NAMI mengatur langkah keluar dari restoran makanan segera itu. Langkah kaki diatur perlahan menyelusuri setiap kedai di ruang legar tingkat bawah KL Sentral. Nami buntu, dia hilang arah tujuan. Di dalam kepala Nami ligat memikirkan perihal Rizal. Segala kata - kata Rizal semalam benar - benar menikam hatinya. Kemana harus dibawa laranya itu. Pada siapa harus digendangkan kepiluan ini? Hati Nami pedih. Air mata yang terjun dari tubir mata diseka cepat-cepat oleh Nami. Bimbang jikalau ada yang akan tersalah - sangka.
Setelah penat berjalan di tingkat bawah, Nami naik pula ke tingkat dua. Nami melangkah ke kedai buku yang terletak berhadapan dengan Restoran Makanan Segera KFC. Masuk ke kedai itu Nami terus ke bahagian novel. Satu persatu novel dibelek. Sinopsis di belakang novel di baca dengan penuh penghayatan. Nami jadi rambang mata untuk memilih. Semua novel di rak itu sungguh menarik perhatiannya. Hilang sekejap perasaan pilu dan kecewanya kepada Rizal tatkala haruman buku – buku itu menusuk hidungnya. Sungguh, ini adalah salah – satu terapi untuk diri Nami.
Sebuah Novel berkulit hijau di tarik Nami keluar dari rak. Novel berkulit hijau itu sangat menawan hati. Karya penulis kegemarannya itu sungguh ditunggu-tunggu. Novel berkulit hijau itu Nami bawa ke kaunter pembayaran. Gadis di kaunter itu mengukir senyuman kepada Nami tatkala novel itu Nami letakkan di atas meja cashier. Novel itu dicapai lalu bar kod di belakang novel discan.
" RM 23," ucap gadis itu seraya memasukkan novel itu ke dalam plastik bercorak bunga. Not RM 50 berwarna biru bertukar tangan.
" Rm 27 duit bakinya, Terima kasih, sila datang lagi," ucap gadis itu dalam senyuman. Novel dan wang baki bertukar tangan. Selesai memasukkan baki duit tadi ke dalam beg sandangnya, Nami bergerak pula ke deretan kerusi di ruang menunggu ETS yang berdepan dengan restoran KFC. Nami memilih kerusi paling belakang dan paling jauh dari orang ramai. Nami tidak mahu pembacaannya terganggu, Nami memerlukan ruang untuk dirinya sendiri. Nami mahukan kebebasan dalam berfikir, Nami perlukan masa untuk melenyapkan nama Rizal dari ingatannya. Apa yang berlaku petang semalam benar-benar membuatkan Nami tidak tentu arah. Nami buntu!
Plastik yang membaluti novel itu dibuka perlahan-lahan. Bau buku itu memberi sedikit ketenangan kepada Nami. Satu – persatu mukasurat itu diselaknya. Dari luar kelihatan Nami sangat khusyuk menghayati pembacaannya. Namun, di dalam otak Nami sekarang sedang ligat memikirkan tentang Rizal. Kenapa Rizal berubah? Kenapa Rizal sanggup menduakannya? Kemanakah hilang perasaan cinta Rizal kepadanya selama ini?
Samsung Galaxy Note di dalam beg sandang berbunyi nyaring menandakan satu panggilan menujah skrinnya. Telefon bimbit itu di keluarkan Nami laju-laju dari tepi poket beg. Nami kerut kening melihat nama yang memanggil. Rizal? Nama Rizal tertera pada skrin. Kenapa pula tiba-tiba Rizal menghubunginya. Mata Nami berkelip-kelip memandang nama yang tertera. Panggilan itu mati sendiri. Telefon bimbit itu dimasukkan semula ke dalam beg sandang.
Seorang lelaki tiba – tiba duduk selang dua kerusi dari Nami. Wajah lelaki itu dipandangnya sekilas kemudian pandangan Nami beralih semula kepada pembacaan. Melalui ekor mata, dapat dilihat Nami lelaki itu sudah mula menyelak surat khabar New Street Times di tangannya. Lelaki itu memandang Nami sekilas apabila terasa mata Nami memandangnya. Perasan diperhatikan, Nami mengalihkan semula pandangan pada novel di tangan.
Sepuluh minit berlalu, pembacaan Nami terganggu lagi apabila ruang yang tadinya kosong tiba-tiba menjadi penuh. Sana-sini orang duduk dan berdiri. Pelbagai jenis manusia dengan pelbagai bahasa berada di ruang menunggu itu. Masing-masing sudah tidak sabar untuk menunggu pengumuman menaiki ETS ke Ipoh. Novel di tangan ditutupnya. Pandangan Nami jatuh pada orang ramai yang memenuhi ruang menunggu itu.
Sepasang suami isteri bersama bayinya yang duduk di kerusi di hadapannya menggamit perasaan Nami untuk terus memandang pada mereka. Sepatutnya, beberapa bulan lagi Nami dan Rizal akan bersatu membina sebuah keluarga yang bahagia. Tapi kini, semuanya hancur apabila Rizal sudah berubah hati. Rizal mungkin akan membina keluarganya sendiri. Tapi bukan dengan Nami. Nami geleng kepala perlahan mengenangkan nasibnya, memikirkan masanya yang terbuang bersama Rizal.
YOU ARE READING
Encik Separuh Jiwa©️ ✔️
عاطفية"Ketika Cinta Datang Tanpa Diduga." Namira Rasyifah tidak pernah menyangka bahawa hidupnya akan berubah sekelip mata. Baru sahaja hendak bertunang, Rizal-lelaki yang dia sangka akan menjadi suaminya-meninggalkannya tanpa amaran. Di saat hatinya dilu...