menyindir Dani.

" Amboi kau, bagi betis nak peha. Lebih lemak nampak?" jawab Dani. Kereta dihentikan di tempat parking kereta yang di sediakan.

" Terguris ke bro?" ucap Amir ketika keluar dari perut kereta.

" Adalah sikit," balas Dani dalam tawa.

Encik Separuh Jiwa©️ ✔️Where stories live. Discover now